Wednesday, February 1, 2012

Umpan Rahsia Bungsamran Bangkok


Ketika kunjungan saya ke kolam pancing paling popular iaitu Bungsamran Fishing Pond di Bangkok, sempat saya memerhatikan guide yang diupah kami membuat umpan. Ternyata umpan tersebut tersangat efektif. Setiap selang 5 minit pasti ada saja ikan Mekong Cat Fish (Plabuk) yang menjamah umpan tersebut. Sempat juga saya pelajari bagaimana untuk membuat ramuan tersebut.

Menurut guide kami, bahan yang paling penting untuk umpan ini ialah pes istimewa yang tiada di jual dimana-mana tempat kecuali di Bungsamran sahaja. Campuran paste ini sangat wangi dan berupaya menaikan selera ikan Plabuk di sana untuk memakan umpan.

Sebelum saya meninggalkan Bungsamran, sempat saya membeli beberapa botol pes tersebut untuk dicuba di kolam di negara kita.

Bahan-bahan campuran umpannya sangat ringkas:


Dari kiri: Pes Kelapa, butter Pes, Pes Bunga ( Bau seakan-akan air mawar) dan Pes Pandan



Dedak HONG

Cara membuatnya:
  • Pilih antara salah satu untuk digunakan ( Pes Kelapa,Butter dan pandan)
  • Pes yang di pilih mestilah digabungkan dengan Pes Bunga

Setiap pes mestilah digabungkan dengan pes bunga



  • Gabungan pes ini akan menghasilkan bau yang sangat wangi, Pes bunga tersebut akan menaikkan lagi aroma pes butter/kelapa/pandan yang digunakan.
  • Masukkan air di dalam baldi atau bekas
  • Masukan campuran kedua-dua pes ini ke dalam air. Seperti membancuh air.  Ratio untuk pes ini ialah 1/4 botol pes untuk 2-3 liter air.
  • Pes ini terbukti mempunyai bau yang sangat kuat serta aromanya yang lazat walaupun digunakan sedikit sahaja.
  • Kemudian campuran air tersebut dicurah kan ke dedak HONG  sehingga menjadi lembab.
  • Kemudian dedak boleh digunakan serta merta.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...