Ahad, 10 Ogos 2014

Kenali & Cara-cara memancing Ikan Jenahak




Ikan Jenahak merupakan ikan yang sentiasa menjadi sasaran pemancing. Ikan ini di negara barat lebih dikenali sebagai John Snapper atau Golden Snapper. Di negara kita ikan ini diberi gelaran bantal emas jika saiznya melebihi 3kg. Ini kerana ikan Jenahak bersaiz matang akan mempunyai sisik berwarna keemasan. Ikan ini sangat popular dikalangan penduduk Malaysia tidak kira agama dan bangsa. Ikan ini mempunyai rasa yang lazat dan manis terutamanya ketika masih segar. Pemancing pasti berbangga jika berjaya memperolehi ikan jenahak bersaiz bantal emas.
Habitat.
Ikan yang mampu membesar sehingga belasan kilo ini amat gemar tinggal di kawasan karang dan lubang-lubang di dasar laut. Kapal karam atau tukun tiruan juga menjadi habitat kegemaran ikan ini.
Di negara kita ikan ini banya terdapat di kawasan perairan Melaka di sebelah barat semenanjung Malaysia. Ini kerana ikan ini gemar tinggal dikawasan perairan laut yang mempunyai dasar berlumpur. Berbeza dengan perairan laut China Selatan, kawasan dasar perairan tersebut yang berpasir menyebabkan ikan jenahak jarang-jarang diperolehi. Untuk memancing ikan ini, waktu malam merupakan waktu terbaik untuk memancing ikan ini. Ini kerana ikan ini amat aktif apabila malam menjelma.
Selain lautan lepas, ikan ini banyak dibela oleh pengusaha ternakan ikan. Jika kita ke kolam air masin, pasti terdapat ikan ini di kolam-kolam sedemikian. Selain itu kehadiran ikan ini di kolam-kolam air masin menarik minat para pemancing untuk berkunjung ke kolam mancing.


Jenahak yang matang digelar sebagai Bantal Emas
Jenahak yang belum matang akan kelihatan tanda hitam di belakang sirip dorsalnya
Umpan
Sepanjang pengalaman saya memancing ikan ini, saya mendapati ikan jenahak merupakan ikan paling cerewat yang pernah saya pancing. Maka pemancing perlulah peka dan mahir dalam memilih umpan untuk memancing ikan ini. Di sini saya ingin kongsikan umpan yang berkesan untuk ikan ini.

Isi Ikan.
- Isi ikan amat efektif dalam menjerat ikan ini. Tetapi isi ikan tersebut hendaklah benar-benar segar. Penggunaan isi ikan dari pasar kurang efektif dalam menjerat ikan ini tetapi masih boleh dijadikan option untuk memancing ikan ini.
Sotong
-Umpan sotong merupakan merupakan umpan killer untuk jenahak terutamanya sotong hidup yang di candat di atas bot. Sotong perlulah dicandat terlebih dahulu untuk dijadikan umpan. Jarang sekali ikan jenahak menolak menu umpan sotong hidup. Bagi yang ingin menggunakan sotong mati, kepala sotong merupakan kegemaran ikan ini.
Sotong kurita
-Selain sotong biasa, sotong kurita juga merupakan kegemaran ikan jenahak. Jika mengunakan umpan ini, memadailah menggunakan salah satu jejari atau tantical sotong kurita tersebut pada matakail. Ini mampu menjimatkan umpan dan apabila jejarinya sudah habis, barulah mencangkuk kesemua badan sotong kurita tersebut pada matakail.
Udang lipan.
- Ini juga merupakan salah satu umpan killer untuk ikan jenahak. Tetapi harus diingat, hanya udang lipan hidup sahaja yang mampu menarik minat ikan jenahak untuk memakan umpan
Teknik
Untuk memancing jenahak, saya sering menggunakan rod berkekuatan aksi sederhana seperti PE3-5. Bagi yang mensasarkan bantal emas, saiz rod yang lebih besar akan digunakan. Tali main lain berkekuatan 50lb-80lb sudah memadai dengan dipadankan dengan perambut mono atau flocarbon berkekuatan 60lb-100lb. Matakail yang sering digunakan oleh saya lingkungan saiz 4/0-6/0
Tanduk atau ranggung amat penting dalam memancing ikan ini. Perambut yang digunakan mestilah minimum sepanjang 2 depa. Kemungkinan penggunaan batu ladung yang berat perlu bergantung pada kelajuan arus. Ini kerana ikan jenahak amat aktif ketika arus laju.
Ikan ini tidak kasar ketika meragut umpan, tetapi pemancing hendaklah peka dengan sebarang getuan ketika memancing. Ikan ini bergerak secara kumpulan dan jika tiba masanya, pasti pemancing akan menerima ragutan dari ikan inio bertubi-tubi. Hanya ikan jenahak bersaiz monster sahaja gemar bergerak secara solo.


8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima Kasih Tuan kerana menggunjungi Blog Saya.

      Padam
  2. Terbaik..udang hidup yg kebiasaanya sy guna untuk mancing siakap boleh ke digunakan untuk menjerat ikan jenahak?

    BalasPadam
  3. Umpan sotong adakah boleh di gunakan
    Saya selalu mengunakan anak sotong kurita

    BalasPadam
  4. Anak belanak boleh di gunakan juga saya selalu gunakan anak belanak hidup

    BalasPadam
  5. Infonya mantap gan dan manjur, udah sy coba, mantap mantap

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...