Jumaat, 20 Mei 2011

Teknik Mencandat @ Eging






Apakah itu mencandat atau Eging?
Maksud sebenar mencandat atau Eging ialah, teknik untuk memperdayakan atau memancing specis sotong dengan menggunakan set ringan dan menggunakan sejenis umpan tiruan khas. Di negara kita umpan tiruan tersebut lebih dikenali sebagai candat.
Eging pula ialah gelaran popular bagi pemancing di negara Jepun, Teknik Eging lebih tertumpu di kawasan berbatu di tepian pantai dan kawasan karang ataupun tukun.

Sebelum kita mengenali teknik candat ataupun teknik Eging, adalah lebih baik jika kita mengenali specis sotong yang boleh diperdayakan oleh teknik mencandat ataupun Eging.

Menurut Wikepidia,Sotong ialah sejenis haiwan laut atau nama scientifiknya Teuthida, terdapat 300 spesies terdapat di dunia ini. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. Di negara kita hanya terdapat beberapa jenis sotong yang boleh di candat@Eging dan sentiasa menjadi buruan peminat pancingan ini


Jenis-jenis sotong yang terdapat diperairan negara kita

Sotong Torak

Sotong Katak

 Sotong Cumit

Sotong Kurita

 Sotong Mengabang

Daripada gambar-gambar di atas, hanya sotong kurita sahaja yang tidak boleh diperdayakan oleh teknik mencandat atau pun Eging.
Di negara Jepun, teknik Eging telah menjadi kegilaan peminatnya, sehinggakan terdapat joran khas untuk mengaplikasikan teknik ini. Di sana para peminat Eging mengunakan rod yang berkekuatan PE 0.6-1.5 dengan panjang rod sepanjang 7-8.5 kaki. Mereka juga menggunakan reel khas dimana spool nya telah direka khas dan dipadankan dengan tali mono yang berkekuatan 4-12lb sahaja. Malangnya set khas untuk pancingan Eging ini tiada didalam pasaran negara kita. Oleh itu, penggunaan set ringan menjadi pilihan para peminat mencandat@ Eging di negara kita. Memadai jika menggunakan rod yang berkekuatan 12-20lb ataupun sehingga PE 2 dipadankan dengan mesin mendatar ataupun reel sehingga 1000-3000 series. Tali mono atau braided berkekuatan 8-20lb sering digunakan.

Di negara kita terdapat beberapa jenis candat untuk mengaplikasikan teknik ini. Candat-candat tersebut ialah:

 Candat Mayat/Apollo/Jig/Ultraman/Roket

Candat Udang

Candat Umpan

Untuk penyediaan candat Mayat, candat di ikat seakan-akan appollo seperti gambarajah  yang tertera dibawah. Batu ladung bersaiz 6-10 di letakkan di bawah untuk dijadikan pemberat mengikut keadaan arus
Ilustrasi cara-cara ikatan candat mayat

Untuk penyediaan candat umpan pula, Umpan ikan seperti ikan kembung/sardin/selar mati digunakan dengan mencucuk candat tersebut didalam ikan tersebut seperti di gambarajah dibawah.

Ilustrasi cara-cara menggunakan candat Umpan

Penggunaan candat udang pula lebih mudah, dengan menyambungkan candat tersebut dengan swivel ataupun terus membuat ikatan seperti pengunaan gewang-gewang lain.

Aplikasi teknik Mencandat

Untuk memperdayakan sotong Torak, Sotong Katak dan Cumit, teknik appollo menggunakan candat mayat dan candat umpan. Aplikasi teknik ini lebih sesuai digunakan ketika berada di atas bot. Umpan candat di henjut beberapa kali keatas dan kebawah untuk memperdayakan sotong seperti gambarajah (A) di bawah.

Untuk menggunakan candat udang pula, umpan candat udang di tarik secara perlahan-lahan secara casting seperti gambarajah (B).
Aplikasi ini boleh digunakan untuk memperdayakan sotong mengabang,cumit dan sotong katak.
Teknik ini sesuai digunakan di tepian kawasan berbatu dan juga di atas bot.
Teknik Eging pula lebih menyasarkan specis sotong Mengabang.


 (A) Ilustrasi cara-cara mengayakan candat mayat ketika diatas bot

(B) Ilustrasi cara-cara memperdayakan sotong menggunakan candat udang di tepian batu

Kawasan berbatu yang sesuai untuk teknik Eging 

Peranan lampu
Untuk memancing sotong pada waktu malam, peranan lampu pada bot amatlah penting kerana pancaran lampu yang terang dari atas bot dapat menarik kehadiran sotong untuk mendekati bot. Apabila sotong mula menghampiri bot, teknik mencandat menjadi lebih mudah dan senang.

Musim Mencandat
Dinegara kita, sotong boleh dicandat sepanjang tahun. Cuma bilangan sotong tidak terlalu banyak jika tidak kena dengan musimnya.
Di negara kita, bulan 3-7 setiap tahun amat ditunggu-tungu oleh peminat sotong untuk mencandat. Ini kerana dikatakan kehadiran  dan penghijrahan Sotong jenis Torak yang begitu banyak untuk mengawan di perairan Terengganu sehinggalah di Mersing Johor.
Sotong Torak yang hadir ketika ini menpunyai saiz yang lebih besar jika dibandingkan sotong-sotong jenis lain dan amat lazat untuk dijadikan hidangan makanan.
Ketika inilah teknik mencandat menggunakan candat mayat dan candat umpan amat sesuai dan lebih efektif digunakan. Menurut pengalaman saya, penggunaan candat jenis udang amat kurang menarik minat dan sotong amat sukar diperdayakan.

Berbeza pula dengan sotong-sotong yang terdapat di perairan Selat Melaka, Candat jenis udang lebih efektif berbanding candat jenis lain.Ini membuktikan sotong mempunyai selera yang berbeza-beza disetiap tempat yang berlainan.Waktu yang paling sesuai untuk mencandat sotong ialah ketika air berarus perlahan dan air mati. Disini saya sertakan beberapa gambar saya ketika mencandat sotong.

Kawasan yang menjadi tempat penghijrahan sotong Torak




2 ulasan:

  1. cayalah cip...gambar pejal pun ada sekali...tq...tq...

    BalasPadam
  2. Bagaimana jika menggunkan candat buntar di perairan terengganu terutama kemaman. adakah dapat menandingi candat mayat jika sy menggunakan candat jenis buntar? Ramai rakan2 mengwar-warkan supaya menggunakan candat buntar dari jenama yo-zori.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...