Sabtu, 7 Mei 2011

Dewan Kegemilangan - 3



Kerapu boron merupakan istilah tempatan yang di beri kepada spesis kerapu yang saiznya melebih 7kg, berbeza dengan Kerapu Kertang dimana kerapu kertang menpunyai warna yang lebih gelap dari kerapu boron. Bentuk badan kerapu boron juga lebih memanjang jika dibandingkan dengan kerapu Kertang yang mempunyai bentuk badan yang lebih bulat. Kerapu boron merupakan spesis kerapu biasa yang banyak terdapat di perairan negara kita dan cuma telah membesar sehingga saiz bagak dan kadangkala ada yang mencecah puluhan kilo. Kini kerapu boron susah untuk didapati dan permintaan terhadapnya masih tinggi terutamanya dari kaum cina. Kejayaan trips kami di Pulau Jarak dengan mendaratkan belasan ekor boron dalam satu malam telah menberi inspirasi kepada saya untuk menulis satu artikal berkenaannya. Artikal tersebut telah saya serahkan kepada sahabat saya iaitu En Zulhilmi Hat di Berita Harian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan dengan berbesar hati saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara Zulhimi Hat dari Berita harian kerana sudi mengeluarkan artikal mengenai trips memancing saya dan rakan-rakan di Pulau Jarak - IW pada baru-baru ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada sahabat saya iaitu Indra kerana berjaya menaikan Ikan kerapu Boron yang terbesar dan berjaya menjadi front page untuk sisipan joran dari surat khabar Berita Harian pada ini Sabtu, 7 Mei 2011.
Disini saya sertakan artikal tersebut yang telah saya copy di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerapuboronPulauJarak/Article/index


Sisipan Joran Berita Harian
Date: 7 Mei 2011

PULAU Jarak di Perak boleh dikatakan kawasan memancing yang sangat mencabar dan paling cerewet sekali oleh kaki pancing yang sudah biasa ke sana.

Selain terpaksa melalui cuaca yang tidak menentu, cabaran yang paling utama sekali ialah untuk mendapatkan hasil yang terbaik cukup sukar kerana ikan di sekitar perairan ini begitu cerewet untuk memakan umpan jika tidak kena dengan caranya.

Justeru pemilihan umpan yang ‘serasi’ amatlah penting untuk menjinakkan mangsa yang kebanyakan dihuni spesies gred A seperti jenahak dan kerapu boron (gelaran ikan kerapu bersaiz besar).

Baru-baru ini, satu trip selama empat hari tiga malam ini di sertai oleh Akasah, Fahiz, Ptit dan 12 rakan pemancing dari lembah Klang untuk menduga perairan Pulau Jarak, dekat sini sebagai persiapan menyahut cabaran di Karnival GP Joran di Tanjung Leman.

Menurut Akasah, perjalanan mereka bermula dari jeti LKIM Lumut, menuju ke Pulau Jarak yang memakan masa hampir enam jam dengan menaiki bot Seagull yang terkenal di kalangan pemancing sekitar negeri utara ini.

Katanya, sepanjang perjalanan bot dinaiki mereka beberapa kali berhenti di lubuk untuk proses mencari umpan sotong hidup yang dikatakan umpan paling berkesan memancing ikan dekat sini berbanding umpan isi ikan.

“Memancing di Perairan Pulau Jarak, selain menghadapi perjalanan yang lama, pemancing juga hendaklah berjaga sepanjang malam kerana ikan di Perairan Pulau Jarak ini lebih aktif memakan umpan pada lewat malam.
“Umpan yang menjadi pilihan ikan-ikan di sini ialah umpan sotong hidup yang di candat berhampiran bot. Isi ikan dan umpan lain juga boleh di gunakan tetapi di dapati kurang berkesan berbanding sotong hidup,” katanya ketika dihubungi wartawan JORAN.

Mengulas lanjut, Akasah menceritakan nasib mereka pada hari pertama dan kedua mereka memancing di perairan pulau Jarak menyebelahi kumpulannya kerana cuaca buruk dan arus laju yang hingga amat menyukarkan mereka melabuhkan umpan dan batu ladung.

“Bayangkan batu ladung bersaiz 24 senang-senang dibawa jauh oleh arus. Hasil kami ketika itu amat mengecewakan dan hanya beberapa ekor jenahak dan merah yang berjaya dinaikkan.

“Umpan yang dicari dari awalnya habis dikerjakan ikan kecil dan ikan sasaran kami iaitu kerapu boron masih belum kelihatan yang mungkin disebabkan faktor cuaca buruk ini,” katanya.

Katanya lagi, pada malam terakhir nasib menyebelahi mereka apabila kelihatan gerombolan sotong hidup berkeliaran berhampiran bot apabila cuaca kembali reda.

“Pada malam itu kami berpesta mencandat sotong untuk dijadikan umpan berkesan menjerat kerapu boron. Dengan adanya stok sotong hidup yang banyak, kami telah menerima asakan kerapu boron bertubi-tubi tanpa henti pada malam itu.

“Satu persatu kerapu boron berjaya dinaikkan. Salah seorang rakan kami iaitu Indra menjadi yang paling bertuah ketika itu kerana berjaya menaikan kerapu boron yang terbesar yang bersaiz 10.9 kilogram (kg),” katanya.

Tambahnya, semakin besar umpan yang mereka digunakan, semakin besar peluang menaikkan kerapu boron bersaiz bagak.

“Memang betul kata tekong, ikan kerapu boron cukup cerewet memilih umpan hinggakan kami yang menggunakan sotong sotong bersaiz besar dan dapat ikan pun bersaiz besar,” katanya.

Sehingga malam malam terakhir itu, kumpulan ini berjaya menaikkan lebih sepuluh ekor kerapu boron yang bersaiz bagak. Cukup untuk memenuhkan tong ikan milik mereka.

Kata Akasah lagi, pengalaman menaikkan ikan kerapu boron cukup meletihkan kami hingga set memancing yang baru si beli hampir ‘terbarai’ dikerjakan ikan kerapu ini.

“Kami pasti akan ke sana lagi selepas ini walaupun tahu cerewet ikan kerapu boron ini boleh dipujuk dengan umpan sotong hidup,” katanya

5 ulasan:

  1. Kalau nk cari boron lagi ajak la teman.... 012-347 2453 Syam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah Sham, Buat masa terdekat ni belum lagi plan nak kesana

      Padam
  2. perambot untuk memikat boron bagaimana?..........

    BalasPadam
  3. Bagaimanakah cara2 untuk perambot bottom khususnya untuk "boron"
    bolehkah saudara tunjukkan...sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk memancing ikan kerapu saiz 100gram-2kg..memadai mengunakan perambut appollo dengan kekuatan 40lb-50lb tali perambut berserta matakail saiz 1/0-4/0..lain pula cerita jika untuk kerapu yang bersaiz boron...penggunaan tanduk diperlukan dengan kekuatan perambut minimum 80lb dan matakail saiz minimum 5/0..umpan pula disarankan menggunakan umpanhidup seperti sotong cumit atau ikan. Isi ikan tongkol juga merupakan umpan alternatif utk boron

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...