Isnin, 18 April 2011

Dewan Kegemilangan - 2

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada sahabat saya, En Zulhilmi Hat yang sudi mengeluarkan artikal mengenai Pertandingan Memancing KSRS yang telah di anjurkan oleh KSRS yang dikelolai oleh saya sendiri di sisipan Joran Pada Sabtu lepas 16 April 2011.



NASARUSSIN bergambar bersama replika cek yang disampaikan oleh Shafiz.


Patin bantu Nasarussin juarai memancing KSRS
Oleh Zulhilmi Hat
hilmi@bharian.com.my
2011/04/16

SERAMAI 180 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan memancing anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Shapadu (KSRS) yang berlangsung di Kolam Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pertandingan itu, Nasarussin Mohd Saad, 41, yang berjaya menaikkan patin seberat 7.08 kilogram muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM1,500.


Tempat kedua milik Azmi Che Hashim (RM750) dan ketiga iaitu Aswiyadi Shaari (RM375) yang masing-masing menaikkan ikan patin dan tongsan seberat 6.05 kg dan 5 kg. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh presiden KSRS, Shafiz Sharani.
Untuk memeriahkan lagi program memancing julung kali diadakan itu, pihak kelab turut menganjurkan acara sampingan seperti pertandingan mewarna dan pertunjukan masakan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir.

Shafiz yang ditemui berkata, pertandingan memancing terbuka yang dikelolakan oleh KSRS bertujuan untuk mengimarahkan kaki-kaki pancing dikalangan kakitangan Shahpadu dan orang ramai yang gemarkan aktiviti sebegini.

“Aktiviti memancing berkesan mengeratkan lagi tali kekeluargaan yang tidak membataskan hobi untuk sebelah pihak saja dan memandangkan penyertaan yang memberangsangkan kita akan mengadakan lagi pada tahun depan,” katanya.

 Sumber Bharian:  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PatinbantuNasarussinjuaraimemancingKSRS/Article/index

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...