Sudah masuk hari ke-3 saya di Royal Belum Rain Forest. Kami dilanda hujan lebat pada malam kedua. Sungai menjadi deras dan naik dengan tinggi. Keselamatan patut diutamakan. Kami berhenti memancing dan berehat di kawasan base camp kami. Masih ada 2 hari lagi masa kami di sini.
Cuaca amat baik pada hari ke-3, tetapi hujan pada malam semalam telah menyebabkan air sungai menjadi keruh. Kami tetap meneruskan aktiviti kami. Seperti semalam saya dan rakan yang lain yang bangun pada awal pagi terpaksa membatalkan rancangan untuk casting ikan sebarau memandangkan sungai telah menjadi sangat keruh. Pagi itu kami lebih tertumpu pada pancingan dasar.
Sebelum hujan
Selepas hujan
Tengas daun dari saya
Slimer dengan Ikan Tengas Daun
Ikan Tengas Daun
Hasil yang diperolehi semasa air keruh.
Rupa-rupanya air yang keruh telah membawa rezeki kepada kami. Disebabkan arus deras semasa hujan malam tadi. Arus telah menghayutkan banyak kumpulan ikan yang berada di atas ke kawasan perkhemahan kami. Banyak ikan Tengas daun dan Baung akar berjaya ditawan.
Rupa-rupanya air yang keruh telah membawa rezeki kepada kami. Disebabkan arus deras semasa hujan malam tadi. Arus telah menghayutkan banyak kumpulan ikan yang berada di atas ke kawasan perkhemahan kami. Banyak ikan Tengas daun dan Baung akar berjaya ditawan.
Selepas itu, ahli-ahli kumpulan yang memancing di Sanghur dan Laho telah kembali pulang ke khemah. Banyak hasil yang di perolehi.
Hasil tangkapan yang di perolehi.
Bergambar bersama hasil tangkapan.
Pada waktu petang, air sungai menunjukkan tanda-tanda akan jernih semula.
Kami bercadang untuk casting ikan sebarau.
Berehat sebentar
Antara hasil-hasil casting pada petang tersebut
Hasil casting dilepaskan semula.
Night @Day 3
Malam kami masih meneruskan memancing. Selain itu hasil yang diperolehi sepanjang 3 hari kami di sini akan dibakar dan disalai untuk dijadikan hidangan makan malam kami
Ikan bakar & Salai
Makan besar hasil pancingan kumpulan kami
Tinggal tulang
Selepas makan, kami meneruskan aktiviti memancing. Kemudian kami dikejutkan dengan hasil pancingan salah seorang ahli kumpulan kami.
Ikan Kelah 3kg menggunakan umpan kelapa sawit
Ikan kelah ini menjadi penutup aktiviti memancing kami. Ini kerana pada esok hari kami akan pulang. Ini bermakna kami akan melalui perjalanan sukar di hutan rimba untuk pulang.
Bersiap sedia untuk pulang
Ahli lain sempat bergambar dengan ikan kelah semalam.
Bergambar bersama sebagai kenang-kenangan
Semua gembira
Pose sebelum balik
Kami pulang dengan berat hati. Selamat tinggal Royal Belum.
Kami akan tiba lagi pada akan datang
Assalamualaikum...
BalasPadamtrip yg hebat la saudara maxxpeacock...
saya nak bertanya satu soalan...
camna nak aturkan trip ke sini...
tima kasih..
Thanks to Arif kerana sudi menjenguk blog saya ini. Maaf,Saya tidak berapa pasti tentang perancangan trip ini kerana semua perancangan diuruskan oleh Geng Tapah Sembat (GTS). Saya cuma menerima jemputan dari mereka dan segalanya telah diatur terlebih dahulu
PadamNice blog.
BalasPadamRegards,
Taman Negara Package
https://www.facebook.com/tamannegarapackage
http://tamannegarapackage.com/
Thanks En Hairun,
PadamAkan datang - Expedisi ke Taman Negara Pahang
FROM pancing.net....
Padamterbaek n terchantek...
insyallah... boleh join explore cast...