Sabtu, 16 Julai 2011

Trip Sungai Tembeling 2011 - Part I



Pulangnya saya dari Trips Mapur dan Merapas Indonesia, saya meneruskan rutin harian saya di tempat kerja. Ketika waktu petang, boss saya memanggil saya ke biliknya. Ketika bertemu dengan beliau, boss saya memaklumkan bahawa Kelab Memancing di syarikat saya akan ke Taman Negara Ulu Tembeling Pahang pada hari lusa. Saya di wajibkan menyertai trip ini memandangkan saya merupakan President Kelab Memancing di syarikat saya. Saya yang masih keletihan selepas pulang dari trips di Indonesia terpaksa menurut dan tidak dapat untuk mengalak dari pergi ke Taman Negara. Walaupun dalam keletihan, ada beberapa berita baik yang menyebabkan saya bersemangat untuk pergi ke sana. Di sana saya akan memancing bersama seorang ulama terkenal di negara kita, selain itu, ini merupakan pertama kali saya ke sana dan impian saya untuk memancing ikan kelah menguatkan semangat saya. Apa yang terbaik bagi saya ialah kami akan dibawa ke sana dengan menaiki helicopter yang ditempah khas oleh syarikat saya. Saya juga dimaklumkan bawaha seramai 40 orang yang kebanyakannya merupakan oldtimer yang berpengalaman memancing kelah dan ikan-ikan di Ulu Tembeling. Di sini saya sertakan sedikit coretan laporan saya ke Taman Negara Ulu Tembeling untuk tatapan semua.

Perjalan kami bermula dari Shah Alam menuju ke Bandar Jerantut

Tetamu jemputan yang akan menyertai trips kami.
Yang berbahagia Ustaz Dato Dr Harun Din
Walaupun sudah beberapa kali saya menghadiri pelbagai program majlis agama dan  program lain yang melibatkan beliau, Ini merupakan pengalaman saya yang pertama memancing bersama beliau.


Kami singgah di Bandar Jerantut untuk makan tengahari dan solat zohor.



Tidak lengkap jika tidak merasa masakan Ikan Patin Masak Tempoyak



Selepas makan dan solat asar, kami bergerak ke Balai Bomba Jerantut untuk menanti helicopter yang akan kami naiki.



Sempat bergambar


Kemudian kami bergerak ke Taman Negara.
Memandangkan terlalu ramai yang menyertai trips ini, kami terpaksa menanti giliran kami sehingga petang.








 


Kami singgah ke Kampung Pagi untuk bermalam memandangkan hari telah lewat malam.

Makan malam bersama tuan guru.




Kami menginap di Hostel di Sekolah Kampung Pagi pada malam tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...