Isnin, 18 April 2011

Pertandingan Memancing KSRS




Assamualaikum,
Selepas sibuk mengendalikan pelbagai event, barulah saya mempunyai kesempatan untuk update blog saya nie.
Seperti yang saya telah nyatakan pada blog saya  sebelum ini. Pada 27 Mac 2011 yang lepas, telah berlangsung satu pertandingan memancing anjuran Kelab Sukan & Rekreasi yang telah oleh dikelola oleh saya selaku Presiden Kelab Mancing KSRS dan ahli-ahli commitee KSRS.

Tanpa di sangka-sangka, sambutan dari orang ramai amatlah mengalakkan. penyertaan seramai 200 orang pemancing dan lebih 100 pengunjung yang hadir sudah cukup memenuhkan seluruh Kolam Warga Emas di Seksyen 24 Shah Alam. Selain tu aktiviti-aktiviti sampingan juga saya selitkan untuk para-para isteri & anak-anak pemancing yang datang memenemani para suami yang sebuk memancing. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah pertandingan mewarna dan demo masakan dari chef terkenal untuk para isteri. Selain itu kehadiran para clown dan gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan dan product-product lain menambahkan lagi kemeriahan  pertandingan ketika itu.



Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang, En Nasarussin Mohd Saad, 41, yang berjaya menaikkan patin seberat 7.08 kilogram muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM1,500.
Tempat kedua milik Azmi Che Hashim (RM750) dan ketiga iaitu Aswiyadi Shaari (RM375) yang masing-masing menaikkan ikan patin dan tongsan seberat 6.05 kg dan 5 kg. Ketika pertandingan berjalan, ada terpancar kekecewaan pada para pemancing yang lain memandangkan terdapat tangkapan ikan Patin mekong seberat 17 kg, 14.5 kg dan 11.6kg tetapi terpaksa di batalkan oleh marshall yang bertugas memandangkan tangkapan tersebut "Foul Hook". dan peluang ini telah menyebabkan patingseberat 7.08 kg milik En Nasarussin menduduki tempat yang pertama

Saya juga amatlah berterima kasih kepada pemilik kolam seksyen 24 Shah Alam En Arif yang memberi peluang untuk kami menganjurkan pertandingan seperti ini. Kehadiran sahabat saya iaitu wartawan sisipan Joran Berita Harian En. Zulhimli Hat semasa penyampaian hadiah amatlah kami hargai.

Memandangkan pertandingan ini mendapat sambutan yang mengalakkan dan memberi satu impact yang baru untuk KSRS. Kami bercadang untuk mengadakan satu lagi pertandingan yang lebih besar pada masa akan datang. 

Kami memohan seribu kemaafan jika ketika Pertandingan ini terdapat salah silap dari segi penganjuran dan kata-kata jika ada. Apa yang penting kami dapati semua yang hadir yang terdiri daripada pemancing, isteri pemancing dan anak-anak sangat lah gembira ketika pertandingan ini dijalankan.

Bagi sesiapa individu dan syarikat korporat yang berminat untuk mengadakan pertandingan serupa ini. Boleh la menghubungi saya selaku Presiden Kelab Mancing KSRS yang bersedia menganjurkan pertandingan yang seperti ini ataupun yang lebih besar lagi .Sila hubungi kami di talian 03-5542 8888 ext 130 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Sekian.

MaxxPeacock
Presiden Kelab Mancing KSRS


Gambar-gambar ketika berlangsungnya PERTANDINGAN MEMANCING(TERBUKA) KSRS






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...