Khamis, 9 Februari 2017

Sea Stone - Syurga Peminat Jigging



Siapa sangka, kegilaan slow pitch jigging yang melanda negara kita telah menggangkat nama Batu Laut  sebagai lokasi jigging popular. Dahulunya Batu Laut yang terletak di daerah Kuala Langat ini kurang dikenali oleh para pemancing,  tetapi kini iannya menjadi salah satu  lokasi wajib disinggahi oleh para peminat jigging.

Lokasi Batu Laut,g berhampiran dengan Lembah Klang telah memudahkan peminat jigging untuk mencuba potensinya di sini. Perjalanan dari Shah Alam menuju ke lokasi hanyalah mengambil masa selama 1 Jam sahaja. Selain itu, wujudnya lebuh raya SKVE terus ke Pekan Banting telah memudahkan lagi perjalanan menuju ke Batu Laut.

Lokasi Jeti di Batu Laut, Banting

Desas-desus yang disampaikan oleh rakan-rakan pemancing tentang hasil yang diperolehi selepas jigging di Batu Laut membuatkan perasan ingin tahu dan mencuba potensinya semakin membuak-buak. Untuk jigging di Batu Laut, saya dan rakan-rakan telah memilih untuk menggunakan khidmat bot dari tekong RM Rezza. Beliau merupakan anak watan yang mengusahakan bot memancing di Batu Laut. Selain itu, beliau yang masih muda juga amat berpengalaman dengan selok belok perairan Batu Laut dan hanya mengutamakan aktiviti jigging sebagai mata pencariannya. Selepas tiba hari yang dijanjikan, saya bersama 5 orang rakan-rakan pemancing menuju ke lokasi yang di janjikan. Amat mudah sebenarnya  untuk ke Jeti Batu Laut, Bantuan dari Waze ataupun Google Map telah memudahkan lagi perjalanan kami ke sana. Hanya taip Restoran Assam Batu Laut yang terkenal di Batu Laut pasti akan  membawa anda ke lokasi jeti yang secara kebetulan berada bersebelahan dengan restoran tersebut. Tepat pada pukul 7.00 a.m kami telah tiba di lokasi dan disambut mesra oleh Rezza.



Selepas tiba di jetty, Tanpa membuang masa, Tekong Rezza terus bergerak menuju ke perairan Selat Melaka. Lokasi yang ditujui ialah kawasan Zon Bebas (ZEE) yang mengambil masa 1 jam perjalanan. Selepas tiba di lokasi, kami terus memulakan pancingkan. Jig seberat 150g-200g amat sesuai digunakan memandangkan keadaan arus ketika itu sederhana kuat. Menurut Tekong Rezza, Ikan di perairan  ini tidak begitu memilih warna jig. Selain itu pelbagai spesis ikan dapat dipancing di kawasan ini. Kumpulan saya menyasarkan Ikan Jenahak (John Snapper) sebagai sasaran trip kali ini.

Permandangan Indah Perairan Batu Laut

Kurang sejam kami melakukan slow pitch jigging, rod milik salah seorang rakan kami disentap hebat oleh ikan. Dengan kayuhan kemas dan berhati-hati, seekor Ikan Jenahak anggaran 2kg telah berjaya ditewaskan. Pendapat saya, Tekong Rezza merupakan tekong yang rajin, beliau sering bertukar lubuk jika mendapati lubuk tersebut yang di singgahinya tidak membuahkan hasil.


Hook -up

Ikan Jenahak yang berjaya ditewaskan. Anggaran melebihi 3kg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...