Isnin, 19 November 2012

Testing-Testing di Kolam Damai JB


Mulanya saya menerima panggilan telephone dari owner kolam Damai iaitu En Aziz dan rakan perniagaannya iaitu Mr. Ah Yam menjemput saya mewakili team D7L untuk menguji 3 buah kolam pancing yang baru dibuka beliau. Jemputan dari En. Aziz terus disambut baik oleh saya.
Memandangkan En. Aziz telah menjemput saya memancing di kolam damai secara percuma. Saya terus menghubungi Editor majalah Umpan En. Hazrizal untuk turut serta dalam trips ini supaya dapat memberi free marketing kepada kolam Damai sebagai membalas jasa En. Aziz menjemput saya mencuba kolam baru mereka. Selain itu, saya juga membawa rakan- rakan D7L lain untuk memeriahkan lagi lapangan ujian di kolam ini.
Selepas membuat perancangan singkat, kami bergerak dengan 2 buah kereta menuju ke bandaraya Johor bahru. kami tiba seawal pukul 6.50 pagi dan terus bergerak menuju ke lokasi.
Setibanya kami di sana, kami di jemput mesra oleh Mr. Ah Yam. Lokasi pertama kami ialah kolam D+, sebuah kolam baru yang dibuka oleh Damai Fishing Villege. Kolam ini mengamalkan 100 % sepenuhnya aktiviti casting dan cacth & release.

Cobia on lure by me
Cacth & Release
GT on Lure
Amang, wartawan majalah umpan dengan hasil casting beliau
Halim D7L with barramundi
Selepas panjang tangan kami seharian dengan aktiviti casting, kami berpindah pula ke kolam D untuk memancing dasar. Pada mulanya kami ingatkan daoat bersantai-santai apabila memancing dasar. Baru sahaja umpan mencecah air........tup...tup...srettttttttt....reel saya terus berbunyi...!!
Me with 2nd hook up...feel good..!!
Still fighting..!!
Me with barramundi..almost 5kg
Sahabat dari Berita harian cawangan JB, 4 kali kalah dilanyak ikan kertang
Halim with 2nd Barramundi
Ayie with GT
Kami berhenti memancing pada pukul 3 petang. Untuk trips kali ini penginapan kami ditaja oleh Kolam Damai Fishing Village. Kami akan menginap di sebuah chelet yang baru dibina oleh Kolam Damai Fishing Village. Memang 1st class, dengan kemudahan yang cukup serta deck memancing dan menagadap kolam. Kami dapat memancing sepanjang malam.
2nd testing kami ialah di satu-satunya kolam air tawar di kolam ini.
Wow...1st Class chalet
Amang bersama carp rumput atau carp sisik kasar
Halim with Asian Red Tail Cat Fish
Mr. Editor with Pacu
Me also with Pacu
Keesokkan harinya, selepas menikmati sarapan pagi, kami terus menuju ke kolam C. Pada mulanya, kolam C menempatkan ikan-ikan seperti GT, Siakap, Kerapu dan banyak lagi. (sila lihat laporan saya sebelum ini: http://maxxpeacock.blogspot.com/2012/03/ujian-lapangan-damai-fishing-village.html)
Tetapi kini, kolam C telah diubah suai sepenuhnya dan hanya didiami oleh ikan Kertang (giant grouper) bersaiz besar. Oleh itu kami bertukar kepada set yang lebih besar.
Seperti biasa, 1st catch pastilah dari saya...hahahahahahaha
Me with Giant Grouper
More giant Grouper


Halim with Kertang
Mr. Owner, En. Aziz with giant grouper
Finally, real monster come to me.
Saya berjaya memperolehi ikan kertang terbesar untuk trips kali ini.
Almost 40++kg.
Ikan tersebut menjadi penutup trips kami. Selepas diberi peluang selama 2 hari 1 malam di kolam Damai Fishing Village, kami amat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi dan bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Terima Kasih kepada En. Aziz dan Mr. Ah Yam yang sudi menjemput kami serta menyediakan kemudahan penginapan dan makan malam. Memang terbaik dan Kolam Damai Fishing Village the best...!!













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...