Jumaat, 16 Disember 2011

Resepi Selepas Memancing 1 - Ikan Masak Steam with Oyster Sauce


Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis aneka makanan yang berasaskan masakan steam. Masakan sedemikian amat baik untuk kesihatan kerana tiada kegunaan minyak masak. Ikan Masak Stim bersama Oyster sauce adalah salah satu masakan kegemaran keluarga saya lebih-lebih lagi apabila menggunakan ikan yang segar yang diperolehi selepas memancing ikan.

Ini kerana masakan bersama oyster sauce akan memelihara kemanisan rasa isi ikan segar yang dimasak. Kadang-kala penggunaan ramuan yang tidak sesuai akan menghilangkan rasa manis ikan segar yang dimasak. Cara membuatnya amat mudah dan boleh disediakan kurang setengah jam.

Ramuan-ramuannya:

  1. Ikan Segar(Ikan Siakap, Ikan Merah,Ikan Kerapu,Ibu kerisi dan lain-lain)
  2. Oyster Sauce
  3. Garam
  4. Daun Bawang
  5. Halia
  6. Bawang Putih


Untuk masakan steam kali ini, saya akan menggunakan isi ikan Ruby Snapper untuk menu masakan steam kali ini. Ruby Snapper mempunyai rupa bentuk seperti ikan ibu kerisi tetapi mempunyai isi yang seakan-akan rasa ikan merah. Untuk masakan ini, ikan siakap, kerapu, ikan merah dan apa-apa ikan yang sesuai dibuat stim boleh digunakan.

Memandangkan ikan ini terlalu besar, saya memotong ikan ini untuk dijadikan fillet.


  hanya tulang yang tinggal..!!



Ikan dipotong menjadi fillet

Cara memasak:

Pertama sekali ialah potong dan hancurkan halia dan bawang putih.



Kemudian campuran halia dan bawang putih dicampurkan bersama-sama oyster sauce. Masukan sedikit air.


Tabur garam secukup rasa.
Gaulkan ramuan ini selama 5 minit sehingga sebati.


Air ramuan ini kemudian ditapis dan dimasukkan bersama isi ikan yang hendak dimasak.
Kemudian steam sehingga masak.


Sebelum dihidangkan, masukan daun bawang yang telah dihancurkan ke dalam masakan steam.
Steam semula selama 1 minit.
Kemudian masakan tersebut boleh dihidangkan serta merta.



Selamat mencuba

1 ulasan:

  1. Wow bukan takat hebat dilaut dalam, di dapur pun ad gaya pro!! Tabik springgg

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...