Selasa, 22 Oktober 2013

Pulau Anambas, Indonesia - Part II


Selepas melalui perjalanan dari Pulau Bintan ke Anambas Island selama lebih 10 jam. Kami akhirnya tiba di lokasi. Memang benar! Kelihatan di screen sonar bot Sea Star kelihatan imej sebuah kapal setinggi 25 meter. Selain itu kelihatan banyak  ikan yang sedang berkeliaran di sekitar kapal karam.

Jam ketika itu sedang menunjukkan pukul 11.00 malam. Kami sangat bersemangat untuk  memancing. Selepas bot berlabuh, kami memancing tanpa membuang masa. Perkara pertama yang kami lakukan ialah memancing menggunakan pancingan dasar. Ini adalah untuk mencari ikan gred A yang bernilai tinggi yang gemar tinggal di dasar. Tanpa menunggu lama, banyak jenis ikan berjaya diperolehi seperti ikan Merah, Jenahak dan Jemuduk.


Jenahak hasil pancingan malam.

Ketika memancing dasar, terdapat juga hasil tangkapan yang terdiri dari ikan Cupak (Big Eye Trevally). Saiz ikan tersebut juga memuaskan. Kesempatan itu juga, kami segera berhenti sebentar untuk memancing ikan tersebut. Set jigging pantas digunakan. Saya yang menggunakan jig luminous seberat 80 gram bersama rod PE 3-5 digandingkan bersama kekili Shimano Stella SW 5000 tidak perlu menunggu lama. Hanya beberapa kali membuat henjutan, jig saya telah disambar oleh ikan Cupak (Big Eye Trevally) yang rakus dan banyak di kapal Karam ini. Malam pertama sahaja telah memenuhkan 2 tong yang berada di dalam bot dengan hasil ikan Cupak (Big Eye Trevally) dan ikan gred A yang lain.



 Antara gambar yang sempat dirakam.

Day 2.
Selepas bersarapan, bot masih berada di dalam kawasan kapal karam di perairan Anambas Island. Selepas tekong membetulkan posisi bot. Kami meneruskan aktiviti memancing. Kelihatan waktu pagi jigging kurang laku berbanding malam. Oleh itu kami bertukar semula kepada teknik memancing dasar.

 Set Pancing yang digunakan untuk misi kali ini.

















 Antara hasil tangkapan yang sempat dirakam

Tekong Am yang berpengalaman luas di sekitar perairan Kepulauan Riau.

Kami memancing dasar hingga ke malam. Apabila waktu malam, kami meneruskan aktiviti jigging seperti semalam. Kali ini saiz ikan Cupak (Big Eye Trevally) lebih  besar berbanding semalam. Ini bermakna kami berpesta ikan sekali lagi.

Jigging










Popping




Bottom





Sedar tak sedar kesemua tong ikan yang berada di dalam bot sebanyak 6 tong telah penuh akibat obsesi dan keseronokan kami memancing tanpa henti dengan tidak menghiraukan kapasiti muatan tong ikan. Ini bermakna kami terpaksa menamatkan sesi memancing kami. Kami terpaksa pulang awal ke daratan keesokan harinya. Ini bermakna kami masih mempunyai baki trip selama 2 hari 1 malam lagi.  Memang benar, kami masih tidak puas memancing di perairan ini. Keseronokan memancing bagaikan seketika sahaja. Kami mesti kembali ke sini lagi pada waktu terdekat. Sisa-sisa hari kami dihabiskan dengan  membeli belah dan melawat tempat menarik di Pulau Bintan.


Hasil keseluruhan


Khidmat yang disediakan oleh Sea Star.



Membeli belah di Pulau Bintan.


 Selamat tinggal dan kami akan kembali lagi.


~Tamat~

Akan datang - Ekpedisi ke Pulau Midai, Natuna Kepulauan Riau.

5 ulasan:

  1. terbaik la tuan.siap tak cukup tong tu....... bila lah nak merasa trip mcm ni. tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih bang...tu yang sebulan lepas trip ni repeat balik memancing di Pulau Midai pulak....balik awal juga....ikan bersepah...insyallah ada rezeki sampai la...

      Padam
  2. tulah.harap dipermudah rezeki tahun depan ni/boleh la mencuba di sana gak. set yang tuan pakai set berat ke. kalau mcm kat sana, berapa lb main line yang sesuai ye tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sana, utk bottom saya pakai rod PE4-6 digandingkan dengan reel 8000 siries tali braided 80lb..utk jigging saya guna rod PE3-5 bersama reel 5000 tali braided 40lb dengan jig 80-100gram...

      Padam
  3. tahniah bro...memang hsl berbaloi
    rindu mancing laut dalam, dah hampir 15 tahun tak turun laut dalam. kalau 3-5 bt tu..dah selalu turun

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...