Ahad, 2 Oktober 2011

Singgah Ke Kolam Bedong


Kolam Bedong yang terletak di Sungai Petani sememangnya sudah dikenali oleh kaki pancing. Sudah beberapa kali laporan memancing di kolam ini yang mengamalkan  catch & release telah diperkatakan di forum memancing mahupun di majalah. Keasyikan memancing di sini sering menjadi buah mulut pemancing yang telah ke sini.

Beberapa minggu yang lepas, saya telah pulang ke kampung mertua saya di Kulim Kedah. Kesempatan beberapa hari di utara tanahair ini tidak saya sia-siakan. Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan di kampung, saya sempat bertandang beberapa jam bersama ahli-ahli dari COFA team di Kolam Bedong yang terkenal ini. Di sini saya sertakan beberapa foto untuk dikongsi bersama ketika saya bertandang di Kolam Bedong


Perjalanan saya ke Kolam Bendong ini mengambil masa hanya 1 jam sahaja dari Kulim Kedah. Saya bertolak ke sana seawal pagi lagi untuk bertemu dengan rakan-rakan yang lain di Bedong.
Selepas berjumpa dengan rakan-rakan dan sarapan pagi, kami tiba di Kolam pada pukul 8.30 pagi. Ketika itu telah kelihatan beberapa orang pemancing yang telah tiba terlebih dahulu.


Kelihatan suasana di Kolam ini sangat mendamaikan. Terdapat 3 kolam yang telah disediakan untuk pemancing. Ikan yang terdapat di sini ialah ikan Ladyfish, Milk Fish, GT, Jenahak,Cobia, Siakap dan banyak lagi. Selepas kami membuat pembayaran sebanyak RM30.00. Kami mula memancing. Ketika itu ikan amat kelihatan seperti tidak gemar memakan umpan. Ini menyebabkan kami terpaksa menunggu lama menanti ikan memakan umpan. Ada juga rakan-rakan yang lain berjaya mendaratkan ikan tetapi hanya bersaiz kecil.
Selepas beberapa jam menunggu barulah saya menerima sentapan dari ikan. Perlawanan ketika itu sangat mengasyikkan dimana ikan sangat kuat melawan dan tidak ingin menyerah kalah.


Akhirnya seekor Milkfish dalam anggaran 2kg berjaya didaratkan oleh saya. Sememangnya amat mengujakan ketika perlawanan tarik menarik dengan ikan ini.




Apabila waktu tengahari, saya terpaksa berundur diri kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Rakan-rakan lain tetap ingin meneruskan memancing sehingga waktu petang. Walaupun masa tidak mengizinkan dan hanya seekor ikan yang berjaya di pancing, saya amat berpuas hati dan akan berkunjung semula ke kolam ini apabila pulang ke kampung lagi.

Di sini saya sertakan juga foto-foto yang sempat di tangkap oleh saya ketika berada di sini.





Tips-Tips ketika di Kolam Bedong
  1. Waktu yang paling sesuai untuk aktiviti casting di kolam ini ialah pada awal pagi dan lewat petang.
  2. Umpan yang selalu digunakan oleh pemancing fly di sini ialah menggunakan fly berbentuk pallet.
  3. Untuk memancing ikan siakap bersaiz besar, umpan puyu hidup amat berkesan di sini.
  4. Untuk kaki bottom, penngunaan umpan pallet yang dijual di kolam ini amat berkesan memandangkan owner kolam ini memberi makan ikan-ikan di kolam ini menggunakan pallet yang sama
  5. Untuk perlawanan yang lebih menarik, pemancing disarankan menggunakan set ringan ketika memancing di sini.
  6. Waktu tengahari, ikan didapati tidak berapa berminat untuk memakan umpan.

2 ulasan:

  1. kolam itu catch n release ke ikan boleh bawa balik ? ( ayah saya tanya mohamad kamil )

    BalasPadam
  2. Salam Si Sewel,
    Kolam milik Ahthey ini memang mengamalkan catch & Release. Tetapi jika penggunjung hendak membawa balik ikan yang di pancing, ikan boleh di beli dengan mengikut harga berat ikan tersebut. Hanya ikan GT dan Bandang(ladyfish) sahaja yg tidak dijual.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...