Jumaat, 10 Februari 2012

Jigging Method

Kaedah  Jigging
Terdapat 2 jenis kaedah untuk jigging, Vertical jigging dan jig cast. Vertical jigging lebih banyak digunakan untuk mengumpan ikan yang mendiami dasar. Jig dilepaskan secara menegak atau ke depan sehingga jig besi tenggelam ke dasar laut. Kemudian karauan secara laju atau perlahan dibuat untuk mengayakan jig besi di dalam air. Selain itu gaya persembahan jig juga memainkan peranan untuk membuka selera ikan menghentam jig.
Jig cast pula digunakan untuk mengumpan ikan predator yang berada di pertengahan atau di permukaan air. Teknik ini sering kali digunakan untuk menjerat ikan tenggiri. Jig dibaling sejauh mungkin dan karauan laju dibuat dan membuatkan jig seolah-olah ikan yang sedang berenang. Lebih mudah difahami, teknik jig cast ini ialah teknik casting dengan menggunakan jig besi.

Kekili Jigging


Kedua-dua jenis kekili sama ada kekili menegak (multiplier) atau kekili mendatar (spinning) sesuai digunakan untuk jigging. Terpulanglah kepada kesesuaian dan kegemaran masing-masing.
Antara kekili menegak yang sinonim dengan aktiviti jigging ialah seperti Shimano Ocea Jigger, Shimano Kaikon, Daiwa Saltiga Z, Accurate Boss Magnum, Avet JX. Pemilihan kekili menegak yang sesuai adalah penting kerana kekili yang tirus (narrow) adalah lebih sesuai berbanding dengan yang lebar kerana ini akan memudahkan tali dikarau tanpa perlu disusun. Hampir semua kekili mendatar untuk jigging tidak mempunya level wind. Kekili yang tirus juga lebih ringan dan lebih mudah dikawal ketika berentap dengan mangsa.

Sementara kekili mendatar yang popular pula ialah seperti Shimano Stella, Twinpower, Daiwa Saltiga, dan banyak lagi. Sebenarnya semua jenis kekili boleh digunakan untuk jigging. Yang penting, ratio kelajuan mestilah tinggi dan mempunyai sistem tegangan (drag) yang berkualiti. Drag yang berkualiti amatlah diperlukan untuk menghentikan larian mangsa ke struktur tajam dan bergerigi seperti batu karam atau kapal karam yang akan memutuskan tali. Kelebihan menggunakan kekili yang ringan jiga satu kelebihan kerana teknik jigging amat menggunakan tenaga terutama sekali ketika membuat karauan laju. Selain itu size kekili juga mestilah sepadan dengan jig besi yang hendak digunakan.
Bagi saya kekili mendatar saiz 4000-6000 siries sesuai untuk jig seberat 40gram - 100 gram. Untuk saiz 8000-10000 series, kekili bersaiz ini mampu menampung jig seberat 100gram-400gram. Untuk jig seberat 400gram keatas, mesin kekili 10000 siries keatas sesuai digunakan.
Joran Jigging


Joran jigging mestilah halus, ringan dan tahan lasak. kebiasaan panjang rod jigging antara 4.5 kaki hingga 6 kaki. Agak sukar untuk mendapatkan joran yang berkualiti tetapi murah harganya. Antara joran yang terkenal ialah Jigwrex, Jigging Master,7 Sea, Zenaq, Tenryu, Carpenter, Fisherman, Smith, Zenith. Tetapi kebanyakan joran jigging yang berkualiti agak mahal harganya sehingga mencecah ribuan ringgit.  
Bagi yang kurang berkempuan untuk memiliki rod jigging yang berjenama ini, terdapat juga rod jigging yang murah dan yang masih mengekalkan kualitinya seperti keluaran Shimano, Sure catch, Penn, Abu Garcia, Shino, Lemax dan banyak lagi.

Jenis-jenis Jig

Terdapat pelbagai jenis jig di pasaran daripada pelbagai jenama berdasarkan saiz, warna dan bentuk.
Adalah sukar untuk mengatakan jig yang manakah yang lebih berkesan daripada jig yang lain. Perkara yang paling penting ialah menyesuaikan saiz jig berdasarkan kedalaman air dan perlatan yang digunakan. Secara umummnya, saiz jig berubah bagi setiap 100 kaki. Misalnya, kedalaman 100 kaki amat sesuai menggunakan jig bersaiz 100g dan begitulah seterusnya jig yang semakin besar digunakan apabila air semakin dalam. Pemilihan saiz yang besar ini akan mempercepatkan jig jatuh ke dasar. Begitu juga saiz jig mestilah disesuaikan dengan arus pada masa itu. Sekiranya arus agak laju, saiz jig yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan jig jatuh betul-betul di kawasan yang sudah dikenalpasti kawasan ikan bermain dan tidak tersasar akibat dibawa arus. Sebagai panduan, jig yang dipilih juga boleh disesuaikan dengan ikan-ikan umpan (bait fish) yang bermain-main di kawasan itu.

Warna jig juga memainkan peranan. Apabila jigging pada waktu malam, jig jenis luminous adalah pilihan yang utama. Spesis seperti cupak dan tenggiri amat mudah diperdayakan dengan jig malahan dalam banyak keadaan lebih tertarik untuk meratah kepingan besi daripada mencium umpan hidup.
 
Mata Pancing (Assist Hooks)

Sebarang mata pancing boleh digunakan tetapi sememangnya ada mata pancing yang dijual untuk dipadankan dengan jig anda. Yang penting anda perlulah mengikat mata pancing tersebut menggunakan sejenis tali yang dipanggil kevlar . Ada yang mengatakan bahawa penggunaan tali kevlar itu sendiri akan menarik minat ikan. Namun yang lebih penting penggunaan tali itu adalah untuk mengelakkan daripada jig anda tersangkut di dasar. Mata pancing yang dipadankan dengan jig seharusnya lebih lebar daripada kelebaran jig anda.
Cara mengikat kevlar pada assist hook
 

Tali
Penggunaan tali sulam adalah satu kemestian dalam berjigging. Tali sulam bukan sahaja dapat memotong air dengan lebih cepat, kurang daya regang, sensitif tetapi yang paling penting diameternya yang kecil akan membolehkan lebih banyak tali disisi dalam gelendung kekili anda. 
Warna tali juga memainkan  peranan penting ketika jigging. Warna pada tali yang digunakan semasa jigging juga bertidak untuk mengaburi penglihatan ikan. Jika warna tali terlalu menarik perhatian ikan, risiko tali dipotong pula amat tinggi
Perambut (Leaders)

Cara mudah mengikat shock leader bersama main line

Penggunaan perambut adalah mustahak terutama untuk medium dan heavy jigging. Memandangkan tali sulam tidak mempunyai regangan, tali ini akan mudah putus apabila direntap secara tiba-tiba. Oleh sebab itulah perambut tangsi amat diperlukan. Perambut tangsi atau perambut kejutan mono (mono shock leader) ini diperbuat khas untuk tujuan jigging dan berlainan dengan perambut biasa. Disarankan menggunakan perambut jenis Fluorocarbon yang lebih lasak menahan geseran dan kurang kelihatan di dalam air.

31 ulasan:

  1. bro... bagaimana nk mengenali bentuk sesuatu jig sesuai dgn fungsi/renangannya? ada yg center wight, bottom weight, bentuk panjang, bujur, leper etc... pls bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Tanpa Nama, Jig besi tidak seperti penggunaan gewang yang mempunyai bentuk renangan, kedalaman dan etc. Jig besi mempunyai bentuk yang lebih kurang sama sahaja, yang membezakannya ilah berat jig tersebut dan cara kita menggunakan jig.Dari segi warna pula, jig yang berkilat lebih banyak digunakan,dan kadangkala warna jig tersebut banyak membantu untuk menipu ikan. Untuk jig pada waktu malam. jig jenis luminous atau glow in the dark lebih banyak digunakan. Berat jig pula bergantung pada arus dan kedalaman laut. Ini bermakna sekiranya tuan mengunakan jig seberet 400g dilatuan yang kedalaman 200 meter adalah lebih sesuai..untuk perairan cetek seperti 80 meter, penggunaan jig 100-150g lebih sesuai..

      Padam
  2. Satu persoalan timbul, adakah panjang assist hook ( hook + kevlar@benang) akan mempengaruhi peratusan hook-up ikan? atau secara mudahnya, berapa panjang yang paling sesuai? adakah 1/4, 1/3 atau 1/2 panjang jig tersebut, lebih2 lagi untuk jig bentuk ikan yang panjang - 100g keatas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panjang assit hook bergantung pada panjang jig yang hendak digunakan. Soalan tuan telah saya jawab di http://maxxpeacock.blogspot.com/2012/09/cara-mudah-untuk-membuat-jig-kevlar.html?showComment=1353050797556#c7339542685916614342

      Padam
  3. Assalam tuan Maxx Peacock... mohon pencerahan ckit berkenaan PE rod & berat jig yg sesuai digunakan untuk jig keberatan antara 80g-130g...
    Apakah PE yg sesuai? PE2-3, PE1-3, PE3-4 ?
    Ada tertulis berat jig yg sesuai pada rod, ,cthnya kata max 120g tp bila dicuba max jig yg sesuai hanya setakat 70-80g sahaja.. to be safe...
    Please tuan dewa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan, memang pada setiap rod jigging ada menulis maximum berat jig yang boleh digunakan seperti PE 1.5-4(80g-200g),PE3-6(120g-300g) dan PE 4-8 (250g-400g). Tetapi terdapat juga kejadian dimana rod tidak mampu menanggung berat jig seperti yang tertulis. Dalam erti kata lain jika PE 3-6,tetapi rod tidak begitu berfungsi apabila menggunakan jig Max 300g. Ini kerana perlu diambil kira tentang panjang dan kekerasan blank rod tersebut serta lifting power rod tersebut. Jadi lebih safe jika kita mengunakan size 200g sahaja seperti soalan tuan.Selain itu perlu lihat sama ada rod tersebut untuk light action, medium action atau heavy action...ini kerana jika rod PE 3-6 fast action lebih lembut berbanding rod Pe3-6 Heavy action

      Padam
    2. wow... info yg sungguh padat... thanks tuan pencerahan diatas...Info PE sama tetapi berbeza action, tak pernah sy ambil tahu sebelum ni... main beli sahaja rod dgn hanya melihat lb yg sesuai...thanks again..

      Padam
  4. Salam.. boleh ke pki rod PE0.8-1.6 6kaki ? Kalau boleh brpe berat jig yg boleh dipakai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Mariffin, Utk rod berkekuatan PE0.8-1.6.. amat sesuai untuk kegunaan lite jigging. Jig yg sesuai digunakan ialah seberat dari 5gram-30gram

      Padam
    2. salah tu masta, jig yg sesuai ialah 40g-70g utk pe0.8-1.6

      Padam
  5. Maxx, ada apa cara ikat jig dengan compur dengai dawai keras utuk mengelak potongan tengkiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya untuk jigging ikan tenggiri, terdapat besi khas yang dijual dipasaran sebagai alternatif penganti tali kevlar di assist hook. Hanya perlu letak matakail yang sesuai dan sedia diletakkan bersama jig. Mr.Alex boleh carinya dikedai pancing yang berhampiran.

      Padam
  6. Saya mempunyai rod ajiking pe2-4. Jenis thunder. Kekili apa yang sesuai dgn rod sya tersebut. Sblm ni guna banax 3000. Tp berat

    BalasPadam
  7. Salam maxx..sy dh kaji bnyk mngenai ligt jigg ni sblum sy nk turun laun bln 3 nnti..ini adalah pngalam ptama sy untuk jigging..pesiapan dr segi rod dn jgk reel sy dh sediakn..hnya rod dn reel bajet je sy beli sperti xpuyu akimo spin dn reel daiwa crossfire 4000.
    Persoalan sy rod tu pe 1.5-3 nmpk halus..mmg ssuai tuk jigg..tp sy msih ragu2 tuk gunakn jigg cast..boleh tmpung ke klu dh mlebihi draq nye..

    BalasPadam
  8. Salam maxx..sy dh kaji bnyk mngenai ligt jigg ni sblum sy nk turun laun bln 3 nnti..ini adalah pngalam ptama sy untuk jigging..pesiapan dr segi rod dn jgk reel sy dh sediakn..hnya rod dn reel bajet je sy beli sperti xpuyu akimo spin dn reel daiwa crossfire 4000.
    Persoalan sy rod tu pe 1.5-3 nmpk halus..mmg ssuai tuk jigg..tp sy msih ragu2 tuk gunakn jigg cast..boleh tmpung ke klu dh mlebihi draq nye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam, Utk Jig Cast, kebanyakkannya meletakkan sasaran ikan tenggiri dan alu-alu. Set yang dicadangkan oleh tuan nampak sesuai dengan ikan tersebuat.

      Padam
  9. salam bro...Pulau Ketam sesuai tak untuk bermain jigging?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat saya, Pulau Ketam tidak sesuai untuk jigging, memandangkan struktur dan ke dalaman air di kawasan pulau ketam. Oleh itu saya rekemen tuan mencuba jigging di area ZEE Zone di port klang. Berdasarkan pengalaman lepas, saya berpendapat kawasan tersebut ialah tempat yg terbak utk jigging setakat ini

      Padam
  10. maxxx...braided brand apa yg tuan rekemen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi saya semua jenis Braided terbaik. bergantung pada budget tuan. Setakat ini saya menggunakan braided berjenama Power Pro, Gawas & Jigman

      Padam
  11. Hi bro,sy baru nk blajar bermain jigging ni. Rod shinju kumonryu diganding bersama reel ajiking rome lv200, Rod action M, line test: PE1-2 n lure weight 40g - 120g. Sy gunakan mainline braided 44lb n shockleadr 40lb.

    Soalannya:
    1) apakah maksud line test: PE1-2, yg tertulis di rod berkenaan.
    2) kedai tersebut rekomenkan sy menggunakan jig bersaiz antara 120g to 220g jenis slow jigging. Adakah bersesuaian dengan alatan sy?
    3) adakah boleh untuk sy mengunakan jig yg beratnya lebih dari 160g?
    4) bolehkah sy gunakan alatan sy untuk bermain bottom?
    5) adakah alatan sy bersesuian untuk slow jig or fast jig?

    Terima Kasih atas info Tuan.

    BalasPadam
  12. Assalam maxx budget dlm rm 600-700 boleh rekmen reel dan rod yg sesuai, baru nk berjinak2 dlm jig, area pulau tinggi johor sesuai x jig

    BalasPadam
  13. Salam brader..sy baru nak berjinak jinqk dlm dunia jigging ni dan berminat nak miliki kekili overhead yg murah dan tahan lasak..blh tuan panglima syorkan?almaklumlah baru nak cebur poket pun dah hampir lebur..haha

    BalasPadam
  14. Salam tuan . Berapa panjang shock leader diperlukan untuk set casting ye ? Saya punya main line 20lb and berapa lb shock leader diperlukan untuk mainline saya . Terima kasih

    BalasPadam
  15. Asalam maxx....PE berape yg sesuai untuk main slow jig....

    BalasPadam
  16. As salam otai2 semua, sy nk tnya kalau size spinning 4000, brpa meter tali yg sesuai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk perairan kita,130 meter sudah memadai..dan tali berkekuatan 20- 40lb..

      Padam
  17. salam..kalau rod casting di pakai untuk jigging ada boleh jadi masalah ke?

    BalasPadam
  18. saya mahu bertanya, jika kita menggunakan teknik fast jigging, apakah ratio yang terbaik yang sesuai untuk kita gunakn, bermacam2 jawapan saya dengar ada yang suka ratio 5 ada yang suka ratio 6, agak sukar untuk saya tentukan ratio untuk membeli sebuah reel

    BalasPadam
  19. Salam tuan..boleh cerita pasal panjang tali yang sesuai untuk jenis2 pancingan laut dalam di malaysia ni

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...