Walaupun keletihan melalui laluan sukar di Royal Belum Rain forest, Akhirnya kami tiba ke destinasi di Base Camp Kajang. Setibanya kami di base camp selepas treaking selama hampir 5 jam, kami lebih banyak berehat dan bersantai pada hari pertama kerana keletihan. Aktiviti memancing bermula pada waktu malam dan hanya ikan Baung akar dan ikan Tengas daun yang sudi melayan kami. Hari ke-2 akan kami lalui pengalaman yang lebih mencabar lagi.
Day 2 @Royale Belum
Pagi-pagi lagi saya dan Zul telah bangun dari tidur semata-mata untuk casting ikan sebarau di kawasan jeram dan lubuk-lubuk yang berpontesi. Kami berjalan selama 10 minit untuk ke kawasan tersebut.
Sebarau pada waktu subuh
Lagi ikan sebarau dari Zul
Spoon Altima tiruan yang terkangkang mata tiga akibat dihentam sebarau
Ikan sebarau semua dilepaskan kembali
Selepas puas casting di kawasan berhampiran, saya dan rakan pulang ke kawasan khemah. Ketua kumpulan kami mencadangkang supaya kumpulan kami berpecah kepada 3 kumpulan untuk memancing di Sanghur dan Laho. Saya memilih untuk tinggal di kawasan khemah untuk memancing di sini.
Geng Tapah Sembat menuju ke kawasan lubuk berhampiran Laho
Umpan biji sawit dihancurkan untuk dijadikan rasuah
Ikan Kejor
Lagi Ikan Kejor
Rejab a.k.a pawang ikan dengan trofi beliau
Mus dengan ikan Kejor lagi
Lagi Ikan Kejor @ Tengas remaja
Bagaimana pula dengan saya yang berada di kawasan base camp.
Hanya baung yang sudi melayan saya.
Tiba-tiba satu kejadian telah berlaku menyebabkan saya dan 2 orang rakan yang tinggal dikawasan base camp tidak dapat meneruskan memancing.
Sekumpulan gajah betul-betul berhadapan dengan sungai di kawasan perkhemahan tempat penginapan kami. Kecut perut juga kami dibuatnya. Nasib baik kumpulan gajah ini tidak menyeberang sungai ke tempat kami menginap.
Malam Day 2
Hujan lebat pada malam ke-dua. Keadaan ini menyebabkan kami basah kuyup ketika memancing. Tidak banyak hasil yang diperolehi memandangkan arus sungai menjadi deras. Selain itu banyak sampah sarap seperti daun kering dan ranting kayu hanyut di bawa arus. Ini menyebabkan pancing kami sering tersangkut dan putus.
Ikan Kelah remaja sesat oleh Epol
Selepas hujan bertambah lebat, air sungai didapati semakin tinggi. untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian kepala air. kami semua berhenti dari memancing dan masuk tidur.
Bersambung lagi....
Selepas hujan bertambah lebat, air sungai didapati semakin tinggi. untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian kepala air. kami semua berhenti dari memancing dan masuk tidur.
Bersambung lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan