About Me





MaxxPeacock (Akasah A.Rashid)

Salam kepada semua pengunjung blog ini. Dengan adanya blog ini saya berharap blog ini dapat membantu serba sedikit memberi pengetahuan tentang memancing kepada semua pengunjung. Di sini saya sertakan sedikit tentang biodata saya supaya menjadi rujukan para pengunjung.


Walaupun saya seorang pemancing tegar, terdapat juga aktiviti lain yang saya minati. Di blog ini juga akan saya selitkan sedikit sebanyak aktiviti lain yang saya minati. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya dan jikalau terdapat salah silap saya menyusun sepuluh jari memohon maaf.

Sekian,

MaxxPeacock




Fishing



Saya yang berasal dari Mersing Johor sememangnya meminati memancing sejak dari kecil lagi. Dengan keadaan tempat asal saya yang di kelilingi oleh lautan. ia telah memupuk minat tersebut berada di hati saya sehingga kini.Memancinglah yang banyak mengisi masa lapang saya ketika kanak-kanak dahulu. Saya dan rakan-rakan kampung akan mencuba setiap pelusuk lombong ataupun longkang semata-mata hendak memancing Dari menggunakan batang buluh hingga ke rod memancing, dari longkang hingga la ke lautan lepas, minat tersebut bagaikan tidak pernah luntur dalam diri saya. Pada mulanya saya hanya menjadi pemancing kecil-kecilan memandangkan ketika itu poket  sentiasa kosong. Ilmu memancing yang ada hanyalah sekadar asas.Saya memancing secara serius setelah tamat belajar pada tahun 1997. Dengan adanya internet, saya lebih mudah mendalami ilmu memancing, selain itu peluang berkawan dengan rakan-rakan pemancing dari Malaysia Fishing.net telah banyak membantu saya mematangkan teknik dan pengetahuan  saya. Pengenalan saya dengan otai-otai memancing tanahair juga memberi saya peluang belajar lebih banyak lagi. Trips yang dahulunya sekadar trips kecil-kecilan kini bertukar menjadi trips mega. Pelbagai trips yang telah saya ikuti dan sehingga kini trips memancing saya bukan sahaja di tanahair, tetapi terdapat juga di luar negara. Walaupun duit yang perlu dimodalkan untuk mengikuti trips seperti ini berjumlah besar, hasil tangkapan tetap saya letakkan di tempat kedua, apa yang lebih penting lagi ialah pengalaman ke tempat baru dan mengenali teknik & ragam specis ikan sasaran. Di samping itu setiap trips yang saya sertai, tidak pernah sunyi dengan gurauan rakan-rakan lain yang mengikutinya. Hubungan silaturahim menjadi semakin rapat dan inilah yang lebih penting dan sangat berharga.


Photography



Setiap kali saya pergi ke sesuatu trips, akan saya bawa camera bersama-sama. Dengan hanya berbekalkan camera compaq, saya tidak akan melepaskan peluang untuk merakam setiap detik pengalaman saya semasa memancing. Keseronokan saya mengambil gambar telah memupuk minat saya untuk mendalami dunia photograpy. Peluang menghantar artical ke surat khabar dan majalah pancing juga membuatkan saya perlu memastikan setiap gambar yang di ambil berkualiti. 
Dari dorongan itulah saya telah membeli sebuah camera DSLR EOS Canon. Ternyata penggunaannya tidak semudah menggunakan camera compaq. Untuk mendalami penggunaannya saya terlah menyertai sebuah kelab fotography untuk memudahkan saya untuk lebih mahir menggunakkan DSLR. Selain itu, saya jua melayari Forum Photo Malaysia dan internet untuk menambah pengetahuan saya. Kini banyak telah saya belajar berkenaan photography. Bagi saya tidak rugi memiliki DSLR kerana penggunaannya bukan terbatas untuk memancing, tetapi boleh digunakan di mana-mana aktiviti lain yang saya sertai. Saya juga berpeluang mengambil gambar orang tersayang dengan lebih sempurna untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.


Treaking/Outdoor



Treaking merupakan salah satu aktiviti sampingan saya. selain berpeluang membuat senaman, treaking menyedarkan diri saya tentang kemampuan stamina saya. Walaupun saya tergolong daripada golongan yang suka bersukan, treaking lebih memberi cabaran pada diri saya. Walaupun memenatkan, peluang melihat dan merakam flora & fauna semasa treaking sangat mengujakan saya. Selain itu aktiviti perkhemahan selepas selesai treaking di dalam hutan juga memberi satu pengalaman pada diri saya. Selain beriadah bersama rakan-rakan yang lain, sikap kerjasama yang diamalkan sangatlah penting dan ini mengajar saya tentang pentingnya sikap kerjasama antara satu sama lain. Bagi saya yang berkerja di kota raya, kesempatan treaking sambil menghayati pemandangan semulajadi amat menenangkan saya.

7 ulasan:

  1. travian dah pencen la bro...huhuhuhuhu

    BalasPadam
  2. salam bro sye nak tanye kat mane bro dapat ikan kelah biru n ijau tu bleh bgi info lokasi atau tempat nak beli benih tq.kalau ade contact no lagi bagus

    BalasPadam
  3. BRO。。。umpan terbaik utk mekong kolam pls。。n teknik terbaik。。。bottom atau pelampung。。tq bro。。waiting for ur reply

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Wilson boleh melawat page saya tentang umpan patin.Selain itu terdapat juga ramuan umpan yang digunakan di Bungsamran Thailand Juga.

      Padam
  4. sye bdk br belajar..rod pe 3-4 sesuai x utk jig..brapa berat jig utk rod ni..dr segi benang ngn reel mcm mne...tkasih kesudian tuan mlayan soalan sye

    BalasPadam
  5. Mantap
    Baca juga https://www.harian365.site/2021/08/Cara-memancing.html

    4 tips jitu mancing

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...