Isnin, 3 Jun 2013

Top 5 ikan Tenggiri terberat di dunia





Ikan tenggiri yang dikenali sebagai torpedo atau peluru berpandu lautan pasti memberi cabaran hebat apabila berjaya di pancing. Walupun begitu amat sukar untuk memperolehi ikan tenggiri yang layak digelar gergasi. Ini kerana permintaan ikan ini di pasaran menyebabkan ikan ini tidak mampu membesar hingga maximum. Tetapi terdapat juga beberapa pemancing yang dapat menangkap ikan tenggiri gergasi diseluruh dunia yang melayakkan mencipta rekod dunia. Mari kita lihat top 5 ikan tenggiri yang terbesar dan terberat di dunia.


No 5

Ikan tenggiri jenis Narrow-barred spanish mackeral seberat 37kg(81.5 pounds) berjaya ditangkap oleh Ryan Springall's pada 5 May 2001 di Madjimba Island, Australia.

No 4



Barry Paxman berjaya mencipta rekod tangkapan pada 29 Sept 2001 untuk rekod tangkapan terbesar bagi ketegori ikan tenggiri jenis  Narrow-barred spanish mackeral seberat 37.2 kg (81.9 pounds) di Muiron Island, Australia. Rekod ini hanya bertahan selama setahun sahaja selepas dipecahkan oleh pemancing lain.

No 3


Rekod tangkapan ikan tenggiri jenis Narrow-barred Spanish di perbaharui oleh Ian Fearnley dengan tangkapan seberat 39.5kg ( 87 pounds) di Murion Island, Australia pada 1 Jan 2002

No 2


Ian Brown menjadi pemancing yang bertuah selepas berjaya memperolehi ikan tenggiri seberat 40.5kg (89.2 pounds) di Break Sea Shoals, Frezed Island, Queensland Australia pada 20 Nov 2003.


No 1




Rekod yang masih kekal sehingga kini dan masih belum di pecahkan lagi. Ikan tenggiri seberat 46 kg (101.3 pounds) berjaya di tangkap oleh Greg Pickering di Dorre Island, Westen Australia pada 18 July 2004. Besar bukan..!!

Sumber: here

5 ulasan:

  1. Kalimantam barat di pemangkat berat 63 kg....masih lbh besar yg indonesia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indonesia saja...mana fotony Pak?

      Padam
    2. terima kasih kerana menggunjungi blog Malaysian Fish Hunter. Untuk pengetahuan tuan, rekod-rekod di atas ialah rekod yang telah didaftarkan di IGFA. Seperti di Ketahui, Di Malaysia dan Indonesia memang terdapat tangkapan yang lebih besar dari rekod di atas. Tetapi kerana kurangnya pendedahan, maka ianya tidak di daftarkan sebagai rekod tangkapan IGFA. Tuan boleh berkunjung ke web IGFA untuk mengetahui proses tersebut.

      Padam
  2. indonesia di pemangkat ada yg 70kg pemilik pt.ujps owner an.atong
    terimakasih.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...