Sekali lagi saya dan rakan-rakan ke Kolam Damai Fishing Villege selepas menerima jemputan khas dari En. Aziz, owner kepada kolam ini. Kunjungan khas saya kali ini ialah untuk memperkenalkan kolam ini kepada orang ramai menerusi Majalah Umpan terbitan Karangkraf. Saya amat berterima kasih kepada En. Aziz kerana sudi menjemput kami dan kepada En. Hazrizal, editor majalah umpan serta krew Majalah Umpan kerana sudi turut serta memancing di kolam yang amat terkenal di Johor Bahru.
En. Aziz menerima majalah umpan sebagai koleksi beliau
Kolam Damai yang mendamaikan
En. Aziz mencadangkan kami supaya mencuba 2 buah kolam miliknya. Kolam C & D merupakan kolam yang mengamalkan konsep Catch & Release. Terdapat pelbagai ikan yang bersaiz monster terdapat di kedua-dua buah kolam ini. Kami memancing di kolam C terlebih dahulu pada waktu pagi dan Kolam D pada waktu petang.
Kolam C
Hanya beberapa saat melabuh umpan terus mendapat sambaran dari ikan Jenahak
Siakap
Memang asyik memancing menggunakan set ringan di kolam ini
Rapala Shad Rap pecah dihancurkan oleh ikan GT
Jenahak dari Nuar
My turn..!!
Ikan Bawal (Bramidae) monster menjadi mangsa saya.
Baby GT
Selepas puas melayan kolam C, kami berehat sebentar untuk lunch. Kemudian pada pukul 4 petang, kami menyambung aktiviti memancing kami di kolam D pula.
Kolam D
Layan...!!
Ikan Jenahak
Ikan Siakap
GT again..!!
Monster Barramundi from editor
Barramundi again
Hasil Casting dari Nuar
Ikan Teliga Gajah hasil pancingan saya
Berg with GT
Kami mengakhiri aktiviti kami pada pukul 7 malam. Sedang semua sedang berkemas untuk pulang, saya cuba-cuba untuk membaling umpan terakhir di tengah kolam dan tiba-tiba..........
Satu sambaran besar ketika umpan mencecah air.
Pertarungan sengit memakan masa lebih 45 minit memandangkan saya cuba menggunakan rod PE 1-2 dan dipadankan dengan mesin kekili 3000 series sahaja.
Akhirnya Ikan Great Trevelly(GT) seberat 12.5kg berjaya ditawan oleh saya
Ikan penutup yang amat membanggakan.
Selepas penat memancing, En.Aziz menjamu kami di restoran Damai miliknya yang terletak berhampiran dengan kolam beliau
Kenyang...!!
Terima kasih En. Aziz
Restoran Damai milik En.Aziz
Wang jackpot ikan terberat pasti milik saya...
Bergambar bersama sebagai kenang-kenangan.
Besar besar ikan nyer :D
BalasPadam