Semasa kunjungan saya ke Bangkok pada awal tahun 2011, saya sempat membeli sebatang blank rod berjanama 7seas. Harganya amat murah jika dibandingkan dengan kualiti yang ditawarkan. Sering kali saya mendengar desas desus tentang kehebatan rod berjenama ini. Memandangkan ketika kunjungan saya ke Bangkok tempoh hari, sempat juga saya singgah di salah satu kedai alatan memancing yang terkenal disana iaitu 7seas Pro Shop. Memandangkan budget waktu itu tidak mengizinkan, saya tidak berpeluang untuk membeli rod 7seas yang telah siap dengan harga 18,000 bath atau RM 1800.00. Untuk tidak mengewakan saya, owner kedai tersebut iaitu Joe, menawarkan salah satu rod blank dengan harga 3,500 Bath atau RM350.00 (harga selepas tawar menawar). Rod Blank jenama 7seas yang menjadi pilihan saya ketika itu ialah Blank Jigging Black Rod PE3-6. Saya berpendapat kekuatan rod ini sesuai dipadankan dengan spinning Stella 8000 saya.
Memandangkan terlalu sibuk dengan kerja & aktiviti memancing, atau yang lebih jelas ialah ketiadaan budget, saya tidak berkesempatan untuk menghantar blank tersebut untuk dijadikan rod yang lengkap. Cuma hanya baru-baru ini sahaja saya berkesempatan untuk menghantar blank rod ini. Orang yang bertanggung jawap untuk membuat rod ini saya serahkan kepada En. Darul yang tinggal di Selayang. Beliau amat terkenal dengan membuat rod custom dan mempunyai ketelitian yang amat bagus semasa membuat rod. Selepas beberapa minggu, akhirnya rod saya telah siap dan saya kongsikan hasil kerja En. Darul untuk tatapan pengunjung blog ini.
Orang lain sering bertanya kepada saya kenapa saya meminati untuk membuat rod pancing secara tempahan walaupun banyak lagi rod pancing yang hebat berada dipasaran. Bagi saya membuat rod tempahan amat istimewa sekali. Rod pancing yang ditempah akan dibuat berdasarkan keselesaan pengguna. Ketinggian, saiz pemegang dan design di buat khas untuk kepuasan diri anda. Dengan total kos sebanyak RM1000 dengan membeli blank dan membuatnya, saya dapat penjimatan sebanyak RM800.00. Bukankah ia amat berbaloi.
Rod Testing - You Tube
Tiada ulasan:
Catat Ulasan