Setelah lama merancang, akhirnya seramai 8 orang dari D7L & Friends menuju ke Taman Negara Pahang untuk memancing ikan Kelah Merah (Red Masheer) yang dikatakan banyak mendiami sungai pendalaman di Taman Negara Pahang. Trip ini di ketuai dan diuruskan oleh saya dan Abg. Kasmadi selaku guide kumpulan kami.
Lokasi pilihan kami kali ini ialah di Sungai Keniyam. Lata Syed merupakan base camp yang akan menjadi lokasi penginapan kami nanti.
Day 1
Kami tiba di Kuala Tahan awal-awal pagi lagi. Guide kami juga telah menempah beberapa buah chelet untuk kami berehat dan melelapkan mata seketika. Tepat pukul 8 pagi kami bersarapan di restoran di Kuala Tahan. Selepas itu kami bersiap untuk menaiki bot.
Bersiap sedia dengan kelengkapan makanan dan khemah
Bot yang akan kami naiki
Selepas membuat pendaftaran masuk di pejabat Taman Negara Pahang, kami bergerak menuju ke Sungai Keniyam. Perjalanan kami mengambil masa 4 jam untuk sampai ke base camp kami.
Tapak Khemah kami di Lata Syed
My palace
Selepas kami mendirikan khemah dan makan tengahari, kami tanpa membuang masa terus memancing di kawasan berhampiran khemah kami. Keletihan kerana mengharungi perjalanan yang jauh membataskan aktiviti memancing. Kami lebih banyak berehat dan bersantai di khemah keranan keletihan.
Day 2
Awal-awal pagi lagi kami telah bangun dari tidur. Awal pagi ialah waktu sesuai untuk mengilat ikan sebarau di kawasan jeram-jeram yang terdapat di Sungai Keniyam.
Sebarau yang menghentam spoon pada awal pagi.
Kami terpaksa meredah sungai yang deras untuk sampai ke lubuk rahsia.
Meredah hutan rimba.
Akhirnya kami tiba di lubuk yang diperkatakan. Memang cantik dan kelihatan amat berpotensi untuk memancing ikan Kelah.
Lubuk yang kelihatan amat berpotensi untuk memancing ikan Kelah
Tanpa tunggu lama, Cho'ort berjaya memperolehi lesen ikan Kelah
Kami masih menunggu dengan sabar
Sekali lagi Cho'ort memperolehi ikan Kelah yang lebih besar
Dia lagi....!!
Cho'ort menjadi champion di lubuk ini. kebanyakan hasil tangkapan milik beliau.
Apabila petang, kami bergerak pulang ke base camp. Sekali lagi kami terpaksa melalui perjalanan yang berliku di dalam hutan. Sempat pula dalam perjalan pulang kami mencari cacing sungai untuk memancing pada waktu malam.
Abg Yusuf selaku 2nd guide mencari cacing sungai untuk dijadikan umpan.
Cacing Sungai.
Selepas sampai ke base camp, kami berehat dan menjamu hasil tangkapan kami pada pagi tadi.
Ikan Kelah masak asam tempoyak, memang terangkat dan lazat.
Ikan selebihnya digoreng.
Dinner...!!
Bersambung part II
Terbaikk
BalasPadamPerghh memang mengancam ni
BalasPadam