Khamis, 13 Disember 2012

Tenggiri Off Season


Peluang pulang ke kampung di Kulim Kedah tidak saya sia-siakan. Memandangkan saya sudah berada di Negeri Kedah, saya mengambil kesempatan untuk singgah memancing di lokasi yang terkenal dengan ikan tenggiri di Bandar Yan.  Walaupun kami menerima khabar berita bahawa musim tenggiri belum tiba, serta keadaan cuaca yang sering hujan kami tetap bertekad untuk mencuba nasib. Musim tenggiri di khabarkan pada bulan Jan - Mac setiap tahun.

Unjam yang digelar Tuas oleh penduduk tempatan.


Tuas atau unjam telah dibina di perairan laut bandar Yan oleh pemilik bot atau nelayan dan secara tidak langsung telah menjadi tempat persinggahan dan perlindungan ikan Kembung, Sardin, Cencaru, Selar dan banyak lagi. Secara tidak langsung, kumpulan ikan kecil yang berlindung di unjam atau tuas ini telah menarik banyak ikan predator untuk mencari makanan terutamanya ikan tenggiri.

Perambut yang akan digunakan untuk memancing tenggiri.

Ikan kembung mati digunakan untuk memperdayakan ikan tenggiri. Teknik yang digunakan ialah teknik casting mengunakan perambut seperti di atas.


Kehadiran kami di tuas di sambut oleh beberapa ekor sotong mengabang yang banyak bermain di kawasan tuas. Nasib baik kami ada membawa Candat Yamashita untuk eging sotong ini.

Selepas beberapa lama kami casting, Isi-Ikan membuka tirai hasil ikan tenggiri.

Berg yang mencuba-cuba teknik dasar berjaya memperolehi ikan Mayong atau Jahan

Kemudian di ikuti oleh saya

 Close up ikan tenggiri

Halim akhirnya berjaya memperolehi hasil selepas berhempas pulas casting dari pagi.


Ikan milik Halim menjadi penutup trips kami ini. Kami kemudian tidak dapat meneruskan aktiviti kerana dilanda hujan dan ribut. Tekong bot menyarankan kami supaya pulang sahaja. Alhamdulilah, selepas mengalami perjalanan pulang dengan keadaan hujan dan ribut yang kuat, kami tiba di jeti pada pukul 6 petang. Walaupun begitu kami tetap berpuas hati dengan rezeki kami walaupun hanya 3 ekor ikan tenggiri yang berjaya di perolehi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...