Selasa, 5 Februari 2013

Back To Basic



Sudah agak lama juga saya tidak memancing secara santai. Setiap kali saya pulang dari trip memancing, pasti pulang dengan keadaan yang sangat meletihkan kerana terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh serta mencabar.

Pada satu malam saya menerima panggilan telephone dari rakan D7L iaitu Man Cinonet mengajak saya memancing di kampung halaman beliau. Memandangkan saya tiada apa-apa rancangan pada esok hari, saya terus bersetuju untuk mengikut beliau walaupun pada ketika itu saya sendiri tidak pasti lokasi yang hendak dituju.

Kami bergerak menuju ke pekan Tapah, Perak seawal pukul 4.00am. Ini kerana kami bercadang untuk tiba di lokasi pada pukul seawal 7.00 am. Menurut Man, kami akan mencuba di lokasi milik rakan sekampung beliau dan bercadang pulang ke rumah pada pukul 12.00 tengahari.

Setibanya kami di Pekan Tapah, kami di sambut oleh beberapa orang rakan Man. Selepas bersarapan bersama kami terus menuju ke lokasi yang saya sendiri tidak pasti dimana. Setibanya di sana, saya dapat melihat sebuah lombong tinggal yang amat besar sekali. Dari info yang saya perolehi, lombong ini banyak di huni oleh specis ikan Lampan Jawa (arbonymus gonionotus.) yang bersaiz kasar. Jika bernasib baik, ikan rohu (Labeo rohita)  dan Leekoh (Cyprinus carpio)juga sudi menjamah umpan.

Selepas kami bersiap sedia dengan set pancing, Abu Tapah terus membancuh umpan dedak yang dibawanya. Ramuanya bancuhan umpan tidak saya ketahui kerana ketika itu saya banyak mengambil kesempatan untuk mencuba-cuba casting di lombong tersebut. Tetapi tiada mendatangkan hasil. Setelah siap membuat ramuan umpan dedak,  kami mula memancing sambil berehat-rehat dibawah pokok kelapa sawit. Tidak sampai 5 minit rod pancing mula bergerak menandakan umpan telah mengena. Memang banyak ikan lampan yang memakan umpan. Kami cukup puas melayan ikan yang memakan umpan. Yang bersaiz kecil kami lepaskan semula ke lombong.

Mail membuka tirai

Abu dengan Ikan Lampan Jawa

Lesen ikan Lampan Jawa saya


Talapia Cinonet dari Man Cinonet

Akhirnya Ikan Rohu munculkan diri

Antara hasil keseluruhan selepas memancing selama 4 jam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...