Isnin, 17 Oktober 2016

Slow Pitch - Tioman



Throwback -  Ketika demam Slow Picth di negara ini, saya menerima cadangan seorang pengusaha bot di Rompin untuk mencuba potensi Slow Picth jigging di perairan Pulau Tioman. Walaupun Pulau Tioman kaya dengan taman laut dan kehidupan marin, saya di maklumkan banyak kawasan yang berpotensi untuk memancing di perairan pulau tersebut. Banyak kawasan yang tidak digezetkan sebagai taman laut boleh di cuba. Setibanya kami di jeti Rompin, kami bergerak menuju ke perairan Pulau Tioman. Target kami ialah untuk mencuba spot berpotensi dengan menggunakan teknik Slow Picth jigging di sini. Selepas 1 jam 30 min perjalanan, kami memulakan aktiviti jigging kami. Tidak banyak yang saya dapat coretkan dalam perjalanan saya kali ini. Sepanjang hari usaha kami tidak membuahkan hasil. kami berpindah-randah mencari spot berpotensi tetapi masih tidak mendatangkan apa-apa hasil. Boleh dikatakan kami "Kumpau" teruk di sini. Pelbagai usaha telah kami lakukan untuk mendapatkan hasil tetapi masih tidak berjaya. Malah beberapa rakan kami mula menukar strategi kepada teknik menghanyut, popping, Casting dan pancingkan dasar. Hanya saya dan beberapa orang rakan lain yang masih setia jigging menggunakan teknik Slow Picth. Memang bukan rezeki kami hari tersebut kami pulang dengan hasil yang tidak boleh dibanggakan. Hanya seekor kerapu sahaja yang diperolehi, itu pun menggunakan teknik dasar berumpankan isi udang dan seekor ikan cermin sesat yang menghentam jig salah seorang ahli kami.

Jigging dari pagi sampai ke petang tanpa hasil


Bosan dengan Jigging, Teknik Driff pula di gunakan


Berkerja Keras

Kerapu berumpankan isi udang.

Review:
Saya percaya lokasi ini masih berpotensi untuk ujian lapangan jigging. Tetapi lebih kepada vertical jigging dan micro jig. Perairan ini terkenal dengan hasil ikan Tenggiri dan ikan Ebek. berkemungkinan kunjungan kami tidak kena dengan masanya ataupun atas faktor lain tidaklah kami ketahui. Selain itu saya percaya teknik lain seperti dasar dan menghanyut tetap berpotensi di sini. Slow Pitch jigging seperti tidak berfungsi ketika kunjungan saya ini. Kami semua berpendapat ketika itu, adalah lebih baik kami mencuba teknik ini di kawasan-kawasan lubuk dan karang yang terkenal dan lebih dekat di perairan Rompin. Tetapi apakah daya, kami redha dan menjadikan pengalaman ini sebagai pengalaman berharga. Mingkin nasib anda di sini lebih baik berbanding kami. Siapa tahu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...