Khamis, 20 Oktober 2011

Re-New License SailFish


Pertama kali saya berjaya memancing ikan Sailfish ialah pada tahun 2003, semasa itu saya mengikut rakan saya di Kuala Rompin untuk memancing secara santai. Kuala Rompin sangat berhampiran dengan kampung saya di Mersing, Johor. Perjalanan ke Rompin dari kampung saya hanya mengambil masa selama satu jam sahaja. Ketika itu saya yang sedang cuti semestar semasa belajar di UiTM. Waktu itu saya telah berjaya mendaratkan ikan Sailfish Kuala Rompin seberat 14kg dengan dibantu oleh rakan saya yang lebih old timer. Malangnya pada waktu itu kami tidak membawa sebarang camera untuk mengambil gambar. Oleh itu saya hanya mampu bercerita kejayaan saya tanpa ada bukti bergambar.

Setelah sekian lama, akhirnya peluang memancing Sailfish kembali lagi. Baru-baru ini saya berpeluang ke Kuala Rompin untuk memancing Sailfish. Kali ini saya bersama Airpool D7L, Geddo D'Ugat dan Hazrizal yang merupakan editior majalah umpan terbitan Karangkraff. Dengan kelengkapan yang sesuai kami bergerak dari Shah Alam ke Kuala Rompin.  Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam untuk tiba di Kuala Rompin.
Di sana kami menyewa bot milik Nuries untuk memancing ikan Sailfish.

 
 Bot yang kami sewa untuk memancing sailfish

Peralatan memancing yang kami bawa untuk memancing Sailfish

Seperti kebiasaan, bot akan bergerak ke perairan Rompin untuk mencari kawanan ikan bilis untuk menjejak sailfish. Nasib kami amat baik, kelihatan pada waktu itu terdapat banyak kawanan ikan bilis dan ikan tongkol ketika kami tiba di spot memancing. Tanpa membuang masa kami mula memancing. Hanya perlu beberapa minit sahaja, Rod milik Airpool telah melentuk kuat menandakan ikan telah memakan umpan.

Aksi Airpool semasa menahan larian ikan.

Airpool yang ketika itu menggunakan Rod Custom Made Graphite USA(GUSA) dan dipadankan dengan kekili Shimano Twinpower 8000 hanya mampu menahan larian ikan. Perlawanan antara beliau dan ikan telah memakan masa lebih 45 minit. Pada pendapat saya ketika itu, bukan sailfish yang telah memakan umpan milik beliau. Ini kerana tiada aksi akrobatik daripada sailfish seperti kebiasaan. Ikan lebih suka menjunam kedasar dan memberi tekanan yang kuat. 

Selepas bertarung hampir sejam, kemenangan menjadi milik ikan misteri tersebut. Rod GUSA milik Airpool tidak mampu menahan dan telah patah menahan tekanan padu daripada ikan misteri tersebut.

Airpool kelihatan kecewa kerana rod GUSA custom made beliau telah tewas

Selepas kejadian itu, kami meneruskan aktiviti memancing kami. Kemudian telah berlaku beberapa kali kejadian hook-up daripada Geddo. Akibat kekurangan pengalaman, ia hanya mampu bertahan hanya beberapa minit sahaja dan ikan berjaya melepaskan diri semasa melompat membuat aksi akrobatik.

Hanya Airpool yang menggunakan set pancing kedua milik beliau telah berjaya menewaskan ikan tenggiri yang di sangkakan sailfish.

Satu-satunya ikan tenggiri yang berjaya diperolehi pada trips kali ini.

Ketika jam telah menunjuk pukul 2.00pm, kelihatan kumpulan ikan bilis dan ikan tongkol mula meninggalkan kami. Tekong mula memberi isyarat supaya bersedia untuk pulang pada pukul 3.00pm. Tanpa disangka rod custom made SEED yang dipadankan dengan reel Shimano Twinpower SW12000HG milik saya menunjukkan tanda ikan telah memakan umpan. Selepas yakin mata kail tercucuk kemas di mulut ikan, saya menahan  pecutan ikan dengan kekuatan drag sebanyak 80%. Kelihatan ketika itu seekor sailfish besar melompat dipermukaan air untuk melepaskan diri.


Aksi semasa menahan larian padu sailfish

Akhirnya seekor sailfish anggaran size 65-70kg telah berjaya ditewaskan. Saya amat teruja kerana berjaya menaikan sailfish yang besar. Ini juga merupakan rekod peribadi saya untuk ikan sailfish di Rompin. Kemudian kami melepaskan ikan tersebut dengan selamat.

Sailfish yang lebih besar daripada badan saya.



Saya bergambar bersama Geddo

Hazrizal: Editor Majalah Umpan juga tidak melepaskan peluang bergambar

Sailfish kemudian dilepaskan semula dengan selamat


Selepas melepaskan sailfish tersebut, cuaca menunjukkan ribut akan tiba. Kami pun bergegas pulang ke jeti dan ikan Sailfih tersebut menjadi ikan penutup untuk trips kali ini. Insyallah next season kami akan kembali ke Rompin.


Tips semasa memancing Di Rompin:

1. Ketika saya di Rompin, penggunaan mata size 5/0 banyak menyebabkan mata kail lucut dari mulut ikan. Selepas saya menukar Circle Hook size 7/0, baru mata kail dapat tercucuk kemas di mulut Sailfish

2. Punca lain berlakunya lucut ialah ketika ikan melompat melakukan aksi akrobatik, pastikan ketika ikan melompat, cuba elakkan tali menjadi kendur. Kawalan dibuat dengan dengan menggunakan rod memancing.

3. Sailfish lebih gemar memakan ikan umpan yang aktif dan kuat. Penggunaan ikan umpan yang hampir mati kurang menarik perhatian Sailfish.

4. Penggunaan set memancing bersaiz kasar lebih digalakkan. Ini kerana penggunaan set kecil akan menyebabkan perlawanan menjadi lebih lama dan menyebabkan sailfih akan menjadi terlalu letih. Oleh kerana terlalu letih, risiko kematian Sailfih semasa hendak dilepaskan amat tinggi.

4 ulasan:

  1. I am happy there was a camera there this time to capture your amazing fish and the smile on your face!

    BalasPadam
  2. Thanks John,I lucky that time John.. this is the biggest sailfish ever at rompin..70kg..;)
    and i hold the record now..that why i so happy..
    normally anglers catch around 15-40kg sailfish at Rompin...

    BalasPadam
  3. salam..saiz kelili yg sesuai dgunakn untuk mncing layaran ni,saiz apa yg sesuai ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, Saiz kekili yang sesuai digunakan untuk memancing ikan layaran ialah saiz 6000 series ke atas. Apa yang ingin saya nyatakan di sini, bukan saiz kekili yang menjadi pengukur menang kalah semasa memancing ikan layaran. Yang menjadi penentu ialah berapa panjang tali utama yang digunakan. ini kerana ikan layaran dengan mudah mampu menarik tali sejauh 150-200meter. bayangkan la kalay tuan cuma mengisi tali utama sepanjang 250meter sahaja. Pasti akan kalah, kerana semasa mempratikan teknik menghanyut saya, tuan telah melepaskan tali sepanjang 50 meter. Ikan layaran ialah ikan dorsal yang tinggal di atas dan pertengahan air. Jadi semakin panjang tali utama yang digunakan semakin banayk kelebihan berpihak kepada kita. tq

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...