Bait Info


Salt Water Bait
~Under Progress~
 -Live Bait - Bottom & Driff
- Bait Fish


FresH Water Bait

Bercerita tentang pancingan air tawar terdapat 2 katogori yang sentiasa menjadi pilihan para pemancing termasuk saya sendiri iaitu pancingan di sungai & lombong yg mensasarkan ikan air tawar yang bersifat liar atau pancingan di kolam-kolam bayar yang menawarkan pelbagai ikan untuk dipancing serta penganjuran pertandingan memancing pada setiap bulan yg menawarkan wang tunai (jackpot) & barangan mancing.
Pancingan Kolam
Pancingan Sungai & Lombong
Walaupun kedua-dua jenis pancingan ini mensasarkan ikan yg sama seperti, Patin, Tongsan, Rohu, Pacu, Jelawat, Kelah, Tengas, Talapia, Terbul, Lampan Sungai, Lampan Jawa, Sebarau, Toman ,Peacock Bass dan lain-lain. Peranan umpan dan teknik pancingan amatlah penting untuk memancing ikan-ikan tersebut.
UMPAN
Untuk kaki bottom, umpan memainkan paling penting untuk menaikan peluang tangkapan ikan dalam akan pancingan. Selain itu, setiap umpan juga amat berlainan untuk jenis-jenis ikan yg dipancing. Kini pelbagai ramuan telah dicampurkan didalam umpan asalkan mampu naikkan selera ikan memankan umpan. Di sini saya sertakan ramuan ikan yg telah saya gunakan untuk memancing.
ROHU Liar






Umpan 1
  • Dedak Ayam Kuning (Halus)
  • Dedak Nescafe
  • Pati Pisang
  • Minyak Belangkas
  • Tepung Gandum
Ramuan ini dicampur dengan nisbah 2:1 untuk dedak ayam & nescafe.Letakkan sedikit tepung gandum untuk membuat bancuhan ini sedikit liat supaya gumpalan dedak ini tidak hancur semasa di dalam air. Campurkan semua bahan hingga sebati dan sedikit pejal. Gunakan mata boom dan kepalkan campuran dedak ini di spring yg terdapat dimata kail tersebut.
Umpan 2
  • Dedak Ayam Kuning (Halus)
  • Dedak Ayam Kuning (Kasar)
  • 1 Paket Dedak Dingding
  • Rempah Kurma Paket Besar
  • Tepung Gandum
Ramuan ini dicampur dengan nisbah 2:1 untuk dedak ayam halus & kasar.Tepung gandum juga diletakkan sedikit supaya bancuhan ini menjadi sedikit liat supaya gumpalan dedak ini tidak hancur semasa di dalam air. Campurkan semua bahan hingga sebati dan sedikit pejal. Gunakan mata boom dan kepalkan campuran dedak ini di spring yg terdapat dimata kail tersebut.
Umpan 3
  • Dedak Ayam Kuning (Halus)
  • Dedak Ayam Kuning (Kasar)
  • 1 Paket Serbuk Santan Adabi
Ramuan ini diwajibkan supaya memakai santan adabi sahaja kerana aroma santan yg kuat akan terhasil apabila digaulkan bersama-sama dengan dedak. Ini telah terbukti apabila saya pernah menggunakan serbuk santan berjenama lain dan hasilnya kami telah gagal menaikkan sebarang  ikan.
ROHU Kolam
Umpan 1
  • Segenggam palllet Merah (direndam sampai lembut)
  • 3/4 Dedak Rohu
  • 1 Bungkus Dedak Power 005
  • 15 ml Minyak Super Power (Ada di jual di bai-world/minyak lain)
  • 1,2,3 dan 4 buat sekali
  • 15 ml Super Power Rohu sapu dipermukaan dedak
  • Digunakan selepas 5 minit
  • Ikan tidak dirembat, biarkan ditarik sendiri
  • Gunakan mata rambai saiz 12 mata udang
PATIN
- boleh digunakan untuk pancingan sungai atau kolam
Umpan 1
  • Roti gardenia
  • Kelapa parut
  • Pes Pandan pekat
Kelapa parut terlebih dahulu di biarkan pada suhu bilik selama seminggu hingga keluar bau masam.Kemudian potong roti dalam bentuk dadu. Campurkan semua roti bersama-sama kelapa parut dan titik-titikkan sedikit demi sedikit pati pandan dalam ramuan tersebut. Gunakan mata jenis rambai dan cangkukkan roti berbentuk dadu ke matakail dan kepal sedikit supaya tidak mudah tanggal.
Umpan 2
  • Telur sebiji
  • Santan Kelapa Pekat (perah)
  • Jagung dalam tin(hancur)
  • Roti
  • Mauripan
Terlebih dahulu kita hendaklah membuat air pati sebelum hendak digunakan.
Blander jangung dahulu sehingga betul-betul hancur. Kemudian campurkan jagung,santan dan telur bersama-sama. Masukkan secubit mauripan di dalam ramuan dan gaul hingga sebati. Masukan ramuan tersebit di dalam botol mineral dan biarkan selama seminggu. Ketika hendak menggunakannya, potong roti dalam bentuk dadu dan masukan ramuan pati kedalam spray dan spray terus pada potongan roti tersebut sehingga sedikit lembab dan cangkukkan terus pada matakail.
TONGSAN
  • Dedak 929
  • Dedak 920
  • Dedak 923
  • Dedak Hong
  • Pes pandan
Gaulkan semua umpan dan campurkan pes pandan sehingga dedak berbau wangi. Kepalkan dedak pada spring seperti gambar di atas.
UMPAN UNIVERSAL
-Tongsan,Patin,Rohu,Pacu,Leekoh,Lampan,Talapia
  • Dedak Bomb-286 kuning
  • Power no. 1 (gambar kepala ikan gelap)
  • Ichiban bau pisang- 1 botol
  • Dedak ayam halus, sedikit
  • Pisang emas yang busuk 1 sikat
Campurkan semua ramuan sehingga sebati.Pisang terlebih dahulu dilenyek-lenyek hingga hancur dan lembik. Kepal ramuan tersebut pada mata boom atau mata rambai.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...