Ahad, 6 Mac 2011

Dewan Kegemilangan

Akhirnya keluar juga artikal tentang  kunjungan kami ke Bangkok pada Dec 2010 di Sisipan Joran.Kami berterima kasih pada Zulhilmi Hat dari Berita Harian kerana sudi mengeluarkan laporan trips kami.Walaupun ikan teersebut berjaya di pancing oleh sifu saya (Fahiz Hussin), tapi kami sangat berbesar hati dapat tumpang sekaki bergambar dengan hasil tangkapanya.

Disini saya sertakan keratan akbar dan artikal yang diolah oleh saudara Zulhilmi Hat yang saya copy paste dari website akhbar Berita Harian






Akhbar Berita Harian : Sabtu, 23 Januari 2011
Laman Sisipan Joran : Jejaki Naga Bangkok
GODAAN untuk merasai kepuasan memancing ikan bersaiz bapak budak boleh membuatkan kaki pancing tegar seluruh dunia bertukar menjadi pengembara dan tidak lokek berbelanja asalkan hobi itu terlaksana. Faktor itu juga mendorong pengusaha kolam pancing di Thailand kini berlumba-lumba mengisi kolam mereka dengan spesies ikan besar iaitu Arapaima Gigas kerana mengetahui kaki pancing yang suka melayan ikan besar terlalu ramai di pelusuk dunia ini.

Buktinya jelas, kaki pancing tegar dunia akan segera berhimpun ke sesuatu lubuk yang terdapat ikan ganjil yang besar seperti yang dilakukan oleh pengusaha kolam pancing di Thailand ketika ini. Berita yang tersebar itu cepat melekat ke telinga Fahiz Hussin yang terus mengatur trip bersama Team D7L dan Kelab dikenali COFA berkunjung ke negara gajah putih semata-mata untk memancing ikan raksasa tinggalan zaman jurasik itu. Dalam misi ke kolam Bungsamran Fishing Pond (BFP), baru-baru ini, perjalanan 40 minit dari kota Bangkok menuju ke kolam itu, mereka terkejut apabila melihat kaki pancing seluruh dunia turut hadir mencuba tuah menjinakkan spesies tinggalan zaman dinasour itu.

Menceritakan pengalaman itu, Fahiz berkata, pakej yang ditawarkan pengusaha kolam BFP yang lengkap dengan kemudahan penginapan dan perkhidmatan memancing jelas pilihan tepat kerana kolam itu turut dihuni 40 lagi spesis ikan air tawar yang bersaiz gergasi hingga ada yang mencecah sehingga 250 kilogram (kg). Dengan bayaran sebanyak 20,000 bath (RM2,014), pemancing hanya boleh memancing seekor ikan Arapaima saja untuk setiap sesi dan jika pemancing gagal menaikkan seekor pun ikan sepanjang sesi tersebut, wang bayaran akan dikembalikan kepada mereka," katanya. 

Menurutnya, pakej ini juga lengkap dengan seorang pembantu untuk menyediakan umpan dan teknik untuk memastikan ikan tersebut berjaya dipancing.Tambah Fahiz, sebelum aktiviti memancing dimulakan, potongan ikan kembung ditabur terlebih dulu sebagai ‘rasuah’ untuk memastikan ikan Arapaima menghampiri kawasan yang dilabuhkan umpan. Setelah dibiarkan seketika, umpan seekor kembung yang sudah dicangkuk bersama mata kail bersaiz 5 akan dibaling ke tempat yang ditabur itu.“Lazimnya, pemancing tidak perlu menunggu masa yang lama untuk melayan joran masing-masing," katanya.

Dalam misi itu, beliau menggunakan rod Custom PE 8-10 dengan kekili Shimano Stella SW18000 dengan tali utama berkekuatan 120lb menerima tentangan hebat dari ikan Arapaima. “Sedar tak sedar, pertarungan tarik menarik berlanjutan sehingga hampir sejam lamanya," katanya.Tambah beliau, sejurus ikan menunjukkan tanda-tanda lemah, pembantu yang bertugas bergegas terjun ke dalam kolam tersebut untuk membawa ikan Arapaima yang telah berjaya dipancing itu ke kawasan kuarantin di pinggir kolam supaya ikan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya lagi, pada masa itulah mereka tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan salah satu ikan gergasi dunia ini . Selepas ditimbang ikan yang bersaiz 100kg itu akan dilepaskan kembali oleh pembantu bertugas bagi memastikan ikan tersebut tidak tercedera. “Sememangnya memancing Araipaima adalah pengalaman yang sangat hebat. Peluang bergambar dengan ikan yang sememangnya menjadi idaman pemancing ini akan dikenang sampai bila-bila,” katanya.

Link Web Site Berita Harian :- http://www.bharian.com.my/bharian/articles

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...