Khamis, 16 Mei 2013

Amazing AmazonBKK Bangkok


Kali ini jelajah saya ke negara Thailand bertujuan untuk memancing ikan exotic yang berasal dari Sungai Amazon dan Sungai Mekong. Dahulu kunjungan saya pasti di Bungsamran Fishing pond ketika datang ke Thailand, tetapi kali ini saya mengunjungi salah satu kolam popular di bandar Bangkok iaitu Kolam AmazonBKK.

Kolam ini menyediakan pelbagai jenis ikan exotic terutamanya yang berasal dari sungai Amazon dan Mekong. Walupun begitu ikan Arapaima merupakan target kumpulan kami. Bkkguy atau dikenali sebagai John bertanggungjawap membawa kami ke sana selaku guide kami. Beliau yang berpengalaman luas memancing di sekitar Thailand akan memberi tunjuk ajar kepada kumpulan kami yang pertama kali bertandang di kolam ini. 

Di sini, kami hanya dibenarkan memancing menggunakan teknik casting dan fly fishing sahaja. Teknik dasar atau pelampung dilarang sama sekali. Ketika kami tiba di kolam ini, kelihatan banyak ikan bersaiz monster bermain-main di permukaan air. Memandangkan tuan punya kolam memberi ikan talapia sebagai diet makanan di kolam ini, penggunaan gewang yang menyerupai ikan talapia amat laku di sini. Kami memilih gewang berjenama giron sebagai pertaruhan kami.

Gewang Giron

Amazon BKK


Menurut John, awal pagi merupakan waktu terbaik untuk memancing ikan arapaima. Ikan ini amat aktif mencari makanan pada waktu ini. Apabila hari mula panas terik pada waktu tengahari, ikan arapaima akan menjadi pasif.

Halim, orang pertama yang membaling lure menjadi orang pertama mendaratkan arapaima

 Lagi ikan arapaima

Hari semakin panas, jam menunjukkan sudah pukul 10.00 am (11.00am Malaysia Time). Ikan Arapaima mula menunjukkan tanda-tanda menjauhi kumpulan kami. Banyak kali kejadian putus dan lucut di kalahkan oleh kekuatan ikan Arapaima ketika ini.

Saya yang tewas dikalahkan oleh ikan arapaima.

Rabu, 8 Mei 2013

Kenali Ikan Tenggiri



Ikan tenggiri, saya rasa semua orang tahu apakah ikan tenggiri ini. Di Malaysia ikan tenggiri merupakan salah satu hidangan istimewa serta mempunyai nilai harga yang tinggi di pasaran. Bagi pemancing pula, ikan tenggiri merupakan salah satu sasaran wajib ketika memancing di laut. Ini kerana ikan tenggiri mampu memberi perlawanan hebat kepada pemancing. Ikan yang di gelar torpedo laut ini banyak terdapat di perairan kita. Lambakan ikan kembung, sardin, bilis, selar dan sotong di perairan negara kita menyebabkan ikan ini banyak terdapat di negara kita.

 Jenis-jenis ikan tenggiri di dunia (Click picture for enlarge)

Ikan tenggiri sebenarnya terdapat pelbagai spesis dan terdapat diseluruh dunia. Rupanya dan saiznya hampir sama dan amat sukar dibezakan. Di Malaysia, ikan tenggiri yang mendiami perairan laut kita ialah dari jenis Indo-Pacific king mackerel (Scomberomorus cavalla). Ikan tenggiri ialah spesis ikan yang bermigrasi setiap tahun. Kumpulan ikan ini akan bermigrasi beribu-ribu kilometer sehingga lautan Atlantic, Gulf Mexico, South China Sea, Andaman Sea, lautan Pacific semata-mata untuk mencari kumpulan ikan sebagai sumber makanannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...