Isnin, 18 April 2011

Tsunami: Apa kesannya kepada kita sebagai seorang pemancing

Tsunami.



Menurut wikipedia, Tsunami bermaksud :
Tsunami (津波 bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunamis boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.

Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit.
Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut.

Tapi pendapat saya sebagai seorang pemancing,berdasarkan pengalaman saya ketika berlakunya tsunami di daerah Acheh sebelum berlakunya tsunami di Jepun. Kejadian ini memberi kesan kepada penghijrahan ikan di laut. Seperti pengalaman saya yang lepas, setelah berlakunya tsunami, kejadian kumpau ketika memancing sering terjadi. Ini kerana kejadian tersebut telah menyebabkan kami sering tersalah takfir tentang kehadiran ikan di lautan tanahair. Sebagai contoh, seperti yang kita tahu, kehadiran ikan tenggiri di kawasan utara tanahair akan melimpah ruah pada bulan -3-6 setiap tahun. Tetapi sejak belrakunya kehadiaran tsunami di Daerah Acheh, kehadiran ikan tenggiri menjadi lebih lambat di sekitar bulan 4-7. Kemungkinan kehadiran ikan tersebut menjadi lewat kerana kesan tsunami yang berlaku. Wallahualam, hanya Allah yang lebih tahu.

Kini telah berlaku tsunami lagi di Jepun. Walaupun ombak tsunami ini tidak sampai ke negara kita, tetapi jarak lautan di negara kita dan Jepun tidaklah terlalu jauh. Dan kini mula kedengaran desas desus rakan-rakan yang pergi memancing  kumpau ketika memancing. Selain itu, rakan-rakan yang pergi memancing juga terpaksa mengadapi ombak & angin yang tak menentu ketika memancing. Sepatutnya bulan 4-5 setiap tahun merupakan waktu terbaik untuk memancing di sekitar Sedili, Mersing, Rompin dan Terengganu. Tetapi nampaknya keadaan di sana masih tidak menentu. Sehinggakan trips saya untuk memancing di Kemaman terpaksa di batalkan memandangkan ombak & angin masih kuat. Tapi saya ingin mengingatkan kepada semua pemancing termasuklah diri saya sendiri, kita hanya mampu merancang, tuhan yang tentukan. Mungkin ada hikmah sekiranya sesatu trips tersebut di batalkan. Bagi yang sudah melalui pengalaman kumpau. Semua tu rezeki yang telah di tentukan. Yang penting sekali ialah kita selamat pergi dan pulang.

Walaupun banyak lagi sebab yang menyebabkan sesuatu trips itu kumpau. Faktor cuaca bukan lah dalam kemampuan dan jangkaan kita. tetapi kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Keadaan cuaca dan laut kita pun susah untuk di jangkaan lagi. So, ketika memancing, jangan lah lupa untuk memakai life jacket dan berbanyakan berdoa untuk memohon perlindungan. Hasil tangkapan ikan kita letakkan kemudian. Yang penting diri kita selamat pergi dan pulang. Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...