Khamis, 17 November 2011

Rumah Api - OFB


One Fathom Bank Lighthouse (Rumah Api One Fathom Bank atau Rumah Api Permatang Sedepa) merujuk kepada dua rumah api luar pesisir di Selat Melaka, khususnya, pada beting dalam perairan Malaysia, yang digelar One Fathom Bank (Permatang Sedepa), off pantai negeri Selangor.

One Fathom Bank stesen asalnya terdiri daripada satu skru cerucuk rumah api yang telah digantikan dua kali sepanjang tempoh 147 tahun dalam perkhidmatan. Terdapat 2 rumah api di sana di mana rumah api yang kecil telah dirujuk sebagai "rumah api lama" dan yang lebih besar dikenali sebagai One Fathom Bank Lighthouse dan "baru" One Fathom Bank Lighthouse; lama One Fathom Bank Lighthouse dikekalkan tetapi kini tidak aktif.



  Rumah Api Lama & Baru

Kedua-dua lokasi yang hanya boleh dicapai dengan menaiki bot. Walaupun kedua-dua tapak rumah api terbuka, menara mereka kekal di luar batasan.

 Lokasi kedudukan One Fathom Bank

Memandangkan kedudukan OFB ini di tengah laut, ia telah menjadi tempat tumpuan pemancing untuk memancing. Perjalanan dari Port Klang ke OFB mengambil masa kurang sejam dengan menaiki speed bot. Kedudukanya yang strategik telah menjadikan OFB sebagai tempat persinggahan pelbagai ikan. Ikan yang sering ditangkap oleh pemancing di OFB ini ialah ikan Talang, Baraccuda, ikan Tenggiri, Ikan Jenahak, Ikan Pari, Ikan Merah, Ikan Telinga Gajah, ikan Tebal Pipi dan banyak lagi. OFB juga kaya dengan hasil ikan umpan atau appollo seperti ikan kembung, ikan selar dan ikan tamban.


Selain kepelbagaian ikan yang boleh dipancing, OFB juga menjadi tempat ideal untuk pemancing yang tidak tahan dengan alunan ombak ketika memancing di atas bot. Dengan structur konkrit yang luas menjadikannya tempat yang selesa memancing disamping dapat beristirehat.

Selain tu berhampiran rumah api ini terdapat lokasi dimana terdapat sebuah kapal karam yang menjadi tukun tiruan yang menjadi lokasi tempat tinggal pelbagai ikan


Perlu di ketahui, OFB sebenarnya ialah tempat larangan untuk orang ramai memancing tetapi terdapat pengecualian jika kita berjaya  memohon secara betul kepada badan berwajib untuk memancing di atas rumah api ini.. Tetapi kita di benarkan memancing di sekitar rumah api dengan menaiki bot



Teknik yang popular untuk memancing di OFB ialah menggunakan teknik menghanyut atau pun driff. Penggunaan teknik bottom juga tboleh digunakan untuk menangkap ikan dasar.




Dengan hanya RM160-RM200 seorang, kita boleh berkunjung ke rumah api ini untuk memancing. Kebanyakkan aktiviti memancing di rumah api ini diuruskan oleh kaki pancing dari forum P.Net, MFN dan banyak lagi forum memancing di M'sia. Setiap kunjungan ke sana memerlukan sehingga 12-14 orang untuk satu trip selain itu kita perlu membawa stock makanan untuk bekalan kita di atas sana.

Sememangnya rumah api OFB merupakan tempat ideal untuk pemancing memancing secara santai dalam masa jangka pendek kerana lokasinya yang berada berdekatan dengan kedudukan di lembah Klang.

7 ulasan:

  1. salam. blog yg sgt best. 3hari sy da habis baca semua entry. huhuhu..ada fb xbang? senang nak contact..sy ni baru berjinak2 dgn memancing..

    BalasPadam
  2. Salam & terima kasih kerana sudi berkunjung di blog saya ini. untuk add saya di FB tuan boleh clik pada Facebook badge saya di blog ini atau search saya melalui email maxx.peacock@gmail.com Inyallah kalo ada persoalan tentang memancing saya akan cuba membantu sedaya upaya..kita sama2 belajar..terima kasih sekali lagi dari Maxx Peacock-Fish Hunter

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, ada join group x dimasa akan datang? Saya ada gak member group mancing tp kat sabah. Kat semenanjung ni ada juga la rakan mancing tp jenis baru nak biasa2 nak mancing, setakat ni xpernah lagi cuba mancing takat adventure....naik sampan ke, ke rumah api ke, apatah lagi lubuk2 yg ada kat port klang pun xtau lagi, asyik2 laguna park dan tanjung harapan.....selain itu, kitaorg juga xtau nak deal kat sapa kalau nak mancing atas sampan @ bot sekitar pulau di port klang....terasa nak main siakap n kerapu n merah gak....kalau kat tepi2 pantai tu...kempunan gak...asyik2 balik tgn kosong.....kalau nak beli udang hidup, selalunya nesti habis...xdapat nak beli...katne lagi tmpat yg ada dan dijamin dapat beli? Harap tuan boleh kemuka cadangan utk pemancing baru macam kami kat sini ni. Terima kasih. Klu boleh nak ada connection sll dengan tuan, Fcb saya alif_iman2208@ yahoo.com.

    BalasPadam
  4. untuk memancing area port klang boleh call no ni:
    IKS - 0123014773

    kalau nak memancing di OFB:

    Abg Samad: 0162771381

    BalasPadam
  5. Berape harga bot kalau mancing area klang?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum sy berminat utk trip ke ofb pada bulan 9 ni.dengan siapa sy nak berhubung ya..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...