Isnin, 22 April 2013

Top 5 ikan kerapu terberat di dunia


Merujuk artikal saya mengenai ikan kerapu sebelum ini. Click here. Saya ingin berkongsi maklumat tangkapan ikan kerapu terberat di dunia.  Seperti sedia maklum, ikan kerapu mempunya pelbagai spesis dan mampu membesar sehingga puluhan kilo dan kadang kala mampu membesar sehinga ratusan kilo. Mari kita saksikan top 5 tangkapan ikan kerapu terberat di dunia.

No 5.


Potato Grouper
 
Pada 11 Jun 2004, Takayuki Shibayama menangkap seekor Potato Grouper seberat  171-pound, 10 auns (77kg). Beliau menangkap ikan tersebut di luar Pulau Miyako di Okinawa, Jepun. Dia menggunakan ikan snapper hidup sebagai umpan.


No 4.


Convict Grouper (Mahata)

Tangkapan ikan kerapu milik Koji Yoshida telah menangani semua rekod Convict Grouper di Jepun. Ikan ini di tangkap di Pulau Yonaguni di Okinawa, Jepun, pada 25 April, 2011. Ikan kerapu yang  menakjubkan ini seberat 264-paun, 8 auns (119.7kg).

No 3.


 
Giant Grouper/Kertang

Pada 4 Mac 2012, Shayne Keith Nelson berjaya menangkap ikan Giant Grouper di perairan laut Pulau Latham, Tanzania. Selepas di timbang, gergasi ini seberat 295 pound, 11 auns (133kg). Beliau menggunakan umpan bonito atau skipjack tuna sebagai umpan.

No 2.


Warsaw Grouper

Pada 22 Disember 1985, Steve Haeusler berjaya mendarat ikan kerapu warsaw yang menangani semua rekod dunia kerapu Warsaw. Ikan ini seberat 436-pound, 12 auns (197.8kg) ditangkap di luar Florida di Teluk Mexico.

NO 1.

Goliath Grouper

Ini merupakan ikan kerapu  terberat yang pernah ditangkap dan disahkan sebagai rekod dunia IGFA. Ikan Goliath Grouper gergasi ini mencecah berat seberat 680 pound (308kg) . Ikan Goliath Grouper ini atau nama amnya di Amarika sebagai Jewfish  telah ditangkap pada 20 Mei, 1961, di luar Pantai Fernandina, Florida, menggunakan ikan tenggiri spanish/Spanish mackerel  sebagai umpan. Pada masa kini ikan kerapu spesis ini dianggap sebagai spesis terancam menjadi ikan yang dilindungi di negara  Amerika Syarikat dan Caribbean.


Sumber: here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...