Andaman Sea merupakan salah satu tempat memancing yang terkenal serata Asia Tenggara. Lautan yang merangkumi 4 negara iaitu Negara Thailand, Myanmar, Indonesia dan Nicobar merupakan syurga pemancing untuk memperolehi ikan bersaiz gergasi. Yellow fin Tuna, Ruby Snapper, Giant Grouper, Wahoo, Dog tooth tuna, Black Marlin dan banyak lagi spesis ikan yang boleh dipancing di Andaman Sea. Pemancing yang memancing di sini sentiasa pulang dengan hasil yang sangat membanggakan Impian untuk memancing di perairan Andaman Sea telah lama saya mimpikan.
Akhirnya peluang mengunjungi Andaman Sea telah terbuka sebaik sahaja saya menerima jemputan dari Team D7L untuk mengunjungi perairan Laut Andaman. Apabila bercerita tentang Andaman Sea, pastinya pemancing akan terfikir tentang spot terkenal di Andaman Sea iaitu "Burma Bank ". Burma Bank merupakan lokasi paling popular di Andaman Sea.
Tetapi kunjungan saya kali ini di Similan Island di Phuket. Walaupun kos dan perjalananya separuh dari perjalanan ke Burma Bank, Perairan Andaman di Similan Island mampu memberi kepuasan seperti berkunjung ke Burma Bank. Ikan-ikan yang terdapat di sana sama seperti yang terdapat di Burma Bank.
Perjalanan kami bermula dari bandar Kuala Lumpur. Sebanyak 3 buah kenderaan pelbagai guna akan berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Phuket. Kami akan melalui perjalanan sejauh 1200km sehala untuk ke Phuket. Ini bermakna perjalanan pergi balik ialah sejauh 2400km. Kami bergerak pada pukul 12 malam dan selepas memandu selama 23 jam, akhirnya kami tiba di Phuket. Walaupun kami tiba di salah satu pusat peranginan terkenal dunia, semuanya tidak dipedulikan oleh kami gara-gara terlalu letih mengharungi perjalanan yang amat jauh. Kami hanya singgah untuk menatapi makan malam dan masa selebihnya digunakan untuk tidur.
Keesokkan harinya, kami bangun seawal pukul 6 pagi untuk bergerak menuju ke jeti di Thap Lamu Pier. Perjalanan ke sana mengambil masa perjalanan selama hampir 2 jam. Selepas melalui perjalanan yang amat jauh akhir nya sampai jua kami di jeti.
Perjalanan yang jauh lagi memeritkan semata-mata untuk memancing
Berhenti rehat dan menunaikan solat di masjid Krabi Thailand
Masjid Krabi Thailand
Harga minyak petrol dan diesel di Thailand. Mana boleh tahan..!!
Selepas seharian memandu, akhirnya kami tiba di
Thap Lamu Pier.
Suasana di jeti Thap Lamu Pier.
Jeti yang sangat bersih dan luas
Kerjasama mengangkat barang-barang makanan dan kelengkapan memancing
Selepas selesai memunggah barang-barang memancing dan makanan. Kami menanti ketibaan bot milik tekong Sai Yan berlabuh.
Bot yang akan kami naik untuk memancing