Khamis, 22 Ogos 2013

KUMPAU.....!!!



Definasi KUMPAU!!

KUMPAU  adalah istilah dan gelaran para pemancing di Malaysia ketika gagal mendapat ikan yang disasarkan atau tiada hasil pancingan yang memuaskan ketika memancing ikan. Pemancing yang memancing dan pulang dengan tangan kosong akan di gelar KUMPAU.

Pendapat saya tentang perkara KUMPAU terbahagi kepada 2 definasi.


A.KUMPAU TRIPS/BERKUMPULAN

Ini berlaku ketika sesuatu trips dan kumpulan memancing gagal menaikan ikan sasaran atau hasil yang tidak memuaskan. Jumlah ikan yang di pancing pula amat sedikit dan tidak berbaloi jika di bandingkan dengan harga kos memancing.
 
kumpau jenis ini lebih melibatkan secara berkumpulan.

Sebab berlakunya KUMPAU TRIPS ini.

  1. Tekong atau boatman yang mengendalikan bot yang kurang berpengalaman. Tekong membawa pemancing ke kawasan yang tiada ikan. Faktor tekong malas untuk menukar lokasi tempat memancing juga boleh membawa kepada faktor trips menjadi kumpau. Bot yang tidak di lengkap sonar atau GPS menyukarkan pemancing untuk mencapai ikan sasaran
  2. Faktor cuaca dan pasang surut - kesilapan membaca carta pasang surut dan silap tafsiran oleh ketua kumpulan trips juga menjadi faktor perkara ini berlaku. Seperti diketahui, ikan di laut amat pasif ketika tiada arus ataupun air mati. Cuaca ribut dan ombak yang kuat pasti boleh melemahkan ahli trips. Cuaca sebegini pasti membataskan pemancing untuk memancing. Pemancing juga boleh mabuk dan melemahkan kekuatan kumpulan.
  3. Kesilapan dalam pengendalian sesuatu trips - Missed communication atau salah faham antara ketua organize dan tekong sering terjadi. Selain itu kesilapan untuk mengambil kira kos-kos tersembunyi dalam sesuatu aktiviti memancing banyak memberi kesan negatif kepada ahli kumpulan.
  4. Kegagalan mendapat informasi terkini sebelum trips - Maklumat amat penting sebelum pergi memancing, Umpan, ikan sasaran, lokasi jeti, lokasi lubuk, kos, tekong dan bot perlu di ketahui supaya pemancing lebih bersedia.

Pencegahan:
  • Pastikan kita benar-benar biasa menggunakan khidmat tekong ketika membuat sesuatu trips. Jika pertama kali, pastikan bertanya pada kawan-kawan pemancing yang lain yang pernah mengunakan khidmat tekong tersebut.
  • Pastikan mendapatkan info tentang cuaca dan pasang surut sebelum mengendalikan sesuatu trips.
  • setiap trips mestilah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira tentang makanan, kemudahah, pengangkutan dan etc
  • maklumkan kepada ahli trips tentang sasaran ikan yg disasarkan supaya ahli lain lebih bersedia dengan set-set pancingan yang sesuai.
  • ambil tips-tips pada pemancing yang lebih berpengalaman terlebih dahulu sebelum pergi ke trips memancing terutamanya di tempat yang baru.
  • Postmortem dan perbincangan sesama ahli untuk menggenali punca berlakunya kegagalan trips dan menjadikannya sebagai pedoman pada trips akan datang.
  • Black list tekong dan bot jika kegagalan berpunca dari sikap dan service tekong yang tidak berpengalaman/buruk/malas/kuat tidur/etc yang menyukarkan pemancing untuk memancing supaya kejadian kumpau ini tidak berulang kembali pada trips akan datang.

B.KUMPAU PERSEORANGAN.

Berlaku ketika kita seorang sahaja tidak mendapat ikan yg disasarkan atau tiada apa-apa hasil yang boleh dibanggakan tetapi rakan-rakan lain yang memancing bersama kita berjaya mendapat hasil yg lebih baik daripada kita.

Sebab berlakunya KUMPAU perseorangan ini.

1. Kurang berpengalaman
2. kurang maklumat terperinci
3. kurangnya skill dan teknik pancingan
4. salah guna umpan
5. Set pancingan yang digunakan tidak sesuai.
6. Mabuk laut.


Pencegahan:
  • banyakkan bertanya kepada kawan-kawan pemancing kita yang lebih berpengalaman.
  • rajin-rajinlah mencari maklumat dan ilmu mengenai pancingan dan teknik di forum pancingan, majalah,blog dan sumber lain dari internet
  • sentiasa belajar dari pengalaman
  • kenal pasti sasaran ikan kita.
  • pastikan set yang digunakan sesuai dengan ikan sasaran kita
  • Sentiasa membuat perbincangan dengan kawan-kawan yangg lain untuk mengenal pasti punca berlakunya kumpau ini
  • Sediakan ubat tahan mabuk jika anda seorang yang mabuk laut.

Isnin, 19 Ogos 2013

Nemo: Liar-Liar & Kumpau Edition


Pastinya apabila membaca majalah dan blog-blog memancing, banyak cerita kejayaan pemancing menaikkan ikan yang diidam-idamkan. Perkara seperti ini pasti menjadi kebanggaan dan buah mulut pemancing-pemancing lain. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman "kumpau" yang jarang-jarang kedengaran di majalah mahupun di blog-blog. Saya berharap pengkongsian ini dapat memberi mafaat kepada pemancing lain.

Walaupun berpengalaman luas dalam dunia pancingan, kadang kala kita tidak dapat mengelak daripada gagal dalam sesuatu trip. Istilah ini lebih dikenali sebagai gelaran "kumpau" di Malaysia. Begitulah lumrah yang sering berlaku ketika memancing. Walaupun kita mempunyai set memancing yang boleh diketegorikan sebagai 5 bintang serta pengalaman serta teknik memancing yang betul. Kegagalan seperti ini tetap boleh berlaku. Inilah yang telah berlaku pada kami semasa memancing di Kuching, Sarawak.

Seperti sedia maklum, saya sendiri sudah beberapa kali telah memancing di perairan Kuching. Perairan Kuching amat terkenal dengan hasil ikan Merah (Red Snapper) & Ikan tenggiri yang banyak. Bulan March hingga August merupakan waktu terbaik untuk memancing di sekitar perairan Kuching, Sarawak.

Setelah memilih hari yang sesuai, kumpulan kami bersetuju untuk menyewa sebuah bot yang amat terkenal pada ketika dulu iaitu Bot Nemo. Bot Nemo yang dikemudikan oleh Tekong Ah Ha amat terkenal dengan hasil yang sangat memuaskan menyebabkan kami memilih bot Nemo untuk ekpedisi kali ini.

Selepas semua telah bersedia, kami terbang ke Sarawak untuk memancing. Berkat pengalaman kami yang telah memancing di Kuching beberapa kali menyakinkan kami bahawa trips kali ini pasti akan berjaya. Seperti kunjungan kami ke Kuching sebelum ini, PALOH menjadi destinasi lubuk pilihan kami. Kunjungan kami ke PALOH tidak pernah menghampakkan kami.

Selepas kami mendarat dengan selamat di lapangan terbang Kuching, kami bergerak ke jeti Sentubung untuk menaiki bot. Bot Nemo memang terkenal dengan kemudahan memancing yang selesa lengkap dengan tempat tidur yang berhawa dingin. Sikap peramah tekong Ah Ha kepada pemancing memang menjadi pujian ramai.


Selasa, 6 Ogos 2013

Salam Aidilfitri - 1 Syawal 1434 Hijrah


Salam Aidilfitri dari Maxx.Peacock - Fish Hunter kepada semua penggunjung blog ini. Maaf dipinta jika berlakunya salah dan silap.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Fish On...!!


Khamis, 25 Julai 2013

Info: Hukum Pergi Memancing



Credit & copy from: Jorangading.blogspot.com

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MEMANCING

Kebaikan dan Keburukan Memancing
Salah satu kaedah usul fiqh: “Asal perkara itu mubah (harus)”
Bila kita ingin mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu perkara, timbanglah dengan neraca syarak.
Sekiranya memancing bukan adalah sumber rezeki kita, maka hukum memancing adalah harus. Namun ia boleh menjadi haram sekiranya kita meninggalkan suruhan dan mengerjakan larangan Allah. Perkara ini dengan mudah menjadi satu keburukan, walaupun pada asalnya perkara itu adalah harus. Contohnya adalah meninggalkan solat semata-mata kerana keseronokan memancing ikan.
Sekiranya memancing adalah sumber rezeki kita, maka ia menjadi wajib untuk kita untuk memancing. Ini kerana sekiranya kita tidak melaksanakannya, kita tidak dapat melaksanakan tuntutan-tuntutan wajib yang lain. Misalnya membeli pakaian untuk menutup aurat dan memberi nafkah kepada keluarga.
Jadi, perkara paling buruk boleh kita lakukan dalam aktiviti memancing ikan adalah melanggar batasan syarak, dan perkara paling baik dari aktiviti tersebut adalah ia mendekatkan kita kepada Allah.
Jadi, perkara2 berkaitan dengan memancing ikan yang masih terpelihara di dalam batasan syarak adalah kebaikan.

Antaranya adalah;
  1. Melihat kebesaran kejadian ciptaan Allah S.W.T.
  2. Melatih kesabaran, tawakkal, syukur dan redha.
  3. Mempergunakan masa semasa memancing (sementara menunggu umpan di makan ikan) untuk memperbanyakkan zikir.
  4. Menghirup udara segar (sekiranya memancing di dalam hutan).
Sebaliknya, memancing juga boleh mengundang banyak keburukan. Ukurannya adalah melampaui batasan syarak. Antaranya;
  1. Meninggalkan solat dan fardhu2 lainnya termasuk puasa.
  2. Meningkatkan vocabulary makian dan hamun (kerana tak dapat ikan)
  3. Tidak mempergunakan masa semasa memancing dengan sebaiknya, malah berangan-angan kosong yang tidak memberi apa-apa kebaikan.
  4. Ikan yang dipancing tidak di makan atau disedekahkan atau dihadiahkan. Mungkin hanya dibiarkan busuk – memancing hanya untuk mendapatkan keseronokan “lawanan tarikan ikan”.
Buat SAHABAT, mudah-mudahan apa yg saya tulis ini dapat memberi sedikit gambaran tentang kebaikan dan keburukan memancing.
Sebenarnya, semua perkara dalam hidup kita perlu ditimbang dengan neraca syarak untuk membezakan kebaikan dengan keburukan sesuatu yang berkaitan dengan perkara tersebut. Apa yang melanggar batasan syarak adalah keburukan dan yang dalam batasan syarak adalah kebaikan.

Sekian, WAllahua’lam

Isnin, 15 Julai 2013

Dewan Kegemilangan - 16



Majalah Umpan June 2013

Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team Majalah UMPAN terutamanya Editor Mr. Hazrizal kerana memilih artikal saya untuk dimuatkan ke dalam Majalah UMPAN keluaran June 2013. Kali ini pengalaman  saya bersama team D7L mengekplorasi Pulau Similan, Phuket, Thailand yang terletak di Lautan Andaman dimuatkn ke dalam majalah ini. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki Majalah Umpan yang memuatkan pelbagai info tentang dunia memancing di Malaysia sekarang juga.







Selasa, 9 Julai 2013

Coretan ketika kunjungan ke Angling & outdoor Recreational Fair 2013



Pada tanggal 28-30 June 2013 telah berlangsungnya Angling & outdoor Recreational Fair 2013 di SACC Shah Alam. Pastinya kaki pancing seperti saya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini. Pada hari pembukaannya, saya bersama-sama rakan pancing dan juga blogger memancing iaitu Fahiz Hussin dan Halim Hussin  mengunjungi Angling & outdoor Recreational Fair 2013. Pelbagai peralatan memancing dan booth yang menyediakan pelbagai product pancingan dan outdoor dipamerkan. Banyak product-product baru pelbagai jenama yang dipamerkan di sana. Ketika kunjugan kami di sana, kelihatan hall pameran penuh dengan penggunjung. Ini menandakan Angling & Outdoor Recreational Fair memang ditunggu-tunggu dan di sambut dengan baik oleh peminat memancing dan outdoor. Ucapan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya menganjur exhibition ini dan berharap acara ini berlangsung setiap tahun dengan peningkatan yang lebih mantap lagi. Tahniah dari saya. Thumb up

P/S: Harapan saya tahun depan lebih banyak syarikat dan kedai memancing yang turut serta supaya acara ini lebih memeriah dari tahun sebelumnya. Jika ada penglibatan syarikat memancing dari luar negara pasti lagi mantap.

Sambutan yang meriah di setiap booth

Booth Megabass yang wajib dikunjungi.

Koleksi gewang jenama Megabass

Pelbagai peralatan memancing dipamerkan

Gewang jenama lain turut dipamerkan

Sonar 3D yang amat canggih

Sempat bergambar bersama Oda-San, pembekal rod kegemaran saya iaitu YAMAGA

Satellite phone, gadget canggih yang perlu ada ketika memancing di laut ataupun di perdalaman hutan.

Model yang sedang melayan kunjungan kami

Sempat bergambar sambil cuci mata.

Bergambar bersama Amang, Wartawan Majalah Umpan dan rakan-rakan pemancing yang lain.

Rabu, 3 Julai 2013

Conquest of Similan Island - Part 3 Final



Dua malam sudah berlalu untuk trip explorasi team D7L di Similan Island, Phuket. Trips yang pertama kali kami kunjungi ini tidak menghampakan. Setakat hari ke-2 di sini, hasil tangkapan ikan yang kami perolehi boleh dibanggakan. Cuma setakat ini belum lagi ada tangkapan ikan yang boleh di digelar sebagai "Monster Fish". 

Selepas berhempas pulas pada malam ke-2, kami meneruskan aktiviti memancing.


 Memancing tetap diteruskan sehingga fajar menjelma

Selepas bersarapan pagi, bot bergerak menuju kelubuk drop off semula seperti semalam. Hari ini ialah hari terakhir kami di Similan Island. Kami berharap dapat menemukan kami dengan ikan yang lebih besar berbanding semalam. Selepas semua telah bersedia, Tekong Sai Yan memberi isyarat supaya melabuhkan umpan. Seperti semalam, umpan terus diragut selepas tiba di dasar.  Ikan kerapu yang berjaya dinaikkan juga mempunyai saiz yang sama seperti semalam. Tekong Sai Yan berpindah beberapa lubuk lain dan hasilnya tetap sama.

Seperti faham dengan kehendak kami, tekong Sai Yan  bercadang untuk bergerak lebih jauh. Perjalanan akan mengambil masa dalam 2 jam. Sementara itu, saya dan rakan-rakan berbincang mengenai harapan dan cita-cita untuk memancing ikan kerapu bersaiz gergasi di Similan Island. 

Sedang rancak kami berbual, tekong memberi isyarat supaya bersiap sedia. Lubuk yang akan disinggahi sudah dekat. Sementara tekong membetulkan posisi bot, sempat saya menjenguk sonar. Kelihatan seperti kawasan berbukit di dasar. Sonar juga menunjukkan tanda-tanda terdapat ikan. Apabila umpan sampai ke dasar, terdapat tanda-tanda getuan dan butang electrik ditekan dengan pantas untuk mengarau secara automatik. Tetapi kali ini mesin electronik kami tidak dapat mengarau sendiri. Tekanan pada hujung joran sangat hebat. Kami terpaksa menggunakan tenaga sendiri untuk mengarau secara manual. Sedikit demi sedikit tali dapat digulung ke dalam mesin. Walaupun menggunakan mesin electronik yang mengarau sendiri, kali ini kami terpaksa bertarung menggunakan tenaga sendiri dan ia memakan masa lebih dari setengah jam. Kejadian ini bukan berlaku pada saya, tetapi hampir semua rakan-rakan lain yang turut melabuhkan umpan. Tekong Sai Yan juga terpaksa turun padang untuk membantu kami dan hasilnya sangat membanggakan. Ikan yang layak di gelar sebagai monster berjaya di naikkan salah satunya hasil tangkapa daripada saya. Kemudian kami berpindah di lubuk lain yang berhampiran dan banyak lagi ikan bersaiz "monster" yang berjaya dinaikkan.



Struktur dasar laut seperti bukit bukau.

Kekili Electronic terpaksa berkerja keras, lihatlah sendiri bagaimana 
rod menahan tekanan daripada ikan.

 Saiz Ikan yang layak digelar sebagai "Monster"

 Trofi Kerapu dari saya.

Lagi kerapu gergasi

 Mama Giant Grouper

Berat...!!


Saiz begini masih dianggap juvanail walaupun berat ikan ini mencecah hampr 5 kg

Giant Grouper ke 2 dari saya.

Isnin, 24 Jun 2013

Conquest of Similan Island - Part 2



Hari pertama di Perairan Similan Island, Phuket telah pun berlalu. Hasil yang berjaya diperolehi pada malam pertama boleh dibanggakan. Banyak ikan karang dan predator yang berjaya dinaikkan. Sementara menanti matahari terbit, kami mengambil kesempatan untuk berehat. Keletihan akibat perjalanan yang jauh dan sukar untuk tiba di Thap Lamu Pier, Phuket mula terasa. Ada baiknya kami tidur untuk menyimpan tenaga sebelum meneruskan perjuangan menawan ikan gergasi di perairan ini pada waktu pagi hari ke-2.

Selepas dapat melelapkan mata beberapa jam, kami mula berjaga pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan. Tekong Sai Yan bercadang untuk menduga kawasan drop off sedalam 200 meter di barat Similan Island.

Day 2


Inilah tekong Sai Yan yang berpengalaman mengendalikan bot di kawasan Similan Island, cuma yang menyukarkan kami ialah beliau tidak fasih berbahasa english. Komunikasi kami antara seakan-akan ayam dan itik. Tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk kami berkomunikasi kerana tekong Sai Yan sentiasa berusaha berkomunikasi bersama kami melalui bahasa isyarat dan gambar-gambar ikan.


Batu ladung seberat 2kg terpaksa digunakan sebagai pemberat supaya umpan betul-betul sampai ke dasar.



 Lagi ikan laut dalam dari Zul.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...