Rabu, 8 Januari 2014

Melayan Si Comel Memancing



Sudah beberapa kali anak lelaki saya Arif yang berumur 3 tahun ingin mengikut saya memancing. Kasihan juga saya melihatnya. Ikutkan hati ingin membawanya bersama, tetapi lokasi yang mencabar membataskan niat saya untuk membawanya bersama. Selepas sekian lama, saya mengatur rancangan untuk membawa si comel ini memancing bersama. Niat saya ini juga saya panjangkan kepada rakan-rakan yang lain. Syukur, ramai juga yang ingin turut serta bersama anak masing-masing. Lokasi yang dipilih ialah kolam RM3 di Jugra, Banting. Lokasi ini dipilih setelah diambil kira faktor keselamatan dan peratusan tangkapan. Sebelum ke sana sempat saya hadiahkan kepada anak saya satu set pancing berkekuatan rod 6-8lb dan Kekili Shimano Senna 1000 dilengkapi dengan tali mono 8lb sebagai permulaan. Diharap set ini dapat memberi galakan kepada anak saya untuk meminati hobi yang sama dengan saya. Kali ini saya cuma membantu Arif dalam penyediaan perambut dan umpan sahaja. Selebihnya saya serahkan kepada anak saya. Ini supaya beliau akan cepat belajar dalam melempar umpan dan mengawal pergerakan ikan yang telah dipancing.

 Strike pertama dari Arif

Trofi Siakap Comel.

Naufal (anak Ashruun)  sedang beraksi


Double hook up dari pemancing junior.

Mei Mei yang diberi tunjunk ajar dari bapanya.

Gelagat kanak-kanak memancing bersama.

Double hook up lagi.

Adam dengan ikan siakap.

Macam inila apabila si comel memancing...habis comot satu badan.

Pose arif bersama ikan lagi.

Hasil keseluruhan dari Arif seorang.

2 ulasan:

  1. Kecil2 dah train, kalau dah besar lagi hebat dr bapanya haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak bagi pendedahan memancing je bro...nnt boleh jadi peneman bapanya pergi memancing bila dah besar nanti...

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...