Selasa, 5 Julai 2011

MaPuR - MeRaPaS IndoNeSia - 2011 - Part I


Trips ini telah dianjurkan oleh D7L dengan jayanya. Credit untuk Airpool D7L kerana berjaya menguruskan trips ini dengan cemerlang. Ini merupakan pengalaman pertama saya memancing di perairan Pulau Mapur. Jemuduk Bintik merupakan target ikan pancingan kami di sana. Bulat Rintik (panggilan tempatan) atau Jemuduk Bintik yang terdapat di perairan ini lebih bersaiz lebih besar jika dibandingkan dengan  saiz Jemuduk dari perairan kita

Lokasi Pulau Mapur. 



Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Di sana kami akan menaiki feri ke Tanjung Pinang melalui Terminal Feri di The Zone Johor Bahru.

Kerjasama amat penting untuk mengendalikan barang yang banyak dan berat.

Perjalanan ke Tanjung Pinang mengambil masa kira-kira 3 jam dari Johor Bahru.
Sempat bergambar untuk kenang-kenangan

Akhirnya kami tiba di Jeti Tanjung Pinang.

Di sana, suasananya berbeza jika dibandingkan di Malaysia, Setibanya kami di jeti Tanjung Pinang, semua barang-barang dan peralatan kami di angkat serta merta oleh orang Indonesia yang berkerja disana.
Oleh itu urusan melalui kastam menjadi mudah. Bayaran tips sahaja yang dikenakan. Sungguh senang dan murah...


Setibanya kami di Tanjung Pinang, Kami dibawa ke Tekora Beach untuk menginap.
Sememangnya suasana di sana amat indah dan selesa.
Saya percaya, tempat sedemikian tidak ada di negara Malaysia




Keesokan harinya, kami bergerak menaiki bot SEA STAR untuk aktiviti memancing di Pulau Mapur & Merapas


 Bot SEA STAR

Ruangan yang amat luas dan selesa. Disertakan sekali kemudahan penghawa dingin di tempat tidur. Memang trips ini boleh bertukar kepada trips tidur.












Bersambung...click here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...