Isnin, 21 Ogos 2017

The Return Of Jigging - David


Seperti posting saya yang sebelum ini tentang trip Slow Pitch Jigging menggunakan khimat Tekong David (Click Sini), kami dengan segera  membuat booking  membalas dendam akibat kekecewaan pada trip sebelum ini. Tidak perlu saya ceritakan  dengan panjang lebar dengan detail tentang khidmat tekong David ini. Seperti post sebelum ini, kami tiba di Port Klang Yatch Club seawal pagi dengan semangat berkobar-kobar. Kali ini persediaan lebih rapi untuk mengelakkan kejadian berputih mata berulang lagi.



Setibanya kami di lubuk pertaman, kami terus memulakan aktiviti kami tanpa membuang masa. Cuaca yang mendung memberi kelebihan kepada kami untuk berjuang sepanjang hari. Perbagai lubuk telah di singgahi oleh David. Ada tempat yang memberi hasil dan ada tempat hanya memberi lenguh-lenguh tangan sahaja.  Tetapi semangat kami tidak pernah luntur memandangkan semua ahli mempunyai pengalaman menduga laut Port Klang dan khidmat David.

 Kerapu 


 Red of the Day


 Champion of the day. Tenggiti

Satu-satunya jenahak yang sudi menghentam Jig.

David juga tidak ketinggalan menaikan beberapa ekor ikan Merah yang kasar saiznya. Saya pula, masih megekalkan badi lama. Jika tidak putus, pasti lucut. Badi trip lama masih melekat lagi nampaknya.

 David dengan Trophy nya

Masih melekat badi.

Sampai ke petang kami jigging tanpa henti. Adalah hasil yang boleh di buat lauk selama 2-3 hari. Kami tetap bersyukur walaupun hasil tidak  begitu banyak. Apa yang penting trip ini kami dapat pulang dengan selamat. Untuk lebih kepuasan, ikan segar yang kami perolehi di hantar ke restoran untuk hidangan makan malam kami. Dapat menjamu selera dengan ikan segar pasti tak ternilai harganya walaupun di hati tetap pedih dengan kegagalan hari ini.

 Berangkat Pulang

Jumlah Tangkapan


Sesi menjamu selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...