Khamis, 8 Mac 2012

Kumpau Di Muara Kong-Kong


"Kumpau" ialah istilah tempatan oleh kaki pancing di Malaysia apabila gagal memperolehi ikan sasaran ataupun target yang telah ditetapkan sebelum pergi memancing. Perkara sedemikian merupakan perkara biasa dan sentiasa dialami oleh kaki pancing seperti saya. Perkara ini sememangnya menjadi adat memancing dan pemancing perlu menerima kekecewaan apabila gagal mencapai target ikan.

Walaupun segala persiapan kelengkapan memancing telah lengkap dan teknik yang digunakan betul, kadang kala nasib masih tidak menyebelahi diri kita. Itulah yang terjadi kepada diri saya dan kumpulan saya ketika berkunjung di sebuah muara yang terletak di Johor Bahru yang dikenali sebagai muara Kong-Kong. Tempat ini amat terkenal dengan lambakan ikan Siakap liar yang banyak serta habitatnya yang masih terpelihara.

Menurut Che Wan Almidin yang merupakan old timer di sini, waktu kunjungan kami di sini merupakan waktu terbaik untuk memancing siakap. Tetapi sebelum kedatangan kami, hujan telah turun selama 2 malam berturut turut selepas panas berpanjangan selama hampir 2 minggu. Memang nasib tidak menyebelahi kami ketika itu. Walaupun begitu, Che Wan tetap meneruskan rancangan memancing bersama kami di sini kerana kami telah datang dari jauh dan tidak mahu menghampakan kami.

Hujan masih tidak berhenti semasa kami tiba di jeti

Kami menyewa 2 buah bot, kumpulan pertama ialah Berg dan Zaki

Saya pula bersama kumpulan kedua iaitu Che Wan, saya dan Epol

Umpan udang hidup digunakan disini
Teknik casting menggunakan umpan udang hidup amat berkesan digunakan berbanding penggunaan lure. Matakail dicangkuk pada ekor udang hidup dan ditarik perlahan-lahan seperti menggunakan lure.

Mula memancing. Cuaca pun semakin okey.

Masih memancing, tiada hasil setakat ini.

Pohon kayu bakau yang tumbang menjadi tempat persinggahan ikan siakap disini.
Di sinilah sasaran memancing kami di muara ini.

Sudah 7 jam memancing menggunakan kaedah casting.
Tetapi masih belum mendapat apa-apa hasil ikan lagi.

Selepas menunggu begitu lama, akhirnya Epol berjaya memperolehi ikan Siakap liar yang diidam-idamkan.

Kemudian saya pula berjaya memperolehi ikan Siakap Merah/MJ

Ikan Siakap Merah saya menjadi penutup trips kali ini. Che Wan juga berjaya memperolehi seekor ikan kerapu Juvanail dan seekor ikan tanda/young golden snapper. Walaupun hasil tidak memuaskan, kami tetap bersyukur dengan hasil yang diperolehi. Trips kali ini boleh diketegorikan sebagai tidak berjaya. Tetapi ini tetap tidak mematahkan semangat kami untuk memancing di sini pada akan datang. Seperti sedia maklum, kejayaan kita semasa aktiviti memancing dipengaruhi oleh rezeki/luck 50%, Teknik yang digunakan 30% dan 20% ialah kelengkapan alat memancing. Tetapi semua ini mesti diiringi oleh sikap sabar, rajin & tidak mudah putus asa.

11 ulasan:

  1. Salam...saya berminat nak dtg ke sini..ada sapa2 boleh dihubungi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada sebarang tips tak kat port ni?

      Padam
    2. teknik di sini ialah casting menggunakan umpan hidup secara perlahan-lahan...
      apa yang penting kesabaran dan rajin...kerana sukar untuk menjinakkan siakap liar di kong kong

      Padam
  2. salam...adakah praktik gunakan teknik bottom dan pelampung di sini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak untuk pelampung, tetapi boleh untuk teknik dasar. Ikan pari, tebal pipi, gemang, senangin banyak terdapat di Kongkong

      Padam
  3. waktu air sesuai untuk ke sini??

    BalasPadam
  4. harga utk seorang berapa n bln november ni blh pergi ke?..

    BalasPadam
  5. akum saya zul sya penah mancig kat kong2 tapi sudah lama..semasa sya dok jb...sya pernah dapt siakap putih dan siakap merah dl 24 ekor tapi saiz pasar hanya setempat sja.sya seorang je masa tu..lepas semiggu sya bawa kwn lak ke tempat yg sama hasilnya sama jak..memang bebaloi tol masa tu

    BalasPadam
  6. Bos, kalau berminat nak mancing sungai. boleh datang ke mersing

    http://nmuhamadnasir.blogspot.my/2013/11/assalamuaaikum-dan-salam-sejahtera.html#gpluscomments

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...