Ahad, 6 Mac 2011

Kolam Tokong




Arghhh...bosan, itu la la yang sering terungkap dari mulut saya kalau terlalu lama terperuk di dalam rumah. Tangan dah mengigil memandangkan ketiadaan trips memancing. Virus gian memancing lebih melarat terutama di hari minggu. Kalau nak harapkan jemputan kawan-kawan, semua trips 2011 masih lama lagi.
termenung sekejap saya memikirkan di mana boleh saya melabuhkan umpan.

Akhirnya terlintas di dalam hati mengingatkan kata -kata rakan saya sebelum ini. Kolam Tokong di Bukit Kemuning dah convert menjadi Kolam Siakap. Dulu cuma kolam udang galah, kini sudah menjadi kolam ikan.
Wahhhh...!!! boleh la try macam ni. Peralatan terus di sediakan serta merta. Malam ni saya perlu ke sana. Sorang-sorang pun tak kisah, janji saya lepas gian mancing  yang dah kronik ni.



Tepat pukul 9.00 mlm saya terus bergerak ke Kolam Tokong Bukit Kemuning yang berhampiran dengan Kolam Alam Jaya (kolam udang galah). Memang betul kata-kata rakan saya, kolam tersebut telah di convert sepenuhnya menjadi kolam ikan siakap. Dikhabarkan kolam ini hanya terdapat ikan siakap dan siakap merah sahaja. Tak kisah la..tanpa membuang masa saya pun membuat pembayaran di kaunter untuk memancing selama 3 jam. Dengan berbekalkan peralatan perang Reel Shimano Twin Power 2000 dan rod Shimano, saya melabuhkan umpan hidup. Teknik dasar menjadi pertaruhan. Bagi saya penggunaan pelampung bukan idea yang baik memandangkan kolam ini tidak begitu dalam. Saya memang telah mengetahuinya memandangkan sering memancing udang galah di kolam ini sebelum ini.

Sudah 2 jam, satu rentapan pun tiada. Apa sudah jadi, Umpan hidup telah saya tukar beberapa kali. masih tiada apa-apa. Dimanakah silap saya. Sambil saya memancing, sempat juga menjeling-jeling para pemancing lain yang sedang memancing. Teknik yang sama juga. Hasil pun sama macam saya. Kumpau..!!

Masa kini tinggal 1/2 jam lagi, satu ikan pun saya tak dapat naikan. Sampaikan satu sentapan pun tiada. Apa sudah jadi ni. Memandangkan umpan hidup yang saya beli telah mati, saya menggunakan teknik casting menggunakan udang mati, udang di kopek terlebih dahulu. kemudian di cangkukkan bahagian depan sahaja di mata kail, matakail yang bersaiz 3/0 sebelum ini ditukar kepada saiz 2/0, Selepas itu acara casting pon bermula. Alang-alang tinggal lagi 1/2 jam, saya bertekad untuk casting sampai masa tamat. satu demi satu balingan di buat, masih belum ada apa-apa. selain itu saya juga perlu berhati -hati membuat balingan. Takut menganggu pemancing lain yang sedang memancing bottom.
Akhirnya saya menerima satu sentapan kuat. Strike dibuat dengan berhati-hati supaya matakail terkena kemas di mulut ikan. Saya tak mahu berputih mata kali ini. ikan di layan dengan berhati-hati. Dengan set yang digunakan. Akhirnya Siakap Merah (MJ) kira-kira 2kg berjaya di naikan. ketika itu masa cuma tinggal 5 minit je. Cukuplah dengan satu trofi ini saya pun berkemas untuk pulang. Walaupun hampa, bagi saya itu semua rezeki. Sekor pun memadai daripada tiada. Saya pun bergerak pulang.










Postmortem Kolam Tokong Bukit Kemuning.
  1. Saya mendapati kolam tersebut (yang sebelum ini kolam Udang Galah) tidak membersihkan sisa-sisa udang galah  yang tinggal dan masih hidup 100% . Kelihatan terdapat udang galah yang bermain-main di tepi kolam. Pasti ikan menjadi culas memandangkan sumber makanan yang cukupi terdapat di dalam kolam tersebut.
  2. Keadaan kolam yang tidak begitu dalam memberi satu perlawanan yang lemah.
  3. Penggunaan matakail bersaiz 1/0 & 2/0 lebih sesuai memandangkan ikan-ikan yang terdapat di kolam ini hanya bersekala 1-2kg sahaja. Size Monster..!! belum saya tengok lagi ada para pemancing di sini yang berjaya menaikannya.
  4. Baru-baru ini saya terdengar, kolam tersebut beroperasi  sebagai kolam udang galah semula kerana kekurangan penggunjung. Akan saya pastikan selepas ini...hahahahahaha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...