Selasa, 18 September 2012

BENTO Ketam Nipah

Hairan dan terpinga-pinga saya apabila pulang ke kampung saya di Mersing, Johor baru-baru ini. Saudara mara terdekat terutamanya adik saya amat sibuk dengan aktiviti BENTO. Setiap petang mereka pasti mengambil kesempatan untuk BENTO.  Apakah dia BENTO itu? Hairan dibuatnya apabila mendengar perkataan ini yang amat baru buat saya. Rupa-rupanya BENTO ini ialah istilah atau gelaran tempatan di kampung saya untuk bubu yang direka khas untuk menjerat Ketam Nipah -  Scylla serrata ( mud crab or mangrove crab). Tidak pasti pula apa gelaran untuk bubu ini di tempat lain.
Apabila mendengar bubu menjerat Ketam, mula saya terbayang rancangan Deadliest Catch yang ditayangkan di Discovery Channel. Berdebar juga saya dibuatnya. Tetapi adik saya pantas memaklumkan kepada saya bahawa menjerat Ketam Nipah ini amat mudah sekali dan tidak merbahaya. Hanya perlu sedikit penyediaan dan menunggu sahaja untuk mendapatkan hasil.

Untuk menyediakan BENTO ini. Umpan perlulah di sediakan terlebih dahulu. Umpan paling popular atau power yang digunakan untuk menjerat Ketam Nipah ialah kepala ayam. Kepala ayam digunakan kerana ia amat mudah didapati. Hanya perlu pergi ke pasar dan meminta sedikit kepala ayam untuk dijadikan umpan kepada peniaga ayam. Permintaan kita pasti tertunai dan peniaga ayam akan memberikan secara percuma sahaja kerana kepala ayam ini selalunya dibuang begitu sahaja.
Umpan Kepala Ayam




Umpan Kepala ayam akan diikat ketat dengan tali.

Bento yang telah sedia digunakan.

Untuk menjerat Ketam Nipah, 3-4 buah BENTO akan digunakan dan diletakkan berhampiran antara BENTO-BENTO lain. Ini bertujuan untuk meningkatkan peluang mendapat hasil.



Lokasi paling sesuai untuk melabuhkan jerat ini ialah di muara sungai di hutan bakau.
Ketika air laut sedang surut ialah masa yang sangat sesuai untuk melabukan BENTO . Ini kerana ketika itulah ketam nipah dipercayai aktif mencari makanan. Selain itu, ia juga untuk mengelakkan BENTO hilang akibat dihanyutkan oleh arus ketika air pasang.


Keadaan air surut juga memberi kelebihan untuk membaling BENTO jauh ke tengah air.
BENTO juga diikat rapi supaya tidak hanyut.
P/S: Model BENTO kali ini ialah adik saya.




Selepas BENTO dilabuhkan ke dalam air. Kami hanya perlu menunggu selama 3-4 jam untuk memunggut hasil. BENTO perlu dinaikkan sebelum air mula pasang.


Seperti memancing, tidak semua akan pulang dengan hasil yang membanggakan. Di antara 4 buah BENTO yang dilabuhakan, Hanya 2 ekor ketam nipah sahaja yang dijerat. Mungkin bukan rezeki kami kali ini. Ini kerana setiap BENTO boleh menjerat sehingga 3-4 ekor ketam nipah dewasa. Walaupun begitu kami tetap bersyukur. Lebih-lebih lagi ketika sedang menikmati ketam nipah masak cili hasil dari kami memBENTO tadi. Memang dah tak pandang kiri atau kanan. Yang pasti, kepulangan saya ke kampung kali ini telah mengajar saya sesuatu yang baru.

13 ulasan:

  1. kat sandakan pun dipanggil bento bang... nama lain org panggil 'selambau'

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah..sama jugak ke...thanks bagitau Mayong..maklumlah..sebelum ni tau makan je...hehehehehe

      Padam
  2. wahhh best2...suka bca post ni, teringat balik dulu masa form 1 - form 5...saya memang aktif menjerat ketam guna bito nie...(ore kelantan panggil bitoo )...tp sy guna umpan ikan pari peram...peram sampai berbau akan menarik perhatian ketam ... yg berbeza tempat saya..ketam nipah ni aktif masa air pasang...sy akan pasang binto ni kat dlm paya bakau masa air masih surut,yg mana paras air dlm paras lutut bih kurang...kemudian tunggu air pasang...ketam2 akan keluar dr lubang2 dlm paya bakau...memasuki bito...sy akan angkat masa air tgh surut...kalau yg besar masuk..yg kecik takkan masuk dah...lau yg kecik masuk dulu...lau yg besar jumpa dia akan masuk...sah yg kecik akan patah retah...lau lambat angkat tinggal kulit jea...kena makan ngan yg besar....hehe...skang umur dah 30 ...balik kg x sempat dah nak membubu ketam...binto pon dah reput...berkarat...sorry panjang plak cerita...hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah bestnya dengar cerita pengalaman Wan Arif, Betul tu, umpan isi ikan pari memang salah satu umpan power untuk ketam nipah ni..tapi pasal harganya mahal, lebih baik pakai kepala ayam yang penjual buang...free je...hehehehe....memang best bento ni...minggu lepas balik kampung 3 hari sempat juga pasang bento, dapat juga 3 ekor..kat tempat saya, bento kalo dibiarkan lama2 senang hanyut dibawa arus, pasal bila pasang dan surut, air akan bawa skali dengan kayu2 hanyut dan pokok bakau tumbang.....memang bento ni best, dah jadi gian pulak kalo balik kampung ni...sambil lepak2 kat kampung, dapat merasa ketam fresh..

      Padam
  3. kepala ayam sudah masak ke belum!

    BalasPadam
    Balasan
    1. alat bento ni boleh beli kat mana... harge camne...

      Padam
    2. Saya beli di kedai yang menjual peralatan menjala dan menangkap ikan di kampong saya. Harganya hanya RM10 per pcs

      Padam
  4. Wahh.. Sy mane tau bento mase dulu just pndai "Ngap" je.. So BTW, sy mau jdkan produk Bento nih sbgai "new product".. Doakn sy n kami2 smua.. Masih dlm kajian.. Tq :)


    #student

    BalasPadam
  5. Dekat sarawak pun org panggil bento..same ar

    BalasPadam
  6. Dekat sarawak pun org panggil bento..same ar

    BalasPadam
  7. Di brunei kmi panggil bintur katam

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...