Ahad, 1 Januari 2012

Happy New Year 2012


Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua penggunjung blog ini terutama kaki pancing di Malaysia ini. Dengan kehadiran tahun baru ini mungkin terdapat para pemancing yang sedang berkira-kira budget untuk menyertai trips memancing atau membeli set memancing baru untuk tahun 2012. Dan mungkin juga terdapat para pemancing yang berazam untuk memecah rekod tangkapan ikan peribadi. Begitu juga halnya dengan saya, pelbagai jemputan dan permintaan untuk menguruskan trips memancing untuk tahun 2012 dari kawan-kawan memancing saya. Insyallah jika tiada aral melintang saya akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan semua. Saya juga berazam untuk memastikan blog saya ini sentiasa up-to-date dan dapat memberi pelbagai maklumat memancing pada semua penggunjung.

Begitulah setiap tahun, pelbagai azam berkaitan memancing akan diketengahkan setiap tahun, ini kerana memancing sudah bagaikan darah daging bagi seorang peminat dunia memancing ini. Seminggu atau sebulan tidak memancing sudah mampu membuat diri kita tidak tentu arah. 

Walau apa pun, harus kita sentiasa beringat supaya tidak terlalu ghairah memancing hingga terabai keluarga di rumah. Selain itu, keselamatan ketika memancing hendaklah diambil berat, jangan terlalu seronok memancing hingga terlupa tentang keselamatan. Tahun 2011, banyak kes kemalangan yang saya dengar telah berlaku. Bagi yang belum mempunyai life jacket 2012 mungkin ini masanya untuk membeli. Walaupun harganya mahal, tetapi tidak dapat di bandingkan dengan harga nyawa kita. Mungkin tahun 2012 kita sudah boleh mengumpul wang sedikit demi sedikit untuk membeli life jacket. Bagi yang ada, jangan lupa pulak memakainya ketika memancing di tengah laut atau pun tasik/lombong. Malang itu tidak berbau. 

Apa pun saya mendoakan semua pemancing dan pengunjung blog "FISH HUNTER" ini selamat dan sejahtera hendaknya pada tahun 2012 serta dimurahkan rezeki dengan hasil tangkapan ikan yang marvelous ketika memancing. Di harap ketibaan tahun 2012 ini mampu membuat semua pengunjung blog ini berbahagia sepanjang tahun. Selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru 2012 dari saya Maxx Peacock - Fish Hunter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...