Isnin, 24 Jun 2013

Conquest of Similan Island - Part 2



Hari pertama di Perairan Similan Island, Phuket telah pun berlalu. Hasil yang berjaya diperolehi pada malam pertama boleh dibanggakan. Banyak ikan karang dan predator yang berjaya dinaikkan. Sementara menanti matahari terbit, kami mengambil kesempatan untuk berehat. Keletihan akibat perjalanan yang jauh dan sukar untuk tiba di Thap Lamu Pier, Phuket mula terasa. Ada baiknya kami tidur untuk menyimpan tenaga sebelum meneruskan perjuangan menawan ikan gergasi di perairan ini pada waktu pagi hari ke-2.

Selepas dapat melelapkan mata beberapa jam, kami mula berjaga pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan. Tekong Sai Yan bercadang untuk menduga kawasan drop off sedalam 200 meter di barat Similan Island.

Day 2


Inilah tekong Sai Yan yang berpengalaman mengendalikan bot di kawasan Similan Island, cuma yang menyukarkan kami ialah beliau tidak fasih berbahasa english. Komunikasi kami antara seakan-akan ayam dan itik. Tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk kami berkomunikasi kerana tekong Sai Yan sentiasa berusaha berkomunikasi bersama kami melalui bahasa isyarat dan gambar-gambar ikan.


Batu ladung seberat 2kg terpaksa digunakan sebagai pemberat supaya umpan betul-betul sampai ke dasar.



 Lagi ikan laut dalam dari Zul.






Hari ke-2 kami di sini dihidangkan dengan hasil ikan kerapu kertang (Giant Grouper, Epinephelus lanceolatus) bersaiz juvenile. Tekong Sai Yan akan singgah sebentar sahaja di setiap spot untuk memancing. Kebiasaannya ikan akan melahap umpan dengan pantas apabila ianya tiba di dasar laut. 

Selepas seharian memancing ikan kerapu kertang ini, bot mula bergerak menuju ke unjam berhampiran Similan island. Banyak hasil yang kami perolehi pada hari ke-2 bersaiz juvenile antara 3kg-5kg.


Fajar yang melabuhkan tirai pada hari kedua.

Menikmati keindahan alam ciptaannya.

Night Day 2

Kami sekali lagi singgah di unjam pada malam ke-2. Cuaca menunjukkan tanda-tanda baik. Alun dan angin juga sepoi-sepoi bahasa ketika ini. Selepas mandi membersihkan diri dan makan malam. Kami bersiap sedia untuk memancing malam. Kali ini kami amat bertuah kerana unjam yang di singgahi oleh Tekong Sai Yan penuh dengan lambakan sotong. Kami mencandat sotong sebagai sesi pemanas badan.

  
Pesta Sotong.



Kehadiran sotong ini di unjam yang kami singgah banyak memberi kelebihan. Lambakan sotong ini menarik banyak ikan pemangsa di unjam ini. Jigging dan bottom amat meriah ketika ini. Selain itu, penggunaan sotong hidup sebagai umpan pancingan dasar amat laku ketika ini. Pelbagai jenis ikan diperolehi ketika ini.

Kerisi Bali hasil dari teknik jigging

Jemuduk Bintik

Mangrove Jack (MJ)

 Green Job Fish with tax..!!

Jemuduk Bintik

Merah Suman (Japanese Red) 


Malabar Grouper

 
Landuk

to be continue for more bigger fish - part 3 ....... 3/7/13

Info Tentang Kertang  (Giant Grouper) Similan Island


Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus
Nama umum: Giant grouper
Nama tempatan: Kertang
 

Kertang atau gelarannya di kolam comercial ikan naga suka mendiami lubang, karang dan struktur yang membolehkannya menghendap mangsa. Selain itu, ikan ini boleh didapati di kawasan perairan yang mempunyai kedalaman 150-200 meter. Ikan ini bersifat pemalas dan kurang bergerak keluar daripada kediamannya.Tempat popular untuk memancing ikan kertang di Malaysia ialah di perairan Spartly dan Lacornia yang mempunyai ke dalaman lebih 150 meter. Walaupun harga ikan ini sangat mahal di Malaysia, ikan ini tidak begitu mendapat perhatian oleh masyarakan di Thailand jika dibandingkan dengan kerapu lain seperti kerapu boron/bintik/karang (Malabar Grouper) hingga menyebabkan nilai ikan ini hanya beberapa ringgit sekilo di Thailand.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...