Sekali lagi saya berkunjung ke Indonesia untuk memancing. Saya akan berkunjung ke Pulau Bintan, Indonesia untuk menagih perkhidmatan dari Bot Sea Star yang telah membawa kami memancing disekitar peraiaran Kepulauan Riau, Indonesia. Rancangan kali ini ialah untuk meneroka perairan di Pulau Anambas, di kepulauan Riau. Sebelum ini saya telah berkunjung ke perairan Mapur, Merapas, Merakit dan Malang Biru, Indonesia. Oleh itu kunjungan ke Pulau Anambas merupakan kunjungan saya yang pertama kali. Segala persiapan dibuat dengan rapi untuk memancing di sana. Set pancingan dasar, jigging dan popping dibawa bersama menuju ke Pulau Anambas.
Perjalanan kami menuju ke kepulauan Anambas.
Kuala Lumpur - Johor Bahru - Pulau Bintan - Pulau Anambas.
Kedudukan Pulau Anambas di Kepulauan Riau. Pulau ini di dalam negara Indonesia.
Walaupun lokasi pulau ini amat dekat dengan negara Malaysia. Menjadi kesalahan jika kami menceroboh kawasan ini melalui Malaysia. Kerana itu kami melalui Pulau Bintan Indonesia untuk memasuki perairan ini secara sah.
Seperti trip-trip yang lepas kami bergerak menuju ke jeti di Stulang Laut, Johor Bahru untuk menaiki feri. Selepas kami tiba di Pulau Bintan, Indonesia, kedatangan kami dialu-alukan oleh pemilik bot Sea Star.
Keadaan kami ketika di Jeti Stulang Laut,Johor. 12 tong 120qt dibawa bersama menaiki feri. Sememangnya sangat meletihkan ketika ini.
Setibanya kami di Pulau Bintan, Indonesia. Kami bermalam di Trikora Chalet sebelum memulakan perjalanan menuju ke Pulau Anambas.
Trikora Chalet
Bersantai-santai sebelum memulakan cabaran pada keesokan harinya.
Menikmati makan malam di Trikora Chalet.
Keesokan harinya kami mula menaiki bot Sea Star yang berlabuh berhampiran dengan Trikora Chalet. Tetapi keadaan air laut yang sedang surut menyukarkan kami untuk menaiki bot tersebut.
Terpaksa menggunakan bot kecil untuk menuju ke bot Sea Star.
Akhirnya kami tiba di bot Sea Star.
Semasa perjalanan menuju ke Pulau Anambas, sempat kami bergambar berlatar belakang rumah terapung yang menghasilkan ikan bilis berkualiti di Pulau Bintan ini.
Perjalanan menuju ke Pulau Anambas akan mengambil masa lebih kurang 10-11 jam perjalanan. Kesempatan ini kami mengambil peluang untuk bersiap sedia pada kelengkapan memancing kami dan berehat untuk menyimpan tenaga.
Selepas 6 jam perjalanan, tekong Am bercadang untuk singgah sebentar di sebuah lubuk berdekatan untuk sesi pemanas badan.
Selepas 4 jam memanaskan badan, kami terus menuju ke lokasi di perairan Pulau Anambas. Lokasi yang ditujui ialah sebuah kapal kontena karam yang sangat besar. Lokasi ini merupakan syurga kepada pemancing kerana terlalu banyak kehadiran perbagai ikan di sekitar kapal karam ini. Ketika itu jam sudah menunjukkan jam 11.00 malam.
Bersambung....Part II
Tiada ulasan:
Catat Ulasan