Khamis, 5 Februari 2015

D7L Relief Mission


Awal tahun ini negara kita telah dikejutkan dengan bencana banjir besar yang berlaku di pantai timur negara kita. Kemusnahan yang melanda akibat banjir amat serius dan kebanyakan mangsa kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Atas sikap perihatin, rakyat Malaysia bersatu untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya dapat meringankan beban mereka. Team D7L juga tidak terlepas untuk turut menyertai usaha murni ini. Maka satu misi bantuan kepada mangsa banjir telah di bentuk oleh presiden D7L dan beberapa usaha telah dikenal pasti untuk memastikan misi ini berjalan lancar. Selepas D7L Relief Mission dibentuk, seluruh ahli-ahli D7L berusaha untuk mengumpul dana dan apa saja bentuk sumbangan yang boleh disampaikan kepada mangsa banjir. Tanpa disangka-sangka niat murni D7L ini mendapat pelbagai sokongan orang ramai dari pelbagai pihak. D7L juga telah memutuskan untuk membantu mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi yang terletak di Gua Musang, Kelantan. Keputusan ini berdasarkan maklumat yang kami terima bahawa kampung ini antara kampung yang paling terjejas akibat banjir. 


Selain itu, kampung ini juga merupakan kampung halaman salah seorang rakan D7L. Setelah kami memaklumkan niat kami ke kampung tersebut kepada ketua kampung, kami bergerak ke lokasi dengan 5 buah 4x4 dan 2 buah lori yang penuh dengan sumbangan dari D7L dan orang ramai. Kami tiba di lokasi pada awal pagi. Sempat kami singgah bersarapan pagi sebelum bergerak ke kampung Limau Kasturi. Setibanya kami di kampung tersebut, hati kami amat tersentuh melihat bencana yang melanda penduduk kampung. Hampir 70% penduduk di sini kehilangan tempat tinggal. Memang tidak kami bayangkan begitu teruk kemusnahan yang melanda kampung ini.










Selepas mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk dijadikan pusat operasi bantuan banjir, dengan segera kami mendirikan khemah sementara untuk menempatkan segala bantuan yang kami terima.





Di sini kami akan bermalam selama 2 malam untuk membantu mangsa banjir di kampung ini. Selepas semua sumbangan telah di atur kami dengan segera menbahagikan segala sumbangan makanan kepada penduduk kampung. Hari pertama di sini kami menumpukan kepada sumbangan keperluan makanan dan rumah. 






Hari ke dua kami di Kampung Limau Kasturi lebih menumpukan kepada penyerahan sumbangan berbentuk pakaian dan membersih rumah, surau dan masjid yang terselamat dari banjir. Walaupun kami tidak mempunyai kemahiran membuat rumah, usaha kami tetap kami teruskan dan akhirnya rumah sementara untuk salah seorang mangsa banjir telah berjaya dibina. Selepas 2 3 hari 2 malam berada di kampung ini, semua sumbangan telah kami sampaikan kepada penduduk kampung. Selama kami di sini, kami telah berkongsi kepayahan yang ditanggung oleh mangsa banjir. Semoga sumbangan kami ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh penduduk Kampung Limau Kasturi.




Video D7L Relief Mission membina rumah sementara untuk salah seorang penduduk Kampung Limau Kasturi,Gua Musang Kelantan.



#Prayforpantaitimur
#prayforkglimaukasturi
#D7L




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...