Ahad, 4 Disember 2011

Info: Kesimpulan Trips 2011



December sudah menjelma menandakan bahawa tahun 2011 akan melabuhkan tirai dan tahun 2012 akan menyusul. Seperti tahun-tahun sebelum ini, tahun 2011 sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti memancing. Perlu diketahui, senarai trips yang saya senaraikan itu ialah senarai trips yang boleh diketegorikan sebagai trips hardcore atau yang terutama. Ini tidak termasuk dengan aktiviti memancing di kolam, di sungai, di muara sungai dan di lombong yang sekadar untuk melepaskan gian memancing dan mengisi masa lapang. Boleh dikatakan setiap minggu ada saja jemputan dan rancangan memancing yang  telah dibuat dalam keadaan last minutes. 

Walaupun demikian, kedatangan bulan December ini bermakna aktiviti memancing saya untuk tahun 2011 juga akan menutup tirai. Pelbagai suka duka yang telah saya harungi pada tahun 2011 dan menjadi pengalaman berharga yang ingin saya kongsikan pada pengunjung blog ini supaya  menjadi  panduan .Di sini saya sertakan postmortem trips utama yang telah saya lalui sepanjang tahun 2011.

Note: Rating dan komen ini dibuat berdasarkan pengalaman memancing saya sepanjang tahun 2011 ini. Tujuan saya bukan untuk menjatuhkan sebarang individu atau kumpulan, tetapi supaya menjadi rujukan dan berkongsi maklumat dengan para pemancing lain. Jika ada sebarang pertanyaan atau bantahan atas komen-komen saya ini, sila emailkan kepada saya di maxx.peacock@gmail.com.

Feb 2011
Trips: Santai Di Kenyir
-Lokasi: Tasik Kenyir
-Bot: Housebot Siam
-Organizer: UGAT Team

Rating: ★★★½ 


Trips ini merupakan trips pertama saya pada tahun 2011. Trips ini dirancang oleh D'Ugat dan disertai oleh 18 orang pemancing termasuk saya.

-->
Tiada apa yang perlu risaukan dengan perkhimatan yang disediakan oleh bot house di Kenyir. Dari segi keselesaan,tempat tidur, makanan, speed bot memang boleh diberi tahap lima bintang. Tetapi kenapa saya mengklasifikasikan trips ini 3 1/2 bintang, bukan lah sebab ketiadaan ikan semasa memancing dan cuaca yang tidak menentu. Bagi saya semua ini ketentuan tuhan yang maha esa. Ini kerana sepanjang trips ini berjalan, saya telah bertembung dengan 3 jaring yang merentangi sungai Terenggan. Ini lah punca ketiada ikan ketika trips ini. Kehadiran jaring ini juga menjadi penyebab gewang kami sering tersangkut di jaring semasa aktiviti trolling sehingga menyebabkan joran saya dan rakan yang lain telah patah. Akibat ketamakan manusia inilah penyebab ikan-ikan di kenyir menjadi berkurangan. Walaupun terdapat undang-undang yang melarang jaring digunakan di Kenyir,tetapi masih ada manusia yang masih mementingkan diri dan melanggar undang-undang. Bagaimana jika perkara ini berlaku pada diri anda semasa memancing di Tasik Kenyir. Bayangkanlah, akibat 3 jaring yang menutup pintu masuk dan pintu keluar di sungai Terenggan, memancing ikan Lampan yang sebelum ini amat mudah telah menjadi sukar. Mungkin bukan rezeki kami waktu itu. Tapi tasik Kenyir tetap menjadi pilihan kunjungan kami setiap tahun.
March 2011
-Trips: Bottom
-Lokasi: Perairan Jarak & IW
-Bot: Seagull
-Organizer: Anglermy & Airpool

Rating: ★★★½ 


-->
Trips Pulau Jarak merupakan antara trips  saya pada awal 2011, Ketiadaan ikan pada hari pertama dan kedua ketika kunjungan kami di Jarak/IW amat merisaukan kami. Dengan arus yang laju dan cuaca yang tidak mengizinkan telah membantutkan kami untuk memancing. Selain itu, lubuk-lubuk yang di singgahi tekong tidak memberi hasil yang memuaskan. Kami hanya mampu bertawakal sahaja. Mujur pada malam ke-3 tekong bergerak ke lubuk rahsianya dan telah memberi kami hasil yang sangat baik. Malam itu menjadi penyelamat trips kami ini. Berbelas Kerapu boron dan Jenahak berjaya dipancing. Persoalanya, kenapa tekong tidak membawa kami ke lubuk tersebut pada awal-awal lagi. Itu pun selepas puas organizer memujuk Ah Peng supaya membawa kami ke lubuk yang lebih baik. Terdapat juga ahli trips yang mempersoalkan soalan yang sama. Soalan tersebut tidak dapat saya menjawapnya. Bagi saya ini adalah salah satu trips yang berjaya untuk tahun 2011.

May 2011
-Trips: Bottom & Candat
-Lokasi: Kemaman, Terengganu
-Bot: Pak Brahim(Cancel) Ditukar pada Tekong Rosli
-Organizer:
Maxx Peacock/Mico

Rating : ★½


-->
Pada mulanya trips ini dirancang dengan teliti dengan menggunakan khidmat tekong tersohor di Kemaman. Malangnya, 2 hari sebelum tarikh trips, tekong telah membatalkan perkhidmatannya dan mengantikan dengan tekong yang kami tidak kenali. Kami mula ragu-ragu mengunakan tekong yang tidak dikenali. Memandangkan semua persediaan telah dibeli, kami tetap meneruskan trips ini. Seperti diduga trips ini menjadi kelam kabut. Sikap tekong yang tidak tahu lubuk dan tidak pandai parking bot membataskan aktiviti kami. Sikap tekong yang suka meletak bot sesuka hati menyebabkan tiada ikan yang sudi menjamah umpan kami. Selain itu, ketika aktiviti mencandat berlangsung, tekong pula meletakkan bot terlalu jauh dari lubuk sebenar sotong. Jarak lubuk sotang ketika itu hanya tidak sampai 2km dari jarak bot kami, kelihatan banyak bot yang berada di situ dan sedang berpesta mencandat sotong. Alasan yang kami terima kerana tidak mahu untuk menurunkan sauh dan tidak mahu berasak dengan bot lain. Bot hanya diikat pada lampu penanda yang terapung di laut. . Itu jawapan yang menjadi persoalan kami. Selain  itu sikap tekong yang tidak mesra pelanggan  dan amat susah untuk kami berkomunikasi. Selepas parking  bot entah di mana-mana, tekong terus tahu tidur dan membiarkan kami memancing. Sehinggakan kami terpaksa mengejut tekong untuk beralih tempat. Dalam sikap sedemikian, tekong bot berkenaan tetap mahukan pembayaran penuh dari pemancing. Pengalaman menaiki bot ini membuatkan kami blacklist bot dan tekong ini selama-lamanya. Saya berharap supaya rakan-rakan yang lain berwaspada dan menjadikan pengalaman ini sebagai panduan.
June 2011
-Trips: Trips Seberang
-Lokasi: Pulau Mapur/Merapas
-Bot: Sea Star
-Organizer: Airpool D7L1

Rating: ★★★½


-->
Ini merupakan trips pertama saya ke Pulau Mapur. Walaupun perjalanan kami penuh dengan dugaan, akhirnya trips ini berjaya di anjurkan dengan jayanya. Kesulitan pertama kami ketika menuju di Tanjung Pinang Indonesia ialah kelewat feri yang kami naiki ke sana selama 5 jam, pada mulanya kami sepatutnya menaiki feri ke sana pada pukul 7.30 pagi dan terpaksa ditanggunhkan pada pukul 12.20 tengahari. Setibanya saya ke Tanjung Pinang, pihak tekong iaitu Elly telah menyediakan 2 pengangkutan MPV untuk menyambut kami. Dengan perjalan selama 1 jam, akhirnya kami tida di Tekora Beach untuk bermalam. Sememangnya tempat ini amat unik. Dengan chelet di tengah laut dan pemandangan yang sungguh menakjubkan menghilangkan penat lelah kami semasa perjalanan. Keesokkan harinya kami terus menaiki bot untuk memancing. Bagi saya, bot Sea Star milik Elley memang terbaik, dengan ruang memancing yang luas, serta kabin tidur yang cukup selesa untuk 12 orang serta kemudahan penghawa dingin membuat kami lebih selesa untuk memancing. Bagi saya, segala kemudahan memang amat terbaik dan selesa, tetapi kenapa saya meletakkan trips ini sekadar 3 ½ bintang?  Ini kerana  semasa kami memancing, kebanyakan lubuk yang disinggahi oleh tekong amat menghampakan. Mungkin rezeki kami kurang baik ketika itu. Hanya beberapa lubuk sahaja yang berjaya menghasilkan ikan Jemuduk Bintik iaitu ikan sasaran kami. Walaupun berjaya menaikan beberapa ekor ikan Jemuduk, Ikan Jahan atau Mayong lebih mendominasikan tangkapan kami. Walaupun ikan ini memberi larian dan tentangan yang amat hebat. Tetapi ikan ini lebih di anggap ikan pengacau semasa kami memancing. Ikan pari juga berjaya dinaikkan, tetapi terdapat diantara kami yang menggunakan set pancing yang kurang sesuai, beberapa ekor ikan pari berjaya memutuskan tali pancing dan membuat kami berputih mata. Walaupun begitu, saya dan rakan-rakan yang lain amat enjoy dengan trips ini, Sikap awak-awak yang peramah membuatkan kami selesa memancing di bot Seas Star ini. Apa yang terbaik pada trips ini ialah semua ikan yang dipancing, serta merta disiang terlebih dahulu ketika ikan tiba di jeti. Servis begini sememangnya tiada di negara kita. Ia amat memudahkan kami semasa pengagihan ikan dan membawa pulang ikan tersebut ke rumah. Ucapan tahniah kepada Airpool D7L kerana berjaya menyusun trips ini dengan baik dan teratur dan kami akan kembali tahun depan. Memang enjoy..!!


 June 11
-Trips: Taman Negara Ulu Tembeling
-Lokasi: Sg Keniyam
-Bot: Guide Abg Madi
-Organizer: Kelab Pancing Shapadu

Rating: ★★★★½



-->
Trips ini merupakan trips yang terbaik saya lalui sepanjang 2011. Dengan persediaan dan kemudahan yang cukup, segala perancangan berjaya dilaksanakan dengan baik. Lebih-lebih lagi trips kami ini turut disertai oleh Tuan Guru Dato Dr. Harun Din. Trips ini juga merupakan trips yang paling banyak perserta. Seramai 40 orang yang telah menyertai trips di Taman Negara. Trips selama 4 hari 3 malam ini disertai oleh otai-otai memancing yang berada di Selangor. Memandangkan trips ini melibatkan penyertaan yang ramai, maka perjalanan kami di permudahkan dengan kemudahan Helicopter yang di sewa untuk trips ini. Memandangkan ramai pemancing yang menyertai trips ini, maka kami di bahagikan kepada 4 kumpulan untuk menduga lubuk-lubuk yang berpontesi di Taman Negara. Perjalanan kami ke lubuk-lubuk yang jauh menjadi amat mudah dengan menaiki helicopter. Akhirnya, selepas kami memancing selama 3 malam, Kumpulan kami ini berjaya memperolehi Ikan Kelah (Ikan Sasaran kami) lebih 20 ekor. Ikan tersebut telah kami hidangkan di Base Camp kami di Pasir Luas. Selain itu, sikap Guide kami iaitu Abg Madi yang tidak kedekut ilmu serta selaku tukang masak hebat yang menyediakan makanan lazat di tengah hutan amat menyenangkan kami. Selain itu Abg Madi juga mejemput saya ke sana lagi untuk menguji salah satu lubuk rahsianya pada tahun depan. Jemputan beliau terus di sambut baik oleh saya. I'll be back Ulu Tembeling.....

 July 2011
-Trips: Menjejak Merah Bagak
-Lokasi: Kuching Sarawak
-Bot: Ah Beng
-Organizer: Man Cinonet

Rating: ★★★




Ini merupakan kunjungan saya kali ke 2  ke Sarawak tetapi merupakan kunjungan ke-4  oleh D7L fishing team. Kunjungan kami di sana dibuat pada setiap tahun dan boleh dikatakan tahun ini merupakan tahun yang paling menghampakan. Ternyata kunjungan kami tidak seperti sebelum ini. Lebih banyak lubang yang disinggahi oleh tekong tidak menghasilkan apa-apa tangkapan ikan.  Hasil teramat kurang tidak seperti yang dijanjikan seperti tahun lepas. Kelihatan tekong Ah Beng seperti ingin menyembunyikan lokasi lubuk yang baik. Alasan yang diberi ialah kebanyakan lubuknya habis dirosakkan oleh pukat tunda. Mula-mula kami mempercayai alasannya, tetapi semuanya terbongkar apabila tekong Ah Beng tidak membawa kami ke tukun tiruan miliknya. Telah kami maklumkan kedatangan kami ke Sarawak  ialah untuk memancing ikan tenggiri secara jigging. Selama 2 malam tekong berhenti di lubuk yang tidak diketahui dan apabila dilihat melalui sonar, kami cuma berada di kawasan karang. Walaupun tekong cuba meyakinkan kami bahawa lubuk yang disinggahi beliau ialah lubuk ikan Tenggiri, tetapi kami telah sedia maklum bahawa sebenarnya tukun tiruan milik beliau ialah lubuk sebenar untuk ikan tenggiri berdasarkan pengalaman memancing yang lepas. Hanya 3 ekor ikan Tenggiri yang berjaya ditangkap, itupun menggunakan teknik driffting. Pengunaan jig tidak menghasilkan apa-apa tangkapan. Kekecewaan kami bertambah apabila pulang, kami dapati kumpulan kaki pancing yang menaiki bot sama selepas kami berjaya menangkap ikan jauh lebih banyak dari kami. Dan bila ditanya, mereka telah dibawa ke tukun yang kami ingin pergi. dan kebanyakan lubang yang disinggahinya menghasilkan tangkapan yang begitu memuaskan. Pelbagai kesimpulan dibuat selepas perbincangan dengan rakan-rakan lain, terdapat andaian kmingkinan tekong telah menyimpan lubuk terbaiknya untuk kunjungan customer yang lebih rapat dengannya. Bagi kami tekong tak seharusnya sebegini kerana kami juga membayar kos sama seperti orang lain. Terdapat juga desus-desus untuk tidak lagi menggunakkan khidmat tekong ini. Bagi saya semua ini rezeki dan ketentuan. Pendapat saya, sikap tekong sebegini seperti membunuh periuk nasi sendiri. 

Oct 2011
-Trips: Layaran Rompin
-Lokasi: Kuala Rompin
-Bot: Nuries
-Organizer: Maxx Peacock

Rating: ★★★½




Rezeki di tangan tuhan, itulah antara ayat-ayat yang saja pegang ketika memancing. Kali ini kunjungan kami ke Kuala Rompin ialah untuk mencari ikan layaran. Di sana kami menyewa bot milik Nuries dan di pandu oleh tekong beliau iaitu Abang Faizal. Walaupun trips kami ini hanya berjaya menghasilkan seekor ikan Layaran dan seekor ikan Tenggiri, kami tetap berpuas hati memandangkan sikap tekong yang amat rajin mencari ikan semata-mata untuk merealisasikan impian kami. Walaupun bayaran sewa yang dikenakan kami boleh dikatakan amat murah jika dibandingkan bot lain di Kuala Rompin, Nuries masih lagi menyajikan kami hidangan makan tengahari sebagai bekalan kami. Walaupun kami boleh di ketogorikan gagal untuk memancing ikan layaran, kami tetap berpuas hati memandangkan Tekong bot iaitu Abang Faizal benar-benar telah berusaha keras melayan kami. Walaupun kami gagal untuk memancing ikan sasaran, kami tetap akan kembali tahun depan memandangkan perkhidmatan yang di beri sangat baik.  Tahniah buat pengusaha bot dan saya berpendapat itulah yang paling diutamakan oleh setiap pemancing ketika menyewa bot. Service yang Terbaik...!!


Nov 2011
-Trips: OFB
-Lokasi: Port Klang
-Bot: Abg Samat
-Organizer: Maxx Peacock
/Man Cinonet

Rating: ★★★½




Tidak boleh di nafikan, jika saya berkunjung ke One Fanthom Bank yang terletak di Perairan Selat Melaka, Khidmat bot Abang Samat akan diperlukan. Ini kerana tekong ini amat mesra dan rajin melayan kerenah pelanggannya. Walaupun saya dan rakan-rakan yang lain datang hanya untuk bersantai sambil memancing. Abang Samat masih memberi perkhidmatan yang sangat memuaskan pada kami. Hasil  tangkapan ikan kami ketika kunjungan ini boleh dikatakan amat baik. Kerana alasan inilah saya telah menggunakan khidmat beliau selama 4 tahun ini dan terdapat juga rakan-rakan saya yang lain telah menggunakan khidmat beliau selama 11 tahun. Inilah tekong yang patut direkomen jika ingin pergi ke OFB.







Nov 2011(Cancel - Banjir di Bangkok)
-Trips: Bangkok Revenge 
-Lokasi: Bungsamran Fishing Pond/IT Monster Lake
-Bot: Darat semata-mata
-Organizer: Maxx Peacock

Perancangan saya selama 6 bulan untuk ke Bangkok untuk berkunjung semula ke kolam paling popular di Bangkok berkecai kerana kejadian banjir teruk di bandar Bangkok. Kami bernasib baik kerana kami masih tidak membeli tiket kapal terbang untuk ke sana. Perancangan ini akan dibawa pada tahun depan dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.


Trips yang masih dalam perancangan untuk tahun 2012:

1. Tasik Banding - Organizer: Maxx Peacock & Kelab Sukan Shapadu
2. Royal Belum - Organize: Man Cinonet
3. Malam Biru Indonesia - Organizer: Airpool D7L (Stanby List)
4. Taman Negara Ulu Tembeling Pahang: Organizer: Maxx Peacock (Confirm May 12)
5. Pelantar Pulai -  Organizer: Aay D7L (Confirm Oct 12)
6. Bungsamran - Organizer: Maxx Peacock (Confirm bulan Jan 12)
7. Kuala Rompin: Organizer: Maxx peacock

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...