Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk memancing. Tetapi tahukah anda Teknik Cormorant merupakan teknik memancing ikan yang paling lama di gunakan dan teknik tersebut masih digunakan hingga kini. Teknik tersebut menggunakan burung terlatih untuk menangkap ikan. Cormorant Fishing atau Memancing dengan Cormorant adalah teknik memancing tradisional di mana nelayan menggunakan burung Cormorant yang terlatih untuk menangkap ikan di sungai.
Sejarahnya, teknik ini banyak digunakan di Jepun dan China sejak tahun 960 dan diwariskan secara turun temurun. Di Jepun, tradisi memancing ikan dengan menggunakan burung Cormorant ini disebut ukai. Dahulu, selain China negara-negara lain juga banyak mengunakan teknik ini, namun Cormorant Fishing semakin ditelan zaman dan pada masa kini teknik tersebut masih boleh dilihat di negara China.
Biasanya teknik ini dilakukan bersama-sama dengan nelayan lainnya yang semuanya memiliki burung ini. Dengan menaiki perahu, para nelayan membentuk sebuah formasi lingkaran dan burung-burung Cormorant diarahkan untuk mengejar ikan dengan arah ke tengah dari lingkaran. Teknik Cormorant sangat berkesan ketika waktu malam kerana nelayan mengunakan cahaya api dari obor untuk menarik perhatian ikan.
Burung Cormorant merupakan burung air yang memiliki kaki berselaput dan mempunyai paruh yang berkantung. Makanan utamanya ialah ikan. Setelah burung Cormorant dilepas dari perahu oleh nelayan, mereka dengan segera akan menyelam dan menangkap ikan dengan paruhnya.
Untuk mengendalikan burung, para nelayan memasang tali pengikat di bahagian leher burung. Ini dilakukan untuk mencegah burung daripada menelan ikan yang bersaiz besar, namun burung Cormorant masih boleh menelan ikan yang berukuran lebih kecil atau ikan yang tidak menepati saiz yang di ingikan oleh nelayan.
Setiap kali dilepas ke dalam air, burung Cormorant akan terus mencari ikan dan hasilnya akan diambil oleh nelayan sehingga nelayan dapat mengumpulkan ikan dalam jumlah yang di ingini. Saat ini teknik Cormorant fishing merupakan khazanah memancing yang semakin pupus di telan zaman. Malangnya teknik ini hanya dilakukan oleh nelayan yang berusia dimana nelayan muda lebih gemar menggunakan jaring dan pukat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan