Rabu, 28 Disember 2011

Exotic Fishing Pond @Rawang


Kali ini saya telah berkunjung di sebuah kolam yang amat terkenal yang terletak di Rawang. Kolam yang hanya mengambil masa 45 min perjalanan dari rumah saya yang terletak di Shah Alam. Kolam Exotic Fishing Pond yang terletak di Rawang ini hanya baru 5 bulan sahaja beroperasi. Kolam ini amat istimewa bagi para pemancing kerana kolam ini telah memperkenalkan ikan exotic yang berasal dari Amazon seperti ikan Arapaima gigas, Pacu, Red Tail Cat Fish dan Alligator Gar. Selain itu ikan-ikan yang kini jarang-jarang diperolehi di negara Malaysia juga terdapat di sini seperti ikan Toman (giant snakehead), ikan Tapah (Walago attu) , Jelawat (Leptobarbus hoeveni) bersaiz lebih 5 kg, Tongsan (Big head carp) bersaiz lebih 10 kg, Temoleh (Probarbus jullieni) , Ikan Tenggalan (Puntioplites bulu) dan Red Masheer. Ikan Mekong Cat fish yang berasal dari sungai Mekong juga terdapat di sini. Kolam ini mengenakan caj masuk RM100.00 untuk memancing selama 4 jam.

Kunjungan saya kali ini disertai oleh Epol D7L, Yuhilmi dan Berg. Kami tiba di Kolam pancing ini seawal 7.30 am. Ikan di sini lebih aktif ketika awal pagi dan lewat petang. Exotic Fishing Pond ini yang mengamalkan Catch & Release dibuka 24 jam untuk memancing.



Kolam yang selesa dan luas untuk pemancing ikan

Wall of frame di kolam ini

Umpan untuk memancing ada dijual di sini

Bahagian tepi kolam disediakan tempat khas untuk menyimpan umpan hidup dan ikan yang di tangkap

Rules and conditions

Ketika kunjungan kami kali ini, kami memilih untuk menggunakan umpan hidup dan pelampung.
Ini kerana ketika kunjungan kami pada awal pagi mendapati kebanyakan ikan bermain-main di permukaan air. Umpan ikan hidup yang merupakan anak ikan karp dan anak ikan Lampan dijual dengan harga RM1.00 seekor.

Cara mencangkuk umpan ikan hidup.
Jarak perambut sepanjang setengah depa

Tidak sampai 3 minit umpan dibaling, umpan terus disambar oleh ikan

Ikan Toman (Giant Snakehead) pertama yang ditangkap pada kunjungan kali ini

Giliran Yuhilmi pula

Seekor Red Tail Cat Fish sekala 2 kg berjaya ditawan

Giliran saya pula

Seekor ikan Toman dari saya


 Red Tail Cat fish dari Berg.

Selepas itu kami menerima sentapan ikan tanpa henti-henti, nampaknya penggunaan umpan ikan hidup bersama pelampung telah menarik minat ikan predator yang berada di kolam Exoctic ini. Saya yang menggunakan set ringan iaitu Shimano Twin Power 2000 bersama tali 18lb serta dipadankan dengan rod Shimano 12-18lb telah memberi satu perlawanan yang sangat hebat ketika melawan larian ikan. Sekali sekali kelihatan ikan arapaima timbul dipermukaan air tetapi kami masih gagal untuk memujuk ikan tersebut untuk memakan umpan kami. Hanya ikan Toman dan Red Tail Cat Fish sahaja yang sudi melayan pancing kami.

Red Tail Cat Fish 







Red Tail Cat fish terbesar yang ditangkap oleh Epol

Close-up Red tail Cat Fish

Toman ( Giant Snakehead)








Ikan Toman terbesar yang berjaya dipancing oleh saya

Catch & Release









Walaupun kunjungan kami kali ini hanya berjaya menaikan ikan toman dan ikan Red tail cat fish sahaja, kami tetap berpuas hati kerana ikan tidak jemu-jemu memakan umpan kami. Walaupun banyak ikan exotic di kolam ini belum lagi kami berjaya perolehi, kami pasti akan datang lagi untuk mencuba nasib. Selain itu kolam ini amat sesuai untuk kaki casting kerana kolam ini membenarkan aktiviti casting dan fly digunakan. Kami juga mencuba untuk casting apabila puas melayan teknik menggunakan umpan ikan hidup. Banyak sambaran kasar dari ikan dan ikan tersebut juga telah berjaya melenyapkan lure kesayangan milik kami. Lure minnow dan deep lebih berkesan digunakan di kolam ini. Walaupun begitu kami amat puas memancing di sini walaupun kos masuk amat mahal bagi setengah orang. Apa pun saya pasti akan kembali lagi.

7 ulasan:

  1. Salam bang, entri menarik :) xleh duk diam sya tgk list ikan yg ada kt kolam tu.InsyaAllah kalau ada rezki sya nk ke sana. Senang ckit, xpening2 kepala nk mikir tmpat cast kalau cuti pendek.hehehe.tq bang

    BalasPadam
  2. memang best..hujung minggu ni nak ripit balik...cuba nak main malam pulak..banyak lagi specis ikan yang belum ditangkap lagi. Itu hari ada sorang pemancing tu casting kena ikan arapaima..selamba je 180metar tali dia tarik sampai habis...stanby je la tali..takut kena monster....good luck..(>_<)

    BalasPadam
  3. untuk pengetahuan encik.... ikan yang ditangkap seakan baung tu ialah baung ekor merah... bukan red tail cat fish... red tail cat fish sama dalam family... tapi warna lain.. bentuk badan kepala sangat besar... perut putih dan badannye hitam campur merah... ayam atau daging lembu boleh dapat dia dengan senang... cuba cast di belakang kitchen... lagi dekat dengan kitchen lagi bagus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan, saya rasa tuan keliru dengan red tail cat fish ini. Saya akan terangkan, Gambar diatas ialah ikan Asian Red tail atau nama scientifiknya ialah Hemibagrus wyckioides dan nama melayunya ialah baung ekor merah. Ikan Asian red tail dan Amazon red tail ini tergolong sama keluarga Siluriformes. Gambar Amazon red tail tuan boleh refer link ini:http://maxxpeacock.blogspot.com/2012/08/singgah-sahur-di-natural-exotic-fishing.html
      Kerana itu saya mengelarkannya red tail.
      Bezanya antara asian red tail dan Amazon red tail( Phractocephalus hemioliopterus,) ialah habitatnya yg berada di sungai mekong dan di sungai Amazon. Harap dapat membantu dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.

      Padam
  4. Salam tuan.. kolam ni masih buka lg ke? Teringin nk tarik arapaima dan aligator gar

    BalasPadam
  5. Salam tuan.. kolam ni masih buka lg ke? Teringin nk tarik arapaima dan aligator gar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, masih beroperasi sehingga kini. Berita baiknya ialah kos memancingnya sudah lebih murah berbanding masa mula-mula kolam ini dibuka. Kini harga untuk memancing di sana ialah RM150/3jam dan ikannya besar-besar belaka.

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...