Pengalaman memancing di Taman Negara Ulu Tembeling Pahang bersama-sama Tuan Guru Dato Dr. Harun Din merupakan pengalaman manis selama saya menceburi hobi memancing ini. Peluang ini tidak saya sia-siakan untuk mengenali beliau dengan lebih rapat lagi. Sebelum ini saya telah sertakan sedikit sebanyak coretan laporan perjalanan kami ke Taman Negara bersama beliau. Dan di sini saya menyambung semula coretan saya ketika memancing dan berkhemah di Taman Negara Ulu Tembeling, Pahang.
Waktu pagi yang nyaman di Kampung Pagi
Pada waktu pagi keesokan harinya, kami berkumpul di jeti Kampung Pagi untuk ke Camp site di Taman Negara.
Kami dan barang makanan bergerak dengan menaiki bot ke Camp site.
Perjalanan mengambil masa selama 45 minit ke sana.
Pemandangan yang indah sepanjang perjalanan kami ke Camp site
Memandangkan kehadiran kami terlalu ramai di Taman Negara, Kami dibenarkan untuk berkhemah di Pasir Luas.
Aktiviti memancing pun bermula.
Sembahyang di tempat sebegini memang tenang
Ikan Baung pada malam hari
Hasil Keseluruhan pada malam pertama
Pada keesokan harinya kami berpecah kepada 4 kumpulan dan bertolak dari pasir luas untuk bermalam di lubuk-lubuk berpontesi untuk memancing Ikan Kelah.
Lubuk yang kami akan singgah ialah di Sungai Keniyam, Jeram Perahu, Lubuk Sepia dan Kerawat
Kumpulan saja bergerak ke lubuk di Sungai Keniyam.
Sempat casting semasa perjalanan
Air yang jernih di Sungai Keniyam
Selepas semalaman di Lubuk masing-masing, Kami pun pulang dengan hasil tangkapan kami.
Bergambar dengan lesen Ikan Kelah sebagai kenang-kenangan
Kemudian ikan dimasak serta merta di Camp Site.
Menu kami ialah Ikan Bakar ( ikan Sebarau & ikan Tengas), Ikan Goreng (Ikan Kelah) dan Ikan Kelah Masak Tempoyak. Memang lazat dengan ikan yang masih segar.
Selesai kami makan, kumpulan lain pulang di Camp site dengan hasil yang lebih besar dan banyak.
Terbaik dari mereka.
Selepas 3 hari kami berada di Taman Ulu Tembeling, kami pun mula bersiap untuk pulang.
Untuk pulang kami melalui jalan air dengan menaik bot ke Kuala Tahan. Di sana kami menaiki teksi ke Bandar Jerantut.
Dinner bersama ahli trips di Jerantut
Bergambar bersama
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih pada syarikat saya kerana memberi saya peluang untuk menyertai trips ini. Walaupun keletihan dengan trips memancing yang berturut-turut, pengalaman memancing di Taman Negara Ulu Tembeling Pahang memeberi saya satu kenangan manis dan lokasi ini akan saya masukan ke dalam jadual memancing saya pada tahun depan.
I'll be back...!!!!

























































Tiada ulasan:
Catat Ulasan