Selasa, 21 Januari 2014

Jelajah Pulau Midai, Indonesia




Pulau Midai, Indonesia..! Pasti ramai yang tidak pernah mengetahui tentang kewujudan pulau kerdil ini di negara Indonesia. Jangan kita yang berasal dari Malaysia, malah ramai penduduk dari Indonesia yang tidak mengetahui tentang pulau ini. Tetapi apabila menyebut tentang kepulauan Riau dan Pulau Natuta, pasti ramai yang terdetik kerana tahu tentang kedudukan Pulau ini. 

Selepas explorasi ke Mapur, Merapas, Meraki, Pulau Malang Biru dan Pulau Anambas, Pulau Midai atau Mida yang terletak di Pulau Natuna, Kepulauan Riau Indonesia menjadi destinasi pilihan kami seterusnya. Selain itu, trip ke Pulau Midai ini menjadi penutup dan pengakhir trip saya ke kawasan Kepulauan Riau. Ini bermakna saya dan Team D7L telah menerokai segenap pelusuk spot memancing di sekitar Kepulauan Riau dari Pulau Bintan hinggalah ke Pulau Natuna.

Dari Pulau Bintan, bot akan melalui perjalanan sejauh 22 jam dengan kelajuan 12 knot. Syukur kerana Bot SeaStar yang kami naiki lengkap dengan kemudahan yang selesa untuk pemancing seperti television dan bilik tidur berhawa dingin. pastinya perjalanan selama 22 jam ini tidak terasa terlalu lama.

Selepas mengharungi 22 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di Pulau Midai. Ketibaan kami disambut oleh penduduk tempatan yang kehairanan dengan kedatangan kami. Selepas bot berlabuh, kami bersalaman dengan penduduk tempatan serta menyampaikan hasrat kami di sini. Selepas sedia maklum, kami menuju ke pejabat pemerintah Pulau Midai untuk membuat permohonan memancing di sekitar pulau ini. Memandang proses permohonan mengambil masa beberapa jam, kami mengambil kesempatan bersiar-siar dan bertegur sapa dengan penduduk di sini.

 Kami tiba di jeti selepas 22 jam menaiki bot.

 Jeti pulau Midai



 Cengkih merupakan pendapatan utama penduduk di sini.

 Di Pejabat pemerintah pulau Midai

 Menanti proses pendaftaran selesai.

 Pekan kecil Pulau Midai.

 Makan dulu.

 Gamat kering menjadi pendapatan sampingan di sini.

 Pulau Midai yang di bawah pemerintahan Natuna

 kanak-kanak tempatan yang bermandi manda.

Selepas siap proses permohonan memancing, kami segera bertolak untuk memancing. Untuk sedia maklum, kami datang di sini tanpa ada pengetahuan tentang lubuk-lubuk ikan di sini. Tekong juga tidak mempunyai pengalaman memancing di sini. Oleh itu, berbekalkan GPS dan Sonar di dalam bot. Kami bergerak secara rambang untuk mencari lubuk ikan yang sesuai.  Boleh dikatakan kebanyakan lubuk yang kami singgah tidak mendatangkan hasil. Hanya 1-2 lubuk sahaja yang berhasil. Ini tidak mematahkan semangat kami untuk berusaha memancing. Walaupun begitu, kami tetap berjaya memenuhkan tong kami setelah meneroka berpuluh-puluh lubuk di Pulau ini.

Antara hasil ikan yang kami perolehi.














Selepas kami selamat pulang di tanahair, ini bermakna saya telah pun mengakhiri kunjungan saya di Perairan Riau. Mungkin trip ini merupakan trip terakhir saya di sini. Saya bercadang untuk meneroka di tempat dan spot memancing lain pula.  Selamat tinggal Kepulauan Riau, Indonesia

7 ulasan:

  1. salam sejahtera. mantap om perjalanan mancingnya. dan hasilnya pun whuihhh,,,, mantap. sedikit mau naya nih om... umpan patin yang bagus apa ya?
    terimakasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ om...Umpan patin boleh tengok di blog saya ini

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima Kasih Bro Hantu, Blog tuan juga terbaik...saya akan sharekan blog tuan di sini juga...

      Padam
  3. terimakasih telah berkunjung ke pulau midai mas bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 mas mardiansyah...Pulau Midai sangat indah..kepinggin utk kesana lagi...

      Padam
  4. amboi amboi.... begitu besar dan cantik ikan yg dapat! Pulau ni sepatutnya tanah air milik Malaysia.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...