Siapa yang tidak kenal ikan siakap. Ikan Siakap atau lebih dikenali dengan nama Barramundi atau Kakap Putih merupakan ikan yang sangat popular di negara kita. Ini kerana ikan Siakap amat mudah didapati di mana jua. Tidak kira di restoran budget ataupun restoran mewah, ikan siakap pasti merupakan hidangan lazat dan istimewa.
Begitu juga dikolam-kolam memancing. Ikan siakap yang mempunyai sifat yang tahan lasak serta kuat melawan membuatkannya menjadikan ikan pilihan utama di setiap kolam memancing. Harganya yang murah tetapi mendapat permintaan terlalu tinggi membuatkan ikan Siakap diternak secara besar-besaran. Tidak hairanlah jika kita ke pasar-pasar ikan, ikan siakap menjadi pilihan wajib ada di setiap gerai. Jika di nilai secara rambang mengenai harga ikan ini, kebiasaanya ikan ini di jual dengan harga RM10 – RM12 sekilo. Berbeza dengan ikan siakap yang dibela, ikan siakap liar atau lebih dikenali sebagai siakap ekor kuning mempunyai harga yang lebih bernilai tinggi setinggi RM15-RM20 sekilo. Dengan harga ikan ini dipasaran membuktikan ikan ini mampu dibeli oleh kebanyakan masyarakat dan melonjakkan permintaan terhadap ikan ini.
Berbeza dengan pandangan pemancing, ikan siakap merupakan ikan wajib menjadi koleksi peribadi. Ikan siakap mempunyai daya juang yang kuat dan amat bijak meloloskan diri memberi cabaran kepada memamancing. Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Siakap muda makan zooplankton. Ikan ini tinggal di sungai paya bakau dan mampu menyusur sungai air tawar semata-mata untuk bertelur. Anak-anak ikan siakap yang belum matang akan tinggal di sungai air payau di kawasan paya bakau. Ikan ini mempunyai kemampuan untuk hidup di air masin dan air tawar. Selepas matang ikan ini akan ke lautan untuk berdikari. Apabila berada dilautan, ikan ini gemar menjadikan kawasan berstruktur sebagai tempat tinggal dan menggendap mangsa. Tidak hairanlah ikan ini banyak ditangkap di kawasan kapal karam dan kawasan pemecah ombak di tebing-tebing pantai.
Set Memancing
Walaupun ikan ini mempunyai daya juang yang tinggi, memadailah jika kita menggunakan rod berkekuatan Pe1-2 dipadankan dengan mesin yang berkekuatan 2000 atau 3000 siries. Saya juga mencadangkan menggunakan tali utama berkekuatan 10lb-20lb. Selain itu penggunaan perambut mono berkekuatan 20lb-30lb amat penting untuk memancing ikan siakap. Ikan siakap mempunyai struktur tulang seakan-akan pisau dikedua pipinya. Ikan siakap akan melompat di permukaan air untuk mencari peluang melepaskan diri dengan memutuskan tali perambut dengan menggunakan senjata tersebut. Oleh itu perambut mono yang hendak digunakan haruslah tahan lasak.
Umpan
Udang hidup – Udang hidup merupakan diet kegemaran ikan siakap. Ikan siakap pasti tidak menolak jika bertemu dengan udang hidup.
Anak Ikan - Ikan yang menjadi pilihan pemancing untuk dijadikan umpan ialah ikan belanak. Ikan belanak mempunyai daya hayat yang panjang menyebabkan ikan ini sering di jadikan umpan hidup.
Gewang/Soft Plastic
Gewang atau lure juga menjadi pilihan umpan untuk siakap hidup. Memandangkan ikan siakap amat gemar menghendap mangsa di kawasan berbatu dan reba kayu, gewang hanya perlu dibaling berhampiran struktur tersebut. Dengan karauan secara perlahan-lahan, pasti gewang akan dibaham dengan rakusnya. Ikan ini juga berahi dengan lenggokkan soft plastic. Tidak kira apa jenis, jika soft plastic ini berada berhampiran ikan Siakap, pasti akan dibahamnya.
Habitat.
Ikan ini mudah didapati di kawasan paya bakau. Kebolehan ikan ini menadaptasikan diri untuk hidup di air tawar atau masin memberi kelebihan kepada ikan ini untuk bergerak secara lebih jauh. Jangan terkejut jika terlihat ikan ini berada di tasik-tasik atau di sungai-sungai air tawar.
Ikan Siakap liar kadang kala bersifat aktif ataupun pasif. Ini bergantung kepada keadaan suhu air dan cuaca. Di lihat ikan ini gemar mengendap mangsanya di reba kayu atau di struktur batu. Ketika itu, ikan ni lebih gemar menunggu mangsanya masuk ke kawasan mereka. Ikan ini sentiasa berpindah untuk mendapatkan spot yang menarik untuk menghendap mangsanya.
boleh bagi tau tempat mana boleh memancing ikan siakap di penang mainland?
BalasPadamMaaf Tuan, saya tidak pasti kerana saya bukan berasal dari sana. Saya ke kolam Bedong pun atas jemputan rakan-rakan pemancing dari Utara.
PadamAda 2-3 tempat bro dkt sg kerian ada dkt kuala juru pon ada, tg piandang pon ada...tp port feveret saya kat sungai kerian ler. Rekod siakap yg pernah naik kat situ paling tinggi 15 kg ekor kuning....try je kat muara2 sg ni ada rezeki ada la
PadamSaiz kail yg sesuai berapa ?
BalasPadamUntuk Kolam Air Masin saya menggunakan mata kail jenama Owner saiz 2/0
PadamSalam
BalasPadam