Selasa, 24 September 2013

KUMPAU: EDISI ROHU LIAR


Yeop, bila hendak ke Tapah? Rohu (Labeo rohita) besar-besar sekarang ini..!! Itulah kata-kata hasutan dari kawan-kawan saya yang tinggal di Tapah, Perak. Akibat tidak tertahan melihat gambar yang di hantar. Satu trip singkat telah diatur untuk memburu Rohu liar. Kami bergerak menuju dari Shah Alam menuju ke daerah Tapah,Perak dengan membawa seribu harapan. Perjalanan ini di sertai oleh Saya, Slimer, Aay dan Boy. Kesemuanya dari team D7L. ManCB akan menanti kami di Tapah nanti. Sepanjang perjalanan, kami banyak bercakap tentang Rohu di lombong-lombong di Tapah, Perak. Kami amat teruja melihat gambar Rohu (gambar di atas) yang dihantar melalui aplikasi Whatapps kepada kami. Lagi pun kami sudah lama tidak memancing dengan Rohu liar yang terkenal dengan kekuatannya sehingga digelar sebagai ikan Kelah Lombong (Lake Masheer). Yang merisaukan kami ialah keadaan lombong yang kami tujui, kerana ini merupakan kali pertama kami memancing di lombong baru ini. Lagi pun Rohu kini seakan-akan semakin bijak mengelak diri daripada umpan kerana terlalu banyak asakan dari pemancing yang memburu spesis ikan ini.

Kami tiba seawal pagi dan inilah lombong yang akan kami duga nanti.

Process membancuh umpan.

 Umpan Ikan Rohu yang digunakan.



Rod digunakan lebih daripada satu untuk maksimumkan tangkapan.

Isnin, 2 September 2013

Edisi Kumpau: Rompin Off Season


Tanpa disedari kini telah masuk bulan September. Bulan August dan September sentiasa mengingatkan saya tentang ikan layaran di Rompin, Pahang. Bulan ini adalah antara waktu terbaik untuk memancing ikan layaran. Dikatakan pada bulan August, ikan layaran akan bermigrasi ke perairan rompin untuk mencari makan. Bulan ini juga merupakan masa penghijrahan perbagai ikan kecil seperti ikan bilis yang menjadi makanan kegemaran ikan layaran.  Kehadiran ikan kecil ini yang banyak di perairan Rompin menyebabkan bulan Aug - Oct adalah waktu terbaik untuk memancing ikan layaran.

Bercerita Rompin, ia mengingatkan saya tentang kunjungan saya ke sana pada bulan June yang lepas. Boleh dikatakan waktu itu ialah waktu offseason untuk layaran. Walaupun begitu saya tetap berkunjung ke sana dengan niat ingin mencuba-cuba memancing ketika offseason di Rompin,Pahang. Semasa ketiadaan ikan layaran pada masa offseason, pemancing masih boleh memancing ikan-ikan lain seperti Ikan Ebek ( Diamond Travelly), Ikan Ketarap (Parrot Fish) Tenggiri, Cobia dan banyak lagi. Tetapi bergantung pada nasib dan destinasi lubuk yang ditujui.

Kunjungan kali ini juga disertai oleh rakan-rakan memancing saya ialatu Berg, Yu, Epol dan Khai. Setibanya kami di jeti, tekong mencadangan untuk pergi ke sebuah kapal karam yang terletak 2 jam dari darat. Memandangkan ini pertama kali saya mengunjungi Rompin ketika offseason, saya bersetuju dengan cadangan ke sana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...