Isnin, 30 Mac 2015

Umpan Patin Abg Fabio Part I


Hendak dijadikan cerita, saya mempunyai seorang rakan yang merupakan pemancing  hardcore di kolam bayar, tidak sah jika beliau tidak turun ke kolam dalam sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu. Beliau juga begitu aktif menyertai pertandingan yang di adakan di kolam-kolam comercial. Jika berkenaan tentang Jackpot, memang selalu beliau mendominasikan carta jackpot di kolam. Pelik sungguh melihat umpan yang digunakan oleh beliau sentiasa menjadi. Malah beliau mempunyai puluhan jenis resepi umpan untuk menjerat ikan kolam. Walaupun saya kini sudah jarang-jarang memancing kolam kerana terjebak dengan kegilaan jigging dan memancing laut dalam. Walaupu begitu, saya cuba-cuba mengorek rahsia umpan yang digunakan beliau kerana perasaan ingin tahu yang begitu mendalam. Akhir saya berjaya memperolehi beberapa ramuan umpan patin  dari beliau dan saya ingin kongsikan di blog ini. 

Ramuannya:


Santan kelapa


Sepeket Mauripan


Sebiji Telur Itik


Cara-cara membuatnya.

Semua bahan dimasukan di dalam bekas dan dikacau atau digoncangkan sehingga semua bahan menjadi sama rata. Tutup bekas tersebut dan biarkan selama semalaman. Ramuan ini boleh digunakan keesokkan harinya. Gaulkan bersama roti yang telah dipotong dadu dan tambah perisa pandan ataupun strawberry mengikut kesesuaian kolam


Selamat mencuba.

Nota: Keberkesanan ramuan umpan ini tidak dijamin 100%, kita hanya berusaha dan Allah itu pemberi rezeki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...